Fesyen

Selepas 36 tahun Karl Lagerfeld Memimpin Chanel, Kini VIRGINIE VIARD Pengarah Kreatif Baharu!

House of Chanel sekali lagi telah membuat keputusan penting yang menentukan masa depan syarikat itu dengan melantik pengarah Fashion Creation Studio Chanel, Virginie Viard sebagai pengarah kreatifnya yang baharu sejurus pemergian Lagerfeld. Siapa Virginie ini, kenapa mendadak nama dia yang muncul, bukan Raf Simons, atau Alber Elbaz?

Bermula sebagai ‘intern’ di Chanel

Viard bukan new kid on the block di rumah Chanel, ia pertama kali intern di Chanel tahun 1987 (Karl mulai bekerja di Chanel tahun 1983). Viard waktu itu intern di bahagian haute couture embroidery. Selesai intern, Viard diajak Karl untuk membantunya di label Chloé tahun 1992. Tampaknya Karl ingin membentuk dan mempersiapkan Viard untuk Chanel. Setelah 5 tahun Viard di Chloé, Karl meminta Viard untuk menjadi kordinator di Chanel Haute Couture. Karl menerima tantangan, dan malah berkembang dengan ikut juga menangani Chanel ready-to-wear di tahun 2000.

Firasat Karl Lagerfeld

Semua inner-circle Chanel menganggap Viard adalah tangan kanan Karl Lagerfeld. Ketika presentasi Chanel spring/summer ready-to-wear 2019 di bulan September tahun lalu, Karl merasa perlu secara perlahan memperkenalkan Viard kepada dunia, maka pada akhir persembahan Karl muncul ke depan penonton bersama Viard, Karl sepertinya berfirasat bahawa dirinya sudah harus pergi.

Rasmi Dari Chanel

Pada website rasmi Chanel, Alain Wertheimer, CEO of CHANEL, sudah mengumumkan jabatan rasmi Viard. Alain memberitahu, Viard sudah lebih dari 30 tahun menjadi collaborator terdekat Karl, dan dianggap mampu meneruskan legasi Gabrielle Chanel dan Karl Lagerfeld.

IKLAN
Share