Setahun Hijrah Ke Australia, Shu Shukri Bangga Anak Dapat ‘Best Student’ & Cekal Besarkan Anak Di Negara Asing!

Sesungguhnya hijrah bukan hanya satu pengorbanan tetapi juga perjuangan. Keputusan Shu Shukri untuk berhijrah ke Australia dan membesarkan dua anak tersayang di sana kira-kira setahun yang lalu mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Ramai yang mengaitkan penghijrahan wanita ini ke negara asing kerana mahu memulakan kehidupan baru selepas rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun dengan pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya berakhir dengan penceraian.

Artikel https://www.nona.my/fit-usia-50-tahun-ruhil-amani-tenang-bergelar-ibu-tunggal-ada-anak-gadis-cantik-berbakat-seni/

Shu Shukri Bahagia Bersama 2 Anak Tersayang

Shu atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri sah bercerai dengan Hafidz Roshdi pada 24 Februari 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Ternyata, bukan mudah bagi Shu sebagai ibu tunggal untuk membesarkan dua anak tersayang di negara asing.

Namun dia cekal melalui hari mendatang dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT mengenai takdir hidupnya.

Mengaku semakin bahagia dan dikelilingi insan prihatin serta penyayang, Shu Shukri baru-baru ini berkongsi kejayaan anak sulungnya, Humairah Muhammad Hafidz menerima anugerah Pelajar Terbaik.

Kongsinya, “The Best Student of JKC (1/78). Wahai anakku Humairah, ibu bangga dengan kamu, bangga dengan pencapaian akademik dan kokurikulum, dengan adab kamu, dengan senyuman dan akhlak kamu. Ibu bangga dengan kamu wahai anak. Tahniah!!”

Hadir menyaksikan momen istimewa itu, Shu Shukri meluahkan rasa terharu melihat anaknya membesar sihat, bijak dan penuh adab.

Kejayaan Ibu Tunggal Shu Shukri

“Dia seorang je salam principal dia dengan dua tangan and cium tangan, and principal dia pun macam ‘awwww’.”

Shu Shukri yang kini berusia 31 tahun membawa permata hati kesayangan berhijrah ke Melbourne, Australia pada Julai 2024.

Semangat dan sikap optimis Shu menyara kehidupan sebagai ibu tunggal sudah pasti menjadi inspirasi kepada wanita senasib sepertinya agar tabah menjalani kehidupan.

Sejak berpisah dengan pelakon lelaki tersebut, nama Shu Shukri menjadi bualan warga maya dan menerima tawaran sebagai jurucakap pelbagai produk antaranya termasuklah Skinelle.

 

Share
Published by
Suzi