Stail Cincin Besar Gedabak Dah Berlalu, Lagi Sweet Kalau Pakai Yang Kecil & Moden, Tapi Mahal

Fenomena barangan kemas bersaiz besar gedabak atau bold kini sudah ketinggalan. Walaupun mahal tapi sia-sia, hanya membuat si pemakai nampak old-fashioned.

Cita rasa pengumpul barangan kemas juga kini beralih kepada item lebih moden, bersaiz lebih kecil dan urban. Contohnya stail cincin.

Koleksi yang bersifat lebih individu atau mewakili personaliti seseorang kian menjadi pilihan untuk wanita yang menjaga penampilan.

Berikut beberapa koleksi cincin moden pilihan Nona yang menepati cita rasa semasa. Boleh saja dipakai lebih dari sebentuk, asalkan bukan di semua jari!

De Beers Jewellery

 

De Beers Jewellery

 

De Beers Jewellery

 

HABIB juga memperkenalkan rekaan cincin berlian terbaru yang dinamakan Dwa. Ia adalah gabungan dua cincin yang dijadikan satu dengan kelainan fokus entiti bagi setiap satu.

 

 

Dinspirasikan daripada pelbagai motif, Dwa mengabadikan keindahan galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian, serta kasih sayang.

 

TIP FESYEN

Pemakaian cincin ini sangat unik kerana ia boleh dipakai sebentuk ataupun bertindih. Untuk kelihatan lebih bergaya dan trendy, cincin ini juga cantik digayakan dengan memakainya lebih daripada satu jari.

 

IKLAN
Share