Rona Rose Gold & Bergaya, Teruja Tengok Penulen Air ‘New Normal’ Ala Dapur Korea Ini

Gaya hidup serba moden dan pantas memerlukan penghuni domestik bergerak sistematik, praktikal dan selamat. Pilih kelengkapan yang praktikal mengikut gaya hidup bagi memastikan ia sesuai dan selesa mengikut konteks penggunaan harian.

Mencipta dapur yang indah memainkan peranan penting menaikkan semangat yang positif dan keselesaan. Begitu juga kekemasan dapur dapat memupuk keceriaan penghuni kediaman. Pastikan kerja-kerja di dapur dipermudah dengan penggunaan inovasi teknologi gajet dapur terkini.

Hiasi permukaan di ruang dapur dengan magis penulen air yang menampilkan kualiti gaya hidup premium menerusi JIKSOO Hyper Rose Gold edition. Muncul sebagai elemen hiasan kediaman yang elegan, penulen air ini hadir dengan edisi terbaharu menampilkan warna vibrant, rose gold penuh pesona.

INOVASI
JIKSOO satu-satunya penulen air menggunakan inovasi teknologi terbaharu pertama seumpamanya yang membolehkan air diminum tanpa bertakung di mana-mana tangki.

Keadaaan gelap, suhu lembap dan kehadiran ruang udara dalam tangki air hanya akan menjadi kolam pembiakan bakteria dan alga. Sumber air bertakung juga akan menyebabkan air minuman tidak bersih dan mewujudkan bahan tercemar sehingga boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Teknologi tanpa tangki JIKSOO dicipta dengan sistem penapisan teknologi Nano. Sistem penapisan Nano ini berupaya menapis virus, alga, mikroorganisma dan logam berat sementara hanya membenarkan mineral penting sahaja. Ini bermakna hanya air tulen, bersih dan penuh mineral dihasilkan menerusi penulen air ini.

 

Hidup lebih berkualiti dan mudah dengan adanya JIKSOO Hyper Rose Gold edition tanpa tangki air dan menjadikannya bebas pencemaran.

Menggunakan paip 304 keluli tahan karat pada setiap saluran yang tiada tandingan belum ada saluran air sepertinya. Malah, menggunakan besi tahan karat sebagai bahan utama untuk saluran di dalam penulen air terutama ketika menyalurkan air panas.

SOFISTIKATED
Reka bentuknya yang sofistikated lagi minimalis berpadanan dengan ruang kehidupan bandar yang serba pantas juga diilhamkan bagi memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan.

Menyedari kepentingan minum air yang bersih dan segar, jenama kelengkapan rumah terkemuka dari Korea Selatan, SK magic mengilhamkan penulen air dengan rekaan terbaharu dan minimalis serta kompak.

Menampilkan fungsi lebih mudah dan praktikal juga mesra pengguna sesuai untuk ruang kecil di dapur. Malah dapat menyalurkan kualiti air yang terbaik serta kaya mineral untuk seisi keluarga terutama si manja yang masih menyusu.

Miliki air bersih, tulen dan bermineral bak dari pergunungan;

Penjimatan
Menerusi JIKSOO teknologi, penulen air ini dapat menjimatkan elektrik kerana menggunakan jumlah elektrik yang rendah tidak melebihi 530Wh setiap hari. Pengguna dapat menikmati penjimatan elektrik sehingga RM0.12 setiap hari dan hanya RM3.73 setiap bulan dalam setiap bil elektrik.

Lebih istimewa, teknologi tanpa tangki ini juga mampu menjimatkan penggunaan air. Ini kerana penulen air tidak memerlukan jumlah air tambahan untuk disimpan dalam tangki.

Suhu Optimum
Hidup lebih mudah dan pantas kerana model ini menyediakan air tanpa tangki yang menapis air tanpa had untuk 7 jenis suhu air.

  • Air panas 90°C, suhu yang sempurna untuk minuman kopi.
  • Air panas 70°C, suhu yang ideal untuk minuman teh.
  • Air suam 45°C.
  • Air suam 50°C atau 55°C, optimum untuk susu formula bayi.
  • Air suhu persekitaran.
  • Air sejuk.

Isipadu Auto
Dilengkapi fungsi untuk memilih jumlah isipadu air yang diingini. Hanya dengan 1 butang isipadu air yang ditetapkan akan keluar dan berhenti secara auto. Butang pintar ini memberi kebebasan kepada pengguna memilih jumlah air 120ml, 550ml dan 1000ml hanya dengan satu sentuhan.

Ciri Keselamatan
JIKSOO Hyper Rose Gold edition dilengkapi dengan ciri keselamatan Butang Mesra Kanak-kanak agar mereka dapat menggunakannya dengan selamat. Penulen air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik dan apabila diaktifkan hanya air bersuhu sejuk dan suhu persekitaran sahaja disediakan bagi mengelakkan kemalangan.

Pensterilan UV
Dilengkapi dengan pensterilan UV 99.9 peratus dan akan beroperasi setiap 2 jam bagi memastikan tiada pembiakan kuman dan bakteria pada penulen air.

Sebagai peneraju produk penulenan air tanpa tangki, SK magic komited memenuhi keperluan dan permintaan air bersih dengan harga yang berpatutan. Pengguna boleh memilih belian secara tunai atau sewa beli dengan harga pengenalan hanya RM125 sebulan.

SK magic menyediakan lebih banyak perkhidmatan selepas jualan yang efisen selain menawarkan produk berkualiti terbaik kepada semua pelanggan. Dengan rekaan eksklusif dan elegan, model penulen air JIKSOO Hyper berupaya memenuhi keperluan harian semudah ABC.

Adakah anda masih minum air daripada sumber penulenan yang tak sempurna atau menjerang air cerek? Sudah tiba masanya untuk katakan ‘Goodbye Old, Hello Rose Gold!

’.

Untuk maklumat lanjut sila layari; https://www.skmagic.com.my/product/jik-soo-hyper-rose-gold/

Boleh juga layari JIKSOO, SKmagic, Hyper, Hello Rose Gold

Facebook: SK magic Malaysia
Instagram: @myskmagic_
YouTube: SK magic Malaysia

IKLAN
Share