Fesyen

Sepasang Kasut Mampu Mengubah Penampilan. Tampil Menarik Dengan Koleksi CHARLES & KEITH.

Kasut memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang. Ia merupakan satu item fesyen yang tidak harus dipandang ringan. Kebiasaannya ramai orang lebih menumpukan perhatian kepada pakaian yang dipakai berbanding kasut, namun tanggapan ini adalah salah sebenarnya. Kadangkala bila bergaya ringkas misalnya dengan mengenakan t-shirt putih dan seluar jeans, namun apabila anda mengenakan kasut yang cukup outstanding

dan menarik sekaligus penampilan anda nampak lebih menarik.
Sepatu Perincian Cerut

Untuk mendapatkan kasut yang menarik tidak semestinya anda perlu menghabiskan wang ribuan ringgit semata-mata mahu mendapatkan kasut dari jenama antarabangsa. Terkenal dengan rekaan kasut yang sentiasa kekal mengikut trend semasa, Charles & Keith menampilkan koleksi musim luruh/sejuk 2017 yang diberi nama Intermission

. Dalam bahasa melayu Intermisson bemaksud perselisihan. Jika dilihat dari rekaan, setiap satu memiliki karakter tersendiri dan ia cukup sesuai digayakan oleh wanita yang suka stail moden.
Sesuai Digayakan Kala Santai

Sepatu bertumit pendek kitten heels direka teknik dengan manipulasi fabrik yang kelihatan seolah-oleh riben yang mengikat kaki dan sepatu dengan perincian keliling cerut tampil minimal dan polos tanpa perincian. Manakala jika mahukan yang lebih bold

anda boleh memilik sepatu tumit tinggi berplatform atau but panjang paras lutut untuk gaya lebih berani.
IKLAN
Share