
Ousmane Dembele & Isteri Rima Edbouche
Jika kebanyakan isteri pemain bola sepak dunia dikenali dengan imej seksi dan penampilan mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, berbeza pula bagi suri hati Ousmane Dembele iaitu Rima Edbouche. Dia bukan hanya tampil dengan imej sopan, berpakaian longgar dan menutup aurat. Bahkan mengelak daripada mendedahkan wajahnya kepada khalayak!
Tahun ini usia perkahwinan Dembele dengan isteri tersayang, Rima mencecah usia lima tahun. Sepanjang tempoh itu juga kedua-duanya cukup menjaga privasi. Malah tidak berkongsi gambar mereka berdua di platform media sosial masing-masing.
Pun begitu, kasih sayang pasangan suami isteri ini tetap menebal dan mekar. Buktinya sejak mengahwini Rima Edbouche, kehidupan Ousmane Dembele berubah sepenuhnya ke arah lebih baik.
Rima menjadi watak penting yang banyak membentuk kehidupan bintang kelahiran Vernon, Perancis berkenaan. Sehingga mencapai kemuncak karier bola sepak dunia selepas diumumkan sebagai pemenang Ballor d’Or pada 2025.
Kejayaan itu sekaligus menutup perjalanan penuh mencabar Dembele yang terpalit dengan isu kontroversi dan masalah disiplin. Ketika bermain untuk pasukan Barcelona, Dembele dilabel sebagai individu tidak profesional, kerap mengalami kecederaan berulang dan sering tidak menepati masa yang hampir memusnahkan kariernya.
Namun kehadiran Rima sejak sah menjadi isteri pada 24 Disember 2021 memberi fasa baharu kehidupan kepada Dembele.
Pasangan ini dilapor mula berkenalan sekitar tahun 2014 di Perancis. Ketika itu Ousmane Dembela bermain untuk pasukan Rennes. Kedua-duanya dibesarkan di Paris dan berasal dari keluarga beragama Islam.
Rima Edbouche yang kini berusia 27 tahun mendirikan rumah tangga bersama Dembele dalam sebuah majlis tertutup di Paris. Perkahwinan mereka diadakan dalam suasana tradisi Maghribi dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Mereka kemudian dilapor menimang cahaya mata sulung yang juga anak perempuan pada September 2022. Bukan itu saja, mereka turut merahsiakan nama anak perempuan mereka. Dembele memanggil anaknya The Catalan kerana lahir di Barcelona ketika dia masih beraksi untuk kelab gergasi Sepanyol tersebut.
Menelusuri peribadi Rima, wanita berusia 27 tahun ini sebelum berkahwin dengan Dembele merupakan seorang pempengaruh media sosial. Walau terkenal namun Rima mengelak daripada menjadi perhatian khalayak.
Setiap kali hadir menyokong suami dan menyaksikan perlawanan di stadium, kelibat Rima Edbouche mencuri tumpuan. Walau suami tercinta seorang pemain bola sepak terkenal namun Rima kekal dengan penampilan menutup aurat. Malah turut mengenakan pelitup muka.
Isteri kesayangan Ousmane Dembele ini juga terkenal dengan falsafah gaya hidup serta cita rasa fesyennya yang sederhana namun tetap memiliki kelas tersendiri.
Pada 2025, pasangan ini menetap di Paris apabila Dembele bermain untuk pasukan bola sepak terkemuka dunia, Paris Saint Germain (PSG). Difahamkan Rima merupakan pengasas kepada jenama fesyen muslimah, Razalae.
Artikel https://www.nona.my/syifa-melvin-bangga-kejayaan-safawi-rasid-kasut-emas/
This website uses cookies.