Cantik dan terpelajar. Kavita Kaur membuktikan usia bukanlah halangan untuk menimba ilmu.
Terkini pelakon, usahawan, model dan penerbit filem terkenal ini baharu sahaja menerima Ijazah Kedoktoran dan bergelar graduan Wilmington Metropolitan University.
Paling membanggakan, Kavita menerima penganugerahan itu pada usia 54 tahun.
Sedia maklum, kita mengetahui Kavita sememangnya berasal daripada keluarga yang berpendidikan tinggi.
Mendiang bapanya, Profesor Datuk Dr. Joginder Singh Budh Singh bukan seorang yang calang-calang. Beliau merupakan Profesor Datuk Dr, bekas pensyarah radiologi dan tokoh akademik. Begitu juga ibunya yang bergelar doktor.
BACA JUGA: Berasal Dari Keluarga Terpelajar, Mendiang Bapa Kavita Sidhu Tokoh Akademik & Berjasa Dalam Bidang Perubatan!
Menjengah ke Instagram, jelitawan ini ada memuat naik momen-momen manis ketika menerima penganugerahan itu.
“Masih berasa sangat rendah diri dan bersyukur selepas menerima Ijazah Kedoktoran saya semalam.
“Hari yang benar-benar istimewa. Terima kasih dari hati kepada Prof. Dr. Nagarajah Lee dan Prof. Dato’ Haji Nasaruddin Ghani atas penghormatan yang luar biasa ini.”
Kavita turut menzahirkan rasa bangga apabila bergelar graduan daripada sebuah universiti terkemuka.
“Berbangga menjadi antara penerima dan graduan Wilmington MU yang terkenal, diraikan di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya yang bersejarah.”
Suami tersayang, Roberto Guya turut hadir menemani dan memberi sokongan buat Kavita. Roberto segak menyarungkan suit rona gelap.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah dan rasa bangga mereka terhadap Kavita.
Untu info, mendiang bapa Kavita merupakan pensyarah radiologi di Universiti Malaya.
Tokoh akademik kelahiran Taiping, Perak ini antara individu yang bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Pengimejan di Hospital Pantai pada 1985.
Mendiang meninggalkan seorang balu Datin Dr. Prabhavathi, tiga orang anak iaitu Sushil Singh Sidhu, Dr Jagdish Singh Sidhu dan Kavita Sidhu serta tiga orang cucu.
This website uses cookies.