
Shaza Bae Adriana Adnan HYROX Jakarta 2026
Shaza Bae & Adriana Adnan berjaya tamatkan HYROX Jakarta 2026, walaupun berdepan pelbagai cabaran sebelum dan sepanjang perlumbaan. Semangat juang yang mereka tunjukkan benar-benar jadi inspirasi kepada wanita lain.
Penyertaan sulung selebriti Shaza Bae atau nama penuhnya Shaza Nuriman binti Mohamad Zamri, 31 tahun, dalam pertandingan kecergasan bertaraf antarabangsa itu menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Shaza hanya sempat menjalani latihan selama tiga minggu sebelum turun beraksi.
Meskipun melalui pelbagai dugaan, sokongan sahabat baiknya iaitu Adriana Adnan yang pernah menyertai HYROX di Incheon, Korea sebelum ini banyak membantu dari segi moral dan mindset beliau dalam penyertaan kali ini.
HYROX kini menjadi antara pertandingan kecergasan paling popular di dunia yang menggabungkan larian sejauh lapan kilometer dengan lapan stesen latihan berintensiti tinggi seperti sled push, sled pull, burpee broad jump, rowing, farmerโs carry dan wall ball.
Gabungan cabaran yang disahut Shaza Bae & Adriana Adnan ini menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental serta kerjasama berpasukan sehingga menjadi pilihan ramai atlet dan peminat kecergasan.
Bagi Shaza, perjalanan menuju HYROX Jakarta 2026 bukan sesuatu yang mudah. Pelakon berusia 30-an itu mengakui persediaannya amat terhad kerana perlu membahagikan masa antara komitmen kerja, travel dari Perak ke Terengganu serta latihan yang padat.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan meskipun persiapannya jauh daripada ideal.
โIni merupakan penampilan sulung saya di HYROX. Saya hanya sempat berlatih selama tiga minggu di selang-selikan dengan urusan kerja dan perjalanan dari Perak ke Terengganu.
โMalah, saya juga sempat terjatuh di kawasan parkir sehingga mengalami kecederaan pada lutut. Sehari sebelum perlumbaan pula sempat muntah-muntah tak cukup rehat.
โSaya juga hanya sempat berlatih bersama Adriana sebanyak dua kali dan kami langsung tidak pernah membuat simulasi penuh bersama. Alhamdulillah, kami berjaya menamatkan cabaran ini.โ
Pengakuan itu mendapat perhatian ramai kerana bukan mudah untuk menamatkan HYROX, apatah lagi dengan tempoh latihan yang singkat serta keadaan fizikal yang tidak berada pada tahap terbaik.
Lebih mencabar, Shaza turut mendedahkan beliau mengalami kecederaan pada lutut selepas terjatuh di kawasan parkir beberapa hari sebelum pertandingan. Keadaan itu menjadi lebih sukar apabila beliau mengalami muntah-muntah akibat kurang rehat sehari sebelum perlumbaan.
Walaupun berdepan pelbagai kekangan, beliau tetap memilih untuk meneruskan cabaran bersama pasangan doubles, Adriana Adnan, sehingga berjaya melintasi garisan penamat.
Shaza turut berkongsi beberapa foto selepas perlumbaan yang memperlihatkan kegembiraan mereka meraikan kejayaan menamatkan HYROX buat kali pertama.
Dalam hantaran sama, Shaza mengakui pengalaman sulung itu benar-benar mengubah pandangannya terhadap dunia kecergasan dan ketahanan diri.
โIt was a very humbling experience for me. Thank you for being patient, adriana adnan. We made it.โ
Perkongsian tersebut turut menerima respons menyentuh hati daripada Adriana yang tidak lokek memberikan penghargaan kepada rakan sepasukannya itu.
โShout out to my doubles partner SHAZA BAE for not giving up & for keeping going, even while in so much pain. Mental you kuat babe!โ
Adriana turut berkongsi bahawa kejayaan mereka bukanlah tentang siapa paling pantas atau paling kuat, sebaliknya mengenai semangat untuk terus berjuang sehingga ke garisan penamat.
โ8 kilometers. 8 functional stations. We werenโt the fastest or the strongest, but we pulled through and conquered HYROX together.โ
Kata-kata itu menggambarkan semangat kerjasama yang menjadi kekuatan utama mereka sepanjang perlumbaan, walaupun kedua-duanya berdepan cabaran fizikal dan mental.
Dalam sukan seperti HYROX, kekuatan mental sering dianggap sama penting dengan kecergasan fizikal. Peserta bukan sahaja perlu mengekalkan tenaga sepanjang perlumbaan, malah perlu mengawal emosi, fokus dan disiplin ketika berdepan tekanan.
Kejayaan Shaza Bae & Adriana Adnan menamatkan HYROX Jakarta 2026 membuktikan bahawa keberanian untuk mencuba merupakan kemenangan pertama yang paling bermakna. Walaupun hanya sempat membuat persiapan dalam tempoh singkat serta berdepan kecederaan dan keletihan, mereka tetap memilih untuk tidak mengalah.
Pencapaian itu bukan sekadar mengenai catatan masa, tetapi menjadi simbol ketabahan, disiplin dan semangat berpasukan yang mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mencabar kemampuan diri dalam dunia kecergasan.
Artikel berkaitan: Rahsia Kecantikan Deanna Yusoff Pada Usia 59 Tahun, Konsisten Face Yoga & Clean Eating Jadi Kunci Awet Muda
This website uses cookies.