
Selepas Singapura, Jepun menjadi salah satu destinasi paling kerap dikunjungi Syahrini dan suami, Reino Barack.
Setelah beberapa ketika menetap di Indonesia, pasangan ini memilih untuk kembali ke negara amtahari terbit itu bagi menikmati masa berkualiti bersama cahaya mata mereka.
Dalam beberapa hantaran di media sosial, Syahrini dan Reino Barack dilihat berkongsi potret kebersamaan mereka bersama puteri kecil di pelbagai sudut kota Tokyo.
Percutian kali ini terasa istimewa kerana selain berlibur, mereka turut menonton konsert reuni Oasis yang diadakan di Tokyo Dome, salah satu momen yang menjadi tarikan utama para peminat muzik dunia.
Perkongsian di media sosialnya, Syahrini sempat singgah ke beberapa restoran Jepun autentik serta kafe moden yang menyajikan pencuci mulut khas Jepun.
Momen percutian ini bukan sahaja menonjolkan sisi keibuan dan kebahagiaan, tetapi juga memperlihatkan gaya hidup mewah yang sinonim dengan pasangan ini.
Untuk OOTD, Syahrini tampil bergaya seperti biasa dengan mengenakan mantel musim luruh yang digayakan bersama kaca mata hitam dan beg mewah. Setiap penampilannya memperlihatkan perpaduan antara kemewahan dan cita rasa fesyen kelas tinggi.
Syahrini tampil mengenakan cropped jacket jenama Prada dipadankan dengan kemeja dalaman berlengan panjang berwarna merah jambu serta seluar denim potongan flare. Penampilannya dilengkapi dengan beg Hermes berwarna putih yang menambah sentuhan mewah pada gaya.
Syahrini juga tampil bergaya dengan vest hitam jenama Louis Vuitton dipadankan dengan inner turtleneck putih serta seluar denim panjang. Penampilannya semakin menyerlah dengan beg mini Hermes berwarna hitam yang melengkapkan gaya elegan.
Syahrini mengenakan tweed berwarna hijau jenama Chanel bernilai dipadankan dengan seluar denim untuk gaya kasual mewah. Penampilannya disempurnakan dengan beg Hermes berwarna hitam serta sepatu tumit tinggi Chanel dengan perincian mutiara menjadikan keseluruhan gayanya tampak elegan dan berkelas.
Syahrini tampil serba coklat daripada tudung, inner, jaket kulit, hingga beg mini Hermes yang dipadankan dengan seluar putih serta kasut tumit tinggi bertali dengan perincian bulu jenama Kandee Shoes. Gaya ini menyerlahkan penampilan elegan dan sofistikated dengan sentuhan mewah yang tetap chic.
Syahrini sekali lagi tampil elegan dengan jaket tweed Chanel berwarna hitam dipadankan dengan inner putih dan seluar denim untuk gaya kasual mewah. Penampilannya semakin menarik dengan beg mini Hermes berwarna ungu, menambah sentuhan feminin dan eksklusif pada keseluruhan gayanya.
Syahrini turut tampil anggun dengan cardigan putih dan kemeja hitam jenama Sacai yang dipadankan dengan seluar putih. Gaya monokrom ini memberi sentuhan moden dan elegan menyerlahkan cita rasa fesyen mewah yang minimalis.
Syahrini tampil memukau dengan blazer hitam yang dihiasi aksesori emas jenama Schiaparelli. Penampilannya dipadankan dengan seluar denim, beg Hermes, serta kasut tumit tinggi berwarna emas mencipta gaya mewah yang elegan namun tetap santai.
Syahrini tampil menawan dengan blazer hitam yang digayakan bersama tali pinggang poket Hermes serta seluar kulit berwarna hitam yang memberi sentuhan moden dan berani.
Gaya ini dilengkapkan dengan beg Hermes berwarna coklat senada dengan but suede bertumit tinggi mencipta penampilan elegan dan mewah dengan aura sophisticated.
Kesimpulannya, Syahrini dan Reino Barack membuktikan setiap penampilan mereka bukan sekadar gaya tetapi juga cerminan cita rasa mewah dan elegan.
Percutian mereka ke Jepun kali ini bukan hanya tentang rehat dan keluarga tetapi juga memperlihatkan keanggunan dan gaya hidup eksklusif yang menginspirasi ramai penggemar fesyen.
This website uses cookies.