“POTONG KUKU Ikut Hari Tertentu TIDAK ADA DALAM HADITH.” – Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.

267

Di dalam Islam, sangat menganjurkan umatnya untuk merapikan diri dan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan kuku. Malah ada yang sibuk memilih hari tertentu untuk memotong kuku walaupun kuku sudah panjang berjela!

Dalam ringkasan perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama Fiqh Syafi’iyyah dan Hanabilah menggalakkan memotong kuku SETIAP HARI JUMAAT.

“Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri dengan mengutamakan kebersihan tetapi sekiranya tak sempat, boleh sahaja pada bila-bila masa asalkan tidak melebihi 40 hari”

Daripada Anas bin Malik R.A:

“Rasulullah memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari”

Kesimpulan yang diberikan Dato’ Seri Dr Zulkifli al Bakri adalah:

“SECARA KHUSUSNYA, TIDAK ADA NAS HADITH SAHIH BERKENAAN DENGAN MEMOTONG KUKU PADA HARI TERTENTU DAN KELEBIH-KELEBIHANNYA YANG KHUSUS.”

https://www.instagram.com/p/BxO-o3bjxci/?utm_source=ig_web_copy_link

Jadi, hujung minggu nanti rajin-rajinlah merapikan kuku anda ya. Hujung minggu kan lebih banyak masa terluang, tips di bawah ini boleh jadi panduan untuk anda.

Sentiasa menjaga kebersihan

Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih dari kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.

Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.

Sentiasa lembut

Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.

Trim kuku

Biasakan diri untuk trim kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti trim kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.

Hargai kesihatan berbanding ukuran

Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah! Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantik.

Tidak membuang kutikel

Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku. Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.

Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.

Kebersihan peralatan kuku

Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan tweezer yang digunakan agar bakteria tidak membiak.

Sentiasa menjaga kelembapan

Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku. Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.

Kawal diet

Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku. Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.