Fesyen

Pilihan Beg Raya, Koleksi Terbaharu GUESS Musim Bunga Cipta Kelainan & Feminin!

Baru-baru ini jenama terkenal, Guess Malaysia melancarkan koleksi terbaharu mereka sempena musim Bunga 2023!

Pada majlis pelancaran yang diadakan di Bamboo Hills Kuala Lumpur, seramai 60 tetamu jemputan hadir termasuk rakan niaga Guess Malaysia, media, selebriti dan pempengaruh.

Menampilkan himpunan koleksi musim Bunga 2023 yang menarik dan pelbagai saiz serta warna, penata gaya fesyen iaitu Andrea Kee menjayakan sesi penggayaan beg tangan dan aksesori Guess kepada para tetamu.

Mengambil inspirasi parti di taman dan warna segar, koleksi ini digarap dengan variasi warna indah yang nyata sesuai digayakan semua peringkat usia wanita untuk majlis keraian mahupun rasmi.

9 rekaan eksklusif dengan padanan rona pastel ditawarkan untuk koleksi beg tangan Guess Musim Bunga 2023 yang menyerlahkan lagi aura feminin dan elegan kepada si pemakai.

Antara koleksinya Corina, Galleria, Hallie, Silvana, Regilla, Giully, Emiliya, Nerina dan Abey.

IKLAN
Share