Rawatan IVF Berjaya, Ally Mukhriz Bakal Jadi Ibu & Kini Usia Kandungan Cecah 8 Bulan!

Alhamdulillah, atas izinNya impian Ally Mukhriz untuk bergelar ibu dipermudahkan. Lima tahun menanti kehadiran cahaya mata akhirnya anak kepada Dato’ Seri Mukhriz Mahathir ini menerima perkhabaran gembira apabila disahkan hamil. Berita gembira itu didedahkan Ally di media sosialnya pada Februari lepas sempena ulang tahun perkahwinan keenam.  

Mengikuti perkembangan cucu kepada negarawan Tun Dr Mahathir Mohamed ini, Ally atau nama penuhnya Meera Alyanna mula menjalani rawatan kesuburan sekitar tahun 2024. Hasil pemeriksaan kesihatan waktu itu, Ally menghidap endometriosis dan menjalani prosedur membuang cyst pada April 2025.  

Artikel https://www.nona.my/bahagia-5-tahun-jadi-isteri-namun-belum-ada-rezeki-anak-ally-mukhriz-dedah-mula-jalani-rawatan-ivf/

Ally Mukhriz Ikhtiar Hamil

Dia kemudian nekad meneruskan rawatan kesuburan in-vitro fertilization (IVF) pada Jun 2025 dalam usahanya untuk mengandung. Ally Mukhriz dijangka bersalin pada Ogos ini.  

Teruja menanti kehadiran permata hati yang ditunggu-tunggu selama ini, satu majlis keraian diadakan khusus buat bakal ibu berkenaan pada awal Julai lalu. Momen tersebut turut dikongsikan Ally di  media sosial yang turut dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai.  

Majlis itu berlangsung di sebuah restoran di ibu negara bertemakan warna putih dan hijau. Tetamu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti seni silap mata dan hiasan bib bayi atau lapik dada bayi.  

Tidak dinafikan, sebagai anak bekas Menteri Besar Kedah dan cucu Tun Dr Mahathir Mohamad, penampilan personaliti cantik ini sering menarik perhatian khalayak. Apa sahaja perkembangan terkini yang dikongsikan Ally Mukhriz di media sosial, pasti meraih tumpuan followers dan warga maya. 

Semangat Ally Mukhriz

Kuat semangat dan besar perjuangan seorang wanita bergelar isteri seperti Ally untuk memiliki anak. Bagaimana pun dia dan suami kelihatan tenang melalui fasa kehidupan ini dan yakin akan bergelar ibu bapa kelak. 

Ally Mukhriz sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan iaitu Ezran Daud Cheah pada tanggal 20 Februari 2020. 

Ally merupakan anak sulung kepada pasangan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dan To’ Puan Seri Norzieta. Dia turut mempunyai dua lagi adik perempuan iaitu Misha Hakeem dan Melia Serena.

Wanita cantik dan tinggi lampai ini juga memiliki Master of Science dari Imperial College Business School, London. 

Semoga hasrat Ally Mukhriz dan suami untuk menimang anak sendiri dimakbulkan Allah SWT. Juga, kekal bahagia hingga ke syurga. 

Share
Published by
Suzi