Fesyen

Sopan Berselendang & Menutup Aurat, Gaya Kate Middleton Santuni Warga Muslim Sentuh Hati!

Gaya Puteri Wales, Kate Middleton sekali lagi mencuit perhatian dunia apabila membuat penampilan berbaju sopan saat berkunjung ke Hayes Muslim Center di London Barat.

Tiba bersama Putera William, pasangan diraja ini dilaporkan berkenan menyantuni komuniti Muslim di Hayes Muslim Centre. Menariknya, Puteri Kate bijak mengenakan busana sopan yang bersesuaian umpamanya berselendang seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam di sana.

Kate Middleton seperti dilaporkan oleh Page Six mengenakan gaun labuh berlisu Alexander McQueen bersama kot hitam Catherine Walker. Gaun tersebut pernah dikenakan oleh Kate ketika berjumpa rakyat sewaktu kemangkatan Ratu Elizabeth II yang lalu.

 

 

 

Paling menyentuh hati, Kate juga mengambil inisiatif menutup kepalanya dengan selendang putih daripada pereka Pakistan, Elan. Cukup sopan dan manis, gaya yang ditampilkan benar-benar menghormati kesucian agama Islam.

Memilih untuk mengenakan solekan minimal, Kate melengkapi penampilannya dengan membawa beg tangan Grace Han dan sepatu tinggi Gianvito Rossi.

Kunjungan Putera William dan isteri ke Hayes Muslim Centre adalah untuk bertemu sukarelawan yang turun padang membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

IKLAN
Share