Ramai Tahu Tentang HERMES & BIRKIN Sekarang, 8 Gaya Yang Patut Tahu

5235

Beg tangan adalah aksesori yang paling utama buat wanita. Beg tangan menjadi kegemaran setiap wanita dan ada yang sanggup menukarnya setiap hari mengikut rona baju. Menukar beg tangan adalah cara yang paling mudah untuk menukar gaya atau penampilan.

Walau memakai baju yang sama tetapi apabila digandingkan dengan beg tangan berlainan gaya dengan sekelip mata sahaja membuat penampilan berbeza. Jom kenali gaya beg tangan yang popular!

Gucci
  1. Shoulder

Beg tangan ini merujuk kepada semua beg yang digalas di atas bahu. Beg tangan jenis ini boleh jadi mempunyai satu tali atau dua tali.

Do & Don’t

Sesuai untuk majlis koktel kerana beg tangan jenis ini memberi kebebasan tangan untuk bergerak. Tidak sesuai untuk majlis formal kerana kehadiran tali beg tangan mencacatkan penampilan.

Balenciaga

2. Satchel

Beg tangan jenis ini biasanya beg kulit dan mempunyai bahagian bawah yang rata. Beg tangan jenis ini juga berpotongan empat segi dan mempunyai dua tali.

Celine

3. Clutch

Beg tangan jenis ini mempunyai saiz yang kecil dan sederhana besar. Kebanyakan beg ini tidak mempunyai tali dan hanya genggaman tangan.

Tip Nona

Gaya yang ringkas buat clutch lebih versatil dan sesuai digayakan untuk majlis rasmi.

Dior

4. Tote

Beg tangan jenis ini mempunyai tali yang pendek dan biasanya terbuka tanpa zip. Potongan yang besar muat untuk diisi kertas kerja, komputer riba dan aksesori yang besar.

Longchamp

5. Hobo

Beg tangan ini adalah gaya bohemian yang mempunyai tali yang sesuai digalas di atas bahu.

Chanel

6. Evening

Biasanya beg tangan jenis ini mempunyai perincian manik atau batu yang mewah. Boleh jadi dalam bentuk clutch atau beg kecil. Boleh jadi juga hadir dengan bertali, rantai panjang atau wristlet.

Tip Nona

Cara yang sesuai untuk menyimpan beg tangan adalah memasukkan beg tangan ke dalam beg kanvas dan disimpan dalam almari yang bersesuaian.

Hermes

7. Messenger

Beg jenis ini hadir dalam bentuk empat segi sama ada kecil atau besar. Biasanya mempunyai tali boleh diubah-suai dan boleh disilangkan di dada.

Fendi

8. Structured – Ladylike

Material beg tangan ini biasanya daripada kulit dengan potongan yang kelihatan teguh. Tali yang panjang untuk digalas di atas bahu dan tali yang pendek untuk digenggam tangan.

Info

Sebelum membeli beg tangan pastikan terlebih dahulu menguji zip. Jika terdapat kerosakan tukar kepada yang lain.