Selepas Bergelar Isteri HANNAH DELISHA Bakal Lahirkan Bisnes Jenama Sendiri & Fokus Nyanyian

Tahniah Hannah Delisha! kerana baru sahaja bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah juga merupakan seorang pelakon dari Singapura. Bijak Hannah Delisha menyembunyikan hubungan cinta alih-alih terus mengadakan majlis pernikahan di negara kelahirannya.

Foto: Instagram @hannahdelisha

Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne-Birch meluahkan rasa kesyukuran di atas pernikahan ini. “Alhamdulillah Hannah rasa sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segalanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Foto: Instagram @hannahdelisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Hannah Delisha juga turut menyatakan pada tahun ini akan mula sibuk dengan dunia perniagaan yang baru diceburinya. “Saya akan sibuk dengan bisnes dan tak lama lagi saya akan keluarkan rangkaian pakaian RTW dan Exclusive berjenama Délicia. Sekarang masih dalam peringkat pemilihan material and design

. Saya jangkakan kalau tiada aral melintang, dalam beberapa bulan lagi akan siap sepenuhnya,” kata Hannah Delisha.
Foto: Instagram @hannahdelisha

Ketika diajukan pertanyaan kenapa sekarang terdetik untuk buka bisnes, “Sebab saya teringin nak pakai baju rekaan sendiri. Minat tu datang dengan sendiri. At the same time saya rasa that I should give back to my fans who have been supporting me throughout the years.

Jadi saya nak kongsikan rekaan yang saya reka sendiri pada peminat. Semoga hajat Hannah dikabulkan Inshaallah,” tutur pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini.
Foto: Instagram @hannahdelisha

Bercerita lanjut tentang perniagaannya, “Saya nak ceburi bidang fesyen and I’m picky when it comes to material. Jadi saya rasa perniagaan ni yang paling relateable to me. Saya tidak ada dorongan yang spesifik namun kejayaan wanita sukses dalam perniagaan jadi inspirasi buat saya.

Foto: Instagram @hannahdelisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. In Shaa Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.

Foto: Instagram @hannahdelisha
Foto: Instagram @hannahdelisha

Wanita ini juga akan fokus ke arah bidang nyanyian dan V-Log di YouTube. “Saya sebenarnya tengah busy promote single terbaru iaitu Terlalu Mudah. Untuk bidang lakonan pula, saya takkan tinggal, cuma akan lebih memilih naskah yang sesuai dengan penampilan Hannah sekarang,” bicara Hannah Delisha.

IKLAN
Share