Sinonim Dengan Rekaan Sut Lelaki Eksklusif, RAZMAN RAZMI Kekal Jadi Pilihan

Sebut saja Razman Razmi terus terlintas di fikiran rekaan sut lelaki yang eksklusif. Bermula dari perincian sampailah ke penggunaan fabrik yang berkualiti tinggi menyerlahkan jenama Razman Razmi yang kekal relevan dan sentiasa mendapat permintaan dari para penggemarnya.

Pereka ternama, Razman Razmi.

Antara rekaan terkininya yang paling mendapat perhatian ialah persalinan nikah untuk artis lelaki popular, Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea pada November 2021.

“Jenama Razman Razmi bermula melalui kolaborasi antara saya dan sepupu, Razmi. Ketika itu kami banyak menghasilkan busana untuk perkahwinan, selebriti dan custome made

. Razman Razmi kini sudah pun berada di pasaran selama 20 tahun.

Dalam setiap rekaan sut, kami sangat menitikberatkan dari segi cutting kerana ia antara elemen penting dalam sesuatu rekaan. Selain bergelar pereka, saya sendiri juga bertindak sebagai cutter.

Untuk menghasilkan sut lelaki tidak terlalu sukar berbanding untuk wanita kerana kebanyakan design sut lelaki lebih ringkas. Saiznya juga standard kecuali di bahagian perut dan pinggang yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan kini rekaan sut lebih fit dan mengikut potongan badan. Itu sedikit mencabar bagi kami kerana ia perlu mengikut kesesuaian.

Sebelum menghasilkan sesebuah rekaan, kami terlebih dahulu akan berbincang dengan para pelanggan. Kerana kami percaya setiap orang ada pandangan eksklusifnya yang tersendiri. Masing-masing ada idea untuk diraikan. Walaupun setakat ini kami masih belum ada lagi koleksi untuk royalties namun kami bersyukur kerana kebanyakan rekaan sut kami menjadi pilihan ramai lelaki.

Selalunya pada setiap hujung tahun, kami akan travel ke luar negara contohnya ke acara-acara fashion week untuk melihat trend fesyen terkini khususnya koleksi sut. Dari situ kami akan mendapat idea dan mengolahnya mengikut kesesuaian cita rasa dan iklim di Malaysia.

Tidak dinafikan sejak berlakunya pandemik COVID-19 iaitu dua tahun kebelakangan ini permintaan agak kurang. Namun begitu, Razman Razmi tidak memfokuskan kepada fesyen busana perkahwinan dan selebriti sahaja sebaliknya kami turut menghasilkan uniform-uniform korporat. Selain itu, kami turut menghasilkan tudung untuk jenama sendiri di mana kami akan reka dan menjualnya. Dalam keadaan sekarang kita perlu berfikir di luar kotak mencari cabang-cabang bisnes baharu agar terus relevan di pasaran,” kongsi Razman yang mengilhamkan idea rekaan sut Dolce&Gabbana (D&G).

Seterusnya, memandangkan permintaan sentiasa ada, Razman Razmi bakal menghasilkan koleksi sut lelaki yang lebih classy

tahun ini. Selain itu, mereka juga bakal mengeluarkan produk baru yang bakal dikongsikan kepada umum tak lama lagi.

NASIHAT
“Tidak boleh terlalu selesa dan sentiasa rasa kita lebih bagus berbanding orang lain. Seharusnya kita saling menyokong antara satu sama lain kerana industri fesyen Malaysia tidaklah sebesar mana pun. Kita akan jumpa orang yang sama. Maka, bersainglah secara sihat dan paling penting ada identiti tersendiri. Jangan letakkan diri terlalu tinggi, kalau jatuh memang sakit. Sentiasa belajar benda-benda baru tidak kiralah anda baru atau lama. Saling menegur demi kebaikan bersama.”

 

IKLAN
Share