Sebut saja Razman Razmi terus terlintas di fikiran rekaan sut lelaki yang eksklusif.
Bermula dari perincian sampailah ke penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi menyerlahkan jenama Razman Razmi yang sentiasa mendapat permintaan dari para penggemarnya.
Antara rekaan terkininya yang paling mendapat perhatian ialah persalinan nikah untuk artis lelaki popular, Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea pada November 2021.
“Ketika itu kami banyak menghasilkan busana untuk perkahwinan, selebriti dan custome made. Razman Razmi kini sudah pun berada di pasaran selama 20 tahun.
“Selain bergelar pereka, saya sendiri juga bertindak sebagai cutter.
“Saiznya juga standard kecuali di bahagian perut dan pinggang yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan kini rekaan sut lebih fit dan mengikut potongan badan. Itu sedikit mencabar bagi kami kerana ia perlu mengikut kesesuaian.
“Masing-masing ada idea untuk diraikan. Walaupun setakat ini kami masih belum ada lagi koleksi untuk royalties namun kami bersyukur kerana kebanyakan rekaan sut kami menjadi pilihan ramai lelaki.
“Razman Razmi tidak memfokuskan kepada fesyen busana perkahwinan dan selebriti sahaja sebaliknya kami turut menghasilkan uniform-uniform korporat. Dalam keadaan sekarang kita perlu berfikir di luar kotak mencari cabang-cabang bisnes baharu agar terus relevan di pasaran,” kongsi Razman yang mengilhamkan idea rekaan sut Dolce&Gabbana (D&G).
“Tidak boleh terlalu selesa dan sentiasa rasa kita lebih bagus berbanding orang lain. Seharusnya kita saling menyokong antara satu sama lain kerana industri fesyen Malaysia tidaklah sebesar mana pun. Kita akan jumpa orang yang sama.
“Maka, bersainglah secara sihat dan paling penting ada identiti tersendiri. Jangan letakkan diri terlalu tinggi, kalau jatuh memang sakit. Sentiasa belajar benda-benda baru tidak kiralah anda baru atau lama. Saling menegur demi kebaikan bersama.”
This website uses cookies.