Fesyen

Setelah Lama Menunggu Kolaborasi Hangat, Hello Fashion People! Inilah Rekaan Eksklusif Erdem x H&M

Akhirnya penulis dapat kongsikan dengan pembaca nona.my tentang koleksi yang dinanti-nantikan oleh pencinta fesyen seluruh dunia. Terlebih dahulu lebih sebulan yang lalu mata ini sendiri dapat melihat dan tangan menyentuh helaian-helaian eksklusif kolaborasi di antara Erdem dan H&M.

Mungkin kalau hendak membeli sendiri busana secara terus dari Erdem harganya terlalu tinggi dan tidak terjangkau jika tidak memiliki bajet yang besar. Namun menerusi koleksi mampu milik ini anda sendiri boleh menggayakan hasil kreativiti pereka fesyen terkenal yang suka bermain dengan motif flora.

Inspirasi mencerminkan kehidupan dan pemandangan di desa inggeris menjadi tunjang idea secara keseluruhan. Rekaan yang diserlahkan menerusi jahitan yang kemas dan siluet gaun menawan bersatu rapi antara nilai praktikal sesuatu busana dan juga aura dramatik dalam bergaya.

Semestinya elemen utama yang paling menyerlah adalah bunga baik untuk koleksi wanita atau lelaki. Bagi koleksi wanita perincian seperi penggunaan fabrik renda, sekuin penuh dan juga elemen pleats disatukan membentuk gaya yang cukup feminin. Penulis tertarik kepada rekaan bow siap perincian diamate yang comel boleh digayakan sebagai broock dan juga pengepit rambut.

Untuk koleksi lelaki pula, rekaan yang diserlahkan adalah rekaan yang cukup ‘basic’ dan sesuai untuk digayakan sebagai busana seharian, tiada yang ekstravaganza. Nilai praktikal memang dititikberatkan tinggi oleh Erdem.  Kesemua rekaan ini akan dijual secara atas talian dan juga butik pada 2 November 2017 nanti.

 

IKLAN
Share