Putera Mahkota Dubai Ini Lelaki Terkaya Di Dunia & Jalani Hidup Sederhana

112

Dubai sebuah kota yang terhampar dengan elemen kemewahan. Walaupun Dubai dikenali kerana minyak, sumber ini hanya menyumbang kurang daripada 1 peratus KDNKK negara yang terletak di UAE ini. Kini Kota Dubai menjadi pusat perniagaan global dan destinasi pelancongan mewah yang tidak dapat digambarkan.

Menjadi antara negara terkaya di dunia dengan nilai harta yang berbillion pasti kita membayangkan bagaimana pula kehidupan keluarga diraja Dubai ini. Mengenali Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum memiliki semua yang diimpikan oleh lelaki. Pada usia 35 tahun, Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum bukan sahaja memiliki wajah tampan yang digilai oleh wanita namun Putera Mahkota Dubai ini antara yang terkaya di dunia.

Pasti kita menjangkakan kehidupan Putera Mahkota Dubai ini hidup dilimpahi dengan kemewahan yang melampau dengan kereta mewah, istana besar, berparti dan sebagainya. Namun, Putera Mahkota Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum ini yang lebih mesra disapa Fazza memilih untuk memaparkan kehidupan yang sederhana di laman Instagramnya.

Ramai yang mengikuti perkembangan beliau di laman Instragram sehingga pengikut naik mendadak daripada 5.7 juta orang pengikut pada Oktober 2017 dan menjadi 7.2 juta orang pada tahun ini dan pastinya akan terus bertambah.

Putera diraja Dubai ini lebih gembira berkongsi dengan rakyat tentang kebajikan yang dilakukannya termasuk minatnya terhadap haiwan, sukan dan travel. Beliau juga meminati fotografi dan boleh dilihat melalui paparannya di laman Instagram sehingga boleh digelar sebagai ‘Raja Instagram”.

Putera kedua kepada Emir Dubai,  Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum ini dikagumi dan disayangi kerana bersikap sedrhana, merendah diri, bijak, berbudi bahasa dan suka membantu rakyat jelata. Putera diraja Dubai ini dikatakan masih bujang dan menjadi idaman wanita seluruh dunia.

Penampilan putera mahkota ini ini juga ringkas dengan jubah berwarna putih atau mengenakan pakaian sukan dan bertopi besbol. Memang minatnya terlalu tinggi terhadap sukan. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang dermawan dan prihatin akan nasib rakyatnya yang kurang bernasib baik. Sejak ditabalkan sebagai Putera Mahkota Dubai pada 1 Februari 2008, Sheikh Hamdan masih memainkan peranan aktif dalam Pusat Autisme Dubai selaku penaung kehormat.

Nilai-nilai murni pada diri Sheikh Hamdan juga dapat terlihat apabila video viralnya beliau membantu sebuah treler 12 tayar yang terperangkap di padang pasir tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram dua tahun lalu.

Putera Mahkota Dubai ini menyertai kolej yang sama dengan keluarga diraja British. Beliau belajar di Rashid School for Boys dan Dubai School of Government. Kemudian telah melanjutkan pelajaran di Sandhurst Military Academy United Kingdoa (alumni Putera William dan Putera Harry). Sheikh Hamdan seterusnya melanjutkan pelajaran di  London School of Economics. Pada tahun 18 Jun 2011, beliau melawat Malaysia, dan mendapat gelaran ‘Tun’ dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sumber: https://twentytwowords.com & http://www.utusan.com.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan Lupa Komen