Raih Keahlian Pakar Anestesiologi Ireland (MCAI), Dr Julia Junid Mahu Jadikan Kejayaan Ini Inspirasi Buat Anak-Anak!

Tahniah Dr Julia Junid atas kejayaan memperoleh Membership of the College of Anaesthesiologists of Ireland (MCAI) pada 20 Jun lalu. Pencapaian membanggakan anak perempuan Datuk Ziela Jalil dalam bidang perubatan pembiusan tersebut nyata menarik perhatian ramai.  

Bersandarkan status Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid yang merupakan isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, pastinya kejayaan ini wajar dijadikan inspirasi kepada khalayak.  

Artikel https://www.nona.my/warisi-kejelitaan-ibu-anak-perempuan-dr-julia-megat-junid-cecah-usia-32-datuk-ziela-jalil-titip-doa-buat-puteri-solehahnya/

Dr Julia Junid Raih MCAI

Khabar gembira berkenaan dikongsikan Dr Julia Junid menerusi media sosial miliknya baru-baru ini. Menerusi foto yang dimuat naik kelihatan doktor wanita tersebut anggun berkebaya labuh rona hijau dan ceria meraikan kejayaan di sisi keluarga tersayang.

Dr Julia mengabadikan momen indah itu bersama insan kesayangan di O’Reilly Hall, University College Dublin (UCD) di Ireland. 

Ujarnya, “MashaAllah TabarakaAllah. Allahumma Barik. MCAI done. For my parents, for my husband and most importantly to be an inspiration to my girls. One achievement today, many more to go inshaAllah.” 

Sudah pasti sebagai ibu, Datuk Ziela Jalil bangga dan bersyukur mempunyai anak yang tidak hanya memiliki keperibadian yang baik tetapi juga terpelajar. Melihat wajah Dr Puteri Julia memang mirip dan mewarisi kejelitaan ibu tersayang.  

Meniti usia 34 tahun, personaliti ini berhijrah ke Ireland atas tuntutan tugas sebagai doktor bersama suami dan anak-anak sejak tahun 2022.

Pencapaian Membanggakan Dr Julia Junid

Sepanjang berada di Ireland, Dr Julia Junid pernah melakar pelbagai pencapaian sebelum ini. Misalnya pada Julai 2024, dia yang bertugas di Mercy University Hospital, Ireland menerima pengiktirafan daripada hospital berkenaan atas prestasi kerja yang cemerlang.

Atas reputasi cemerlang itu, dia dianugerahkan pingat dan sijil kecemerlangan dalam perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist. Datuk Ziela dalam media sosialnya turut memuat naik video sijil serta pingat diterima puteri kesayangan kira-kira dua tahun lepas.  

Ternyata status bukan warganegara Ireland, berbangsa Asia dan wanita Muslim berhijab bukan halangan buat Dr Julia untuk berbakti serta diterima baik di negara asing.

Wanita bijak ini meraikan ulang tahun perkahwinan kelapan bersama suami tercinta, Dr Dziya Faqhran pada 1 Julai 2026.  

Hasil perkongsian hidup, graduan Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya. 

Share
Published by
Suzi