
Penyanyi, penulis lagu, penerbit dan pelakon tersohor antarabangsa Madonna baru-baru ini meraikan ulang tahun kelahirannnya yang ke-67 tahun dalam suasana yang cukup istimewa dan privasi.
Pada hari istimewanya itu, Ratu Pop dengan nama sebenarnya Madonna Louise Ciccone ini menghadiri sebuah perlumbaan kuda tradisional di Itali.
Acara perlumbaan yang dikenali sebagai Palio di Siena itu merupakan sebuah pertandingan ikonik dan bersejarah yang diadakan dua kali setahun di bandar Tuscan.
Madonna ditemani anak-anaknya iaitu Rocco, Lourdes León, serta pasangan kembar Stella dan Estere.
Mereka menyaksikan acara itu dari sebuah balkoni kediaman bangsawan tertua di Siena yang menghadap kota Piazza del Campo.
Memetik perkongsian di hola.com, selesai acara perlumbaan kuda itu Madonna menuju ke pesta ulang tahun private di Grand Hotel Continental di Siena.
BACA JUGA: ‘Wajah Baru’ Madonna Nampak Pelik, Penampilan Ratu Pop Ini Di Grammys 2023 Raih Perhatian
Ia dihadiri oleh 30 tetamu jemputan istimewa. Bintang ‘Material Girl’ ini sekali lagi memilih Itali sebagai tempat meraikan ulang tahun kelahirannya.
Selain anak-anak, Madonna turut datang bersama kekasihnya yang merupakan seorang pemain sepak bola dari Jamaika, Akeem Morris yang 37 tahun lebih muda darinya.
“Impian saya selama bertahun-tahun ialah untuk menyaksikan perlumbaan kuda Palio di Siena yang berlangsung tepat pada hari ulang tahun kelahiran saya iaitu 16 Ogos.”
Madonna turut menerima kejutan berupa kek Labubu berwarna merah jambu bersaiz besar dengan tulisan ‘Happy Birthday Madudu.’ Manisan itu dibawa masuk ke dalam majlis dengan menggunakan troli.
Madonna yang ketika itu mengenakan bustier satin putih, meniup lilin sebelum sambutan ulang tahunnya yang ke-67 kembali diteruskan.
Kek tersebut menjadi tumpuan dalam majlis ulang tahunnya yang berlangsung di vila Tuscan abad ke-16 milik Sting dan Trudie Styler.
Madonna menyewa kediaman mewah itu untuk dua malam, serta mengadakan jamuan makan malam istimewa bersama rakan-rakan serta keluarga.
‘Semua orang hadir untuk menyokong Madonna dan dia benar-benar menikmati perjalanan yang luar biasa. Dia gembira meraikan ulang tahunnya di Itali, dan kali ini merupakan antara yang terbaik,” kongsi seorang rakannya.
Madonna yang digelar sebagai ‘Ratu Pop’ ini turut dikenali kerana inovasi serta kelebihannnya dalam penerbitan muzik, penulisan lagu, dan persembahan visual.
Madonna merupakan salah seorang artis paling berpengaruh dalam sejarah muzik popular dunia, dan telah menghasilkan lebih daripada 300 juta rakaman lagu di seluruh dunia sekaligus menjadikannya antara artis dengan jualan terlaris sepanjang masa.
This website uses cookies.