Suka Motif Bunga Daisy, Jenny Walton Dedah Inspirasi Kasut Comel Pretty Ballerinas Rekaannya!

Angin New York bertiup nyaman. Di tengah kesibukan masa, warga kotanya melangkah deras mengejar cita-cita. Kerana itu style influencer, pelukis ilustrasi fesyen dan Pengarah Kreatif The Sartorialist – Jenny Walton, sentiasa memilih kasut yang tepat seperti Pretty Ballerinas yang melambangkan identiti beliau.

Beliau dianggap sebagai the latest street style darling. Cita rasa fesyennya ringkas, tapi tetap klasik dan sofistikated. Pelbagai majalah wanita dan fesyen antarabangsa seperti Vogue juga kerap mengintip gaya Jenny Walton yang dikatakan mirip aktres terkenal, Audrey Hepburn.

Sebagai isteri jurufoto dan pengasas blog fesyen terkemuka, The Sartorialist iaitu Scott Schuman, wanita berusia 30 tahun dari New Jersey ini kerap menghadiri pelbagai jemputan Minggu Fesyen Antarabangsa. Kota fesyen Paris dan Milan bagaikan rumah keduanya selepas New York.

 

 

 

SEMBANG PEREKA

Gaya peribadi dan stail Jenny Walton sering menjadi perhatian peminat fesyen di seluruh dunia. Meskipun sering diangkat sebagai jemputan penting dan menghiasi front row pertunjukan fesyen dunia, beliau tetap mesra malah sudi menerima pelawaan temu bual eksklusif daripada Majalah Nona.

Eksklusif dalam video Lensa Nona: Sembang Pereka bersama Jenny Walton, selebriti media sosial itu turut berkongsi minatnya yang suka ke pasar lambak (flea market). Tak sangka pula segalanya bermula dari minat beliau suka kumpul kitchenware vintaj dan ibu kesayangan Jenny pula seorang guru sekolah!

Tonton video eksklusif di bawah tentang aspirasi kerjaya Jenny Walton…

 

Bayangkan kuntum-kuntum daisy yang comel menjadi ilham Jenny Walton sempena koleksi Pretty Ballerinas musim Spring Summer 2021.

Motif ini diterjemahkan ke dalam empat rekaan iaitu kasut ballerina Zoey (boleh dilipat), kasut balet Marilyn dengan daisy kristal Swarovski dan daisy tebuk, serta motif gingham check

untuk inspirasi vintaj.
Kasut ballerina Zoey

 

Kasut ballerina Zoey

 

Motif gingham check

 

Berlatarkan kesibukan kehidupan di kota New York, kempen The Jenny Walton X Pretty Ballerinas yang bakal memasuki pasaran Malaysia pada April ini jelas menceritakan gaya hidupnya.

Meskipun sering mengenakan aksesori dan pakaian mewah dari rumah fesyen Itali, namun Jenny Walton senang dengan Pretty Ballerinas kerana sifat praktikal, kekemasan, kecantikan dan kemewahan jenama tersebut.

“Dalam era dwi-kerjaya ini, wanita perlu bergerak pantas tapi menawan dalam masa yang sama. 

Saya suka keseluruhan proses rekaan ini. Paling menarik tentunya kala melihat prototaip pertama, bayangkan sesuatu yang lahir dari imaginasi kita menjelma di depan mata!” ujar Jenny Walton teruja.

 

 

 

 

 

Menggunakan material-material seperti kulit nappa, kapas organik, reben grosgrain dan kristal Swarovski, Jenny Walton mereka keseimbangan hebat antara estetik, kualiti dan keselesaan. Semua kasut Pretty Ballerinas dihasilkan 100% di Menorca, tempat di mana kasut ini dilahirkan pada tahun 1918.

Pretty Ballerinas merupakan sebuah jenama independent milik keluarga dengan pengalaman lebih 100 tahun membuat kasut. Setiap satunya dihasilkan di Pulau Mediterranean melibatkan 60 pembuat kasut dan wanita, menggunakan hanya material terbaik di dunia.

Kami pun tak sabar nak dapatkan kasut Pretty Ballerinas ni. Comel sangat, kan?

IKLAN
Share