“Selamat Ulang Tahun Penghuni Rahim Pertamaku” FARRA INALIS Luah Syukur, Aleesya Sofea Anak Yang Baik & Memahami

Cantik dan seorang yang sangat privasi dengan kehidupan peribadi.

Farra Inalis, isteri kesayangan kepada penyanyi rap ‘sensasi’ Caprice kini bahagia dan tenang menjalani kehidupannya sebaga isteri, ibu serta usahawan.

Kredit Foto: farra_inalis

Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga bersama Caprice, Farra Inalis atau mesra disapa sebagai Elis juga kelihatan semakin berseri-seri.

Aleesya Sofea

Baru-baru ini, Elis ada memuat naik hantaran memaklumkan tentang ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Aleesya Sofea.

Pun begitu, tidak dinyatakan pula ulang tahun kelahiran yang ke berapa.

BACA JUGA: “Semoga Istiqamah Sis…” Isteri Manis Bertudung, Caprice Panjat Kesyukuran

Aleesya Sofea merupakan zuriat daripada perkahwinan Elis yang terdahulu.

Manakala bersama Caprice pula, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Airiel Qashaf yang kini berusia satu tahun.

“Selamat ulang tahun penghuni rahim pertamaku, doa mummy akan sentiasa mengiringi disetiap langkah mu.

“Terima kasih menjadi anak yang sangat baik dan memahami, kakak yang bertanggungjawab dan sangat sayang adik.”

Syukur

Elis yang berasal dari Kelantan turut meluahkan syukur dengan kehadiran Aleesya Sofea dalam hidupnya.

“Hadirnya kakak dalam hidup mummy banyak mengajar mummy dalam segala hal, kakak lah penguat semanggat mummy untuk terus perbaiki diri untuk jadi lebih baik hari demi hari.

“Tiada apa yang mummy harapkan selain hanya yang baik2 sahaja untuk kakak. Belajar rajin2 dan kejarlah cita2 kakak, mummy daddy akan sentiasa support and ada dengan kakak.

“We love you sooooo muchhhh @aleesya_sofeaaaaaa Semoga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Amin”

Elis dan Caprice turut membawa Aleesya Sofea ke Sunway Lagoon bagi meraikan hari istimewanya itu bersama-sama.

 

Share
Published by
Amy Mohd