Rai Birthday Ratu Hati, Afifah Nasir Terinspirasi Kebaikan & Jiwa Prihatin Ibu Tersayang “Semoga Mama Panjang Umur”

Tumpang bahagia tengok kemesraan adik-beradik selebriti cantik, Afifah Nasir meraikan ulang tahun kelahiran ibu tersayang mereka baru-baru ini. Meskipun masing-masing sudah meningkat dewasa dan berkeluarga namun keakraban di samping ahli keluarga masih bertaut erat.  

Menerusi perkongsian terbaharu Afifah Nasir, adik kepada Anzalna Nasir ini memuat naik momen istimewa menyambut hari lahir ratu hati kesayangan.  

Afifah Nasir Rai Birthday Ibu

Turut kelihatan menyerikan majlis sambutan tersebut ialah bapa Afifah, Profesor Dr Md Nasir dan semua adik-beradik perempuan iaitu Diana, Anzalna, Mia dan Nazirah. Tidak ketinggalan, suami dan anak-anak mereka.  

Dalam hantaran terbaharu itu, ibu kepada lima anak perempuan berkenaan tampil anggun berbusana putih gading.

Sempena hari lahir ibu, Nur Afifah Nasir tidak ketinggalan menitipkan ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan hanya penyayang. Bahkan prihatin terhadap keluarga termasuk cucu.  

Ujarnya, “I thank Allah every day for making you, my mom. When I say I have the best mother, I truly mean it.  

You are the kind of person who leaves kindness wherever you go. The sweetest wife, the most loving MIL who treats her sons in law like her own, and the absolute best grandma.  

Every time you go out, you never come home empty handed for your grandkids, and you always make sure everyone is included because that’s just who you are. You are fair, thoughtful, and full of love.”  

Tambah Afifah lagi, dia sangat bersyukur dan mendoakan agar ibu tersayang dikurniakan  kesihatan yang baik serta dapat menyaksikan kejayaan membanggakan anak-anak kelak.

“Thank you, Allah, for blessing me with a mother like her. Semoga mama panjang umur so that we can continue making you proud and giving you many more reasons to smile. We love you more than words can say.” 

Afifah Nasir Wanita Pintar

Afifah Nasir merupakan anak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim. 

Dia ialah anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan. Selain Anzalna, kakaknya iaitu Mia Nasir juga terlibat dalam dunia lakonan. Sepanjang bergelar anak seni, Afifah pernah membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan dan juga berbakat dalam bidang nyanyian. 

Tidak hanya berbakat dalam bidang seni, isteri Syed Hariz ini seorang selebriti yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.

Malah Afifah juga dilaporkan sering memperoleh keputusan akademik membanggakan dengan meraih GPA 4 flat! 

Artikel https://www.nona.my/tunda-sementara-phd-demi-jaga-anak-nazirah-nasir-seronok-jadi-suri-rumah-buat-bisnes-raya/

Artikel https://www.nona.my/solekan-khir-khalid-serlah-seri-pengantin-afifah-nasir-tampil-bak-puteri-dalam-gaun-mewah-zuhair-murad/

Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz dalam sebuah majlis indah gilang-gemilang pada 5 Mei 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak diberi nama Syed Armand Mateen.  

Share
Published by
Suzi