
Dalam kehidupan seorang wanita hari ini, kereta bukan lagi sekadar keperluan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi. Ia sebahagian daripada rutin, identiti malah ruang kecil untuk bernafas di tengah kesibukan jadual.
Proton e.MAS 5 hadir tepat pada masanya. Sebuah kereta yang menjimatkan, memudahkan hidup dan tetap bergaya dipandu, semuanya tanpa harga yang membebankan fikiran.
Sebagai EV pertama untuk rakyat Malaysia yang benar-benar mesra poket, e.MAS 5 membetulkan salah faham bahawa kenderaan elektrik hanya untuk ‘golongan tertentu’. Ia direka untuk realiti sebenar… wanita bekerja, ibu muda, golongan profesional yang sedang membina kerjaya dan sesiapa saja yang mahukan mobiliti lebih bijak dan tenang.
Penjimatan Nyata
Ramai wanita tidak sedar bahawa tekanan kewangan kecil yang berulang, contohnya petrol, servis atau masa di bengkel, sebenarnya mencuri banyak ketenangan mental.
Tapi dengan e.MAS 5, kos mengecas Off Peak hanya RM0.4183/kWh dan dalam tempoh 10 tahun, penjimatan menghampiri RM26,000 berbanding kereta petrol segmen sama. Nilai itu bersamaan hampir RM2,600 setahun, cukup untuk menampung bil internet, keperluan anak atau kelas self-care
yang selalu ditangguhkan!Lebih menarik, e.MAS 5 hanya perlu diservis setahun sekali. Dengan komponen yang lebih ringkas, kos penyelenggaraan dalam 10 tahun hanyalah sekitar RM2,700, hampir separuh lebih jimat daripada kereta petrol.
Semua ini mungkin kelihatan teknikal, tetapi bagi seorang wanita multitasking, ia membawa satu perkara penting iaitu kelegaan. Wang yang tidak ‘bocor’ setiap bulan memberi ruang bernafas untuk apa yang lebih penting dalam kehidupan.
Reka Bentuk & Teknologi Versatil
Di luar kelebihannya sebagai EV mampu milik, e.MAS 5 mempunyai daya tarikan estetik yang halus tetapi kuat, sesuatu yang sangat dihargai wanita. Siluetnya clean dan moden, dengan bumbung dual-tone yang memberi vibe premium, rim aero 16” yang sleek dan handle pintu semi-concealed yang menjadikan keseluruhannya tampak rapi serta sofistikated.
Masuk ke dalam, aura quiet luxury menyelubungi interior. Tone warna lembut, kerusi ergonomik seolah memeluk tubuh, crystal gear selector yang tampak seperti aksesori couture serta paparan 14.6” FHD yang menjadi pusat visual moden, semuanya memberi rasa kemas, feminin dan moden.
Ruangnya pula benar-benar menepati gaya hidup wanita moden. Walaupun kompak di luar, ia menawarkan kapasiti trunk sehingga 1,320L apabila kerusi dilipat, frunk
70L serta 32 ruang simpanan pintar pelbagai saiz untuk gajet, keperluan harian dan barangan runcit. Dari sanitizer, kunci dan kabel pengecas, sehinggalah mekap serta benda-benda penting yang sering kita perlukan dalam diam, semuanya tersusun kemas.Wheelbase panjang dan lantai rata pula memberi keselesaan untuk anak kecil, rakan sepejabat atau keluarga kecil anda duduk dengan selesa.
Teknologinya direka untuk memudahkan, bukan membebankan. Integrated Live Charging Map memberi ketenangan setiap kali memandu, dengan paparan lokasi pengecas yang sentiasa dikemas kini. Ia menyenaraikan lebih 4,000 lokasi pengecasan, meliputi 90 peratus rangkaian di serata negara agar perjalanan lebih terancang serta meyakinkan.
Manakala Proton e.MAS App membolehkan anda memantau bateri, menghidupkan penyaman udara atau mengunci kenderaan, semuanya dari telefon pintar. Fast charging dari 30% ke 80% dalam 21 minit pula menjadikannya sesuai untuk wanita yang sibuk.
Pemanduan Lebih Selamat
Selain estetik dan teknologi, keselamatan adalah ciri utama untuk pemandu wanita. Terutamanya yang sering memandu seorang diri atau membawa anak. e.MAS 5 dilengkapi bateri CATL LFP dengan perlindungan bertahap, 6 airbags, rangka Star Armor Cage dan 12 ciri ADAS seperti ACC, FCW dan BSD. Kamera 360° dan 3D display pula memudahkan parking sempit di bandar, sesuatu yang sering mencabar pengguna wanita.
Prestasi pemanduannya turut menyeronokkan. Motor 85kW dengan pecutan 0–50 km/j dalam 3.9 saat memberi respons pantas ketika diperlukan terutamanya saat keluar dari selekoh atau menyelit masuk ke aliran trafik. Ia memberi rasa yakin di belakang stereng, lancar dan terkawal, sesuai dengan gaya pemanduan bandar yang dinamik tetapi tenang.
Dengan jarak WLTP sehingga 325km, penggunaan harian tidak memerlukan pengecasan yang terlalu kerap. Untuk wanita yang berulang-alik sekitar 50km sehari ke tempat kerja, satu pengecasan penuh mampu bertahan sehingga enam hari. Praktikal dan menjimatkan masa, kan!
Proton e.MAS 5 ialah EV yang memadukan tiga perkara yang paling dicari wanita urban hari ini… Penjimatan yang nyata, reka bentuk yang tenang dan elegan, serta pemanduan yang selamat dan praktikal. Ia adalah kereta yang menyokong kehidupan, menjadikannya lebih teratur, lebih tenang dan lebih indah daripada sebelumnya.
Jika ada EV yang benar-benar memahami ritma hidup wanita moden, e.MAS 5 ialah jawapan yang paling tepat.
This website uses cookies.