Ratu Gimnas Farah Ann & Ratu Cantik Anna Jobling Tampil Elegan Dalam Persalinan FOREVER ALIA B

Nama Alia Bastamam antara nama pereka yang mekar dalam arena fesyen tempatan khususnya menjelang Aidilfitri. Eksklusif Raya 2023 ini, beliau menampilkan dua ratu sebagai wajah koleksi FOREVER ALIA B iaitu ratu gimnas Farah Ann Abdul Hadi dan ratu cantik Anna Jobling.

Pendirian gaya yang minimalis dan moden menjadi DNA beliau mengumpul pengikut fesyen yang setia. Menerusi label ALIA B, wanita kreatif ini menggarap karakter wanita yang moden, sofistikated, romantik dan misteri menerusi persembahan gaya tersendiri.

Koleksi FOREVER ALIA B menampilkan seleksi baju kurung yang diolah dengan sentuhan resort seperti wrap top

bersiluet dan kain sarung sepadan.

Tampak manis dalam koleksi tersebut, jaguh Olimpik Farah Ann, 28 tahun, dan aktres terkenal Anna Jobling, 22 tahun, masing-masing membawa kekuatan mereka dalam look musim perayaan ini.

Jom tengok baju raya FOREVER ALIA B! Memang cantik sangat dipakai bulan Syawal nanti…

 

Gaya Romantis Farah Ann

 

 

 

 

 

 

 

Semanis Melur Anna Jobling

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share