Solekan Berani & ‘On-Point’ Serlah Aura Diva Legenda KRIS DAYANTI Pada Usia 50 Tahun

Diva lagenda Indonesia Kris Dayanti kini telah mencecah usia 50 tahun. Sebagai penyanyi yang sentiasa kelihatan memukau, Kris Dayanti mengekalkan gaya tersendiri termasuklah dalam solekan.

Kredit Foto: krisdayantilemos

Setiap kali kemunculannya di pentas persembahan mahupun acara-acara hiburan, Kris Dayanti sering meraih tumpuan dengan penampilan solekannya yang menawan serta berani.

Elegan Dengan Solekan Berani

Kris Dayanti sememangnya terkenal dengan solekan berani dan on-point memancarkan aura diva legenda yang dimilikinya.

Dalam solekan, mata adalah bahagian tumpuan utama bagi ibu kepada empat orang anak ini. Kris Dayanti gemar memilih gaya smokey eyes bernuansa coklat dan hitam yang membuat matanya tampak lebih dalam dan ekspresif.

BACA JUGA: Usia 49 & Ada 2 Cucu, Aksi Kris Dayanti Berlatih Wushu Jadi Sorotan

Manakala eyeliner rona hitam pekat serta bulu mata tebal dan lentik menyempurnakan tampilan matanya yang tajam lagi glamor.

Kening yang dilukis sempurna turut menjadi bahagian oenting dalam signature look Kris Dayanti.

Bentuk arch yang kemas dengan lukisan warna coklat gelap yang natural menciptakan kesan tegas namun tetap elegan.

Riasannya disempurnakan dengan sapuan lipstik yang memberikan kesan mewah, lembut dan moden.

Kombinasi lipstik satin dengan sedikit gloss menambah efek bibir lebih penuh dan segar.

Usia Sekadar Angka

Kris Dayanti membuktikan bahawa usia sekadar angka. Dengan solekan berani yang elegan dan flawless

seorang wanita itu masih lagi mampu tampil menawan dan percaya diri.

Pada usia berapa pun, tetap tidak akan hilang pesonanya.

Share
Published by
Amy Mohd