Makin lebarlah senyuman peminat fesyen sekarang. Sejak banyak butik-butik terkenal tawar pembelian online, nak melaram pun senang cuma klik dan tunggu pesanan sampai.

IKLAN

Mengekori jejak langkah Louis Vuitton yang membuka pintu e-dagangnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini satu lagi jenama popular di kalangan wanita muda iaitu GUESS melancarkan kemudahan online shopping buat pelanggan Malaysia.

Jenama Amerika Syarikat di bawah pengurusan FJ Benjamin Malaysia itu mengumumkan berita tersebut pada Jumaat lepas, dengan hasrat agar peminatnya kekal selamat di rumah.

Online Shopping Makin Menyenangkan, GUESS Malaysia Siap Bagi Penghantaran, Exchange & Return Percuma!

Dengan pelancaran GUESS Online ini, setiap pembelian bernilai RM300 ke atas akan diberi potongan RM100 sebagai tanda penghargaan.

Menggunakan kod promo GUESS100, tawaran eksklusif itu hanya berlangsung selama 13 hari iaitu dari 8 hingga 21 Jun 2020 sahaja.

Selain dapat RM100, kita juga boleh tukar ganti item yang dibeli tanpa banyak soal. Jika terbeli saiz yang salah atau tak puas hati dengan item GUESS yang diterima, tukar je tanpa caj. Semua penghantaran pun percuma tau, sangat menjimatkan.

So dengan berita baik ni, bolehlah cari seluar jeans idaman atau beli hadiah istimewa untuk orang tersayang!

IKLAN

Review Nona

Meneroka sendiri ke laman web www.guess.my, rasanya jam tangan GUESS adalah barangan paling best dibeli.

Paparan spesifikasi teknikal jam dan harga dapat dibaca dengan jelas, maknanya tak perlulah kita sibuk nak bertanya itu ini pada jurujual.

IKLAN

Selain itu, koleksi jam tangan pun dari musim terbaru. Memang melting sangat tengok jam-jam GUESS di website, terus rasa nak tukar jam baru sekarang.

Online Shopping Makin Menyenangkan, GUESS Malaysia Siap Bagi Penghantaran, Exchange & Return Percuma!

Ada juga koleksi tali pinggang, topi dan dompet yang sesuai dijadikan hadiah sempena Hari Bapa tak lama lagi. Mana tahu ada yang tercari-cari hadiah untuk bapa, suami atau kekasih kan?

Happy shopping!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI