Selami Keindahan Koleksi Baru TED BAKER. Inspirasi Angkasa Yang Mencabar Eksplorasi Stail

Jenama ini memang terkenal dengan menawarkan rekaan busana yang menarik buat wanita. Setiap kali rekaan yang diserlahkan ia memiliki sisi feminin yang eksklusif, kemas dan tidak terlalu bermain dengan gaya gila-gila. Ia lebih menjurus kepada penggayaan wanita moden dan sofistikated.

Tampil Feminin Dalam Gaun Pendek Perincian Fabrik Renda Telus

Diinspirasikan dari konsep ‘Galactic Glamour’, koleksi Ted Baker musim luruh/sejuk 2017 ini telah direka dalam satu imaginasi pakaian untuk merasai trip mewah ke ruangan angkasa. Oleh itu rona-rona yang diserlahkan di dalam koleksi ini mimik rona-rona yang kita boleh dilihat di ruang galaksi. Selain itu penggunaan fabrik juga diberi suntikan mewah menerusi pemilihan fabrik berkait, satin berkilau, metallic jacquard

, kulit dan crepe. Menariknya sesetengah rekaan dipotong secara tidak simetri bagi mencerminkan gaya condong pergerakan orbit.
Gaya Sofistikated Untuk Wanita Moden

Untuk rekaan aksesori pula penggunaan fabrik seperti velvet dan jacquard digunakan sebagai inspirasi dari koleksi utama dan ia digabungkan dengan perincian klasik seperi saduran emas mawar, riben besar dan perincian batuan. Bentuk-bentuk beg yang direka juga jelas mendapat sentuhan ruang galaksi menerusi bentuk yang menarik, buktinya ada tas genggam yang direka seperti bentuk bulan sabit.

IKLAN
Share