Bukan Saja Hidangan Mudah, Cepat & Lazat, Tapi PASTA Pun Boleh Bantu Anda Kurus!

Bukan Saja Hidangan Mudah, Cepat & Lazat, Tapi PASTA Pun Boleh Bantu Anda Kurus!

Pasta, selain boleh diolah menjadi pelbagai sajian menyelerakan, ia turut mengandungi manfaat kesihatannya yang tersendiri. Seandainya anda buntu memikirkan hidangan sampingan yang mudah, cepat dan lazat, mungkin pasta adalah jawapannya.

Terkenal sebagai makanan tradisional di Itali, pasta mula dijejaki di Sicily pada tahun 1154. Terbahagi kepada pasta kering dan pasta segar, ia lazimnya diadun dengan tepung gandum durum dan air, sebelum dijadikan pelbagai bentuk yang menarik. Pasangan pasta yang sesuai digandingkan dalam satu sajian pula ialah sayuran, ikan, ayam, daging tanpa lemak, keju dan sos tomato.

 

KHASIAT

  • MENGEKALKAN TENAGA

Karbohidrat di dalam pasta membekalkan glukosa, penjana tenaga yang penting untuk otot dan otak anda. Tidak seperti gula ringkas, pasta juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia melepaskan tenaga dengan perlahan-lahan.

 

  • RENDAH SODIUM & BEBAS KOLESTEROL

Pasta merupakan pilihan yang rendah sodium dan bebas kolesterol. Dalam setiap cawan, ia diperkaya dengan pelbagai nutrien penting seperti zat besi dan vitamin B. Pasta gandum penuh umpamanya, dapat membekalkan sehingga 25% keperluan serat harian dalam setiap cawan.

 

  • ASID FOLIK

Pasta diperkaya dengan asid folik, nutrien penting untuk wanita yang merancang untuk hamil. Satu hidangan pasta bersamaan dengan sekurang-kurangnya 100mg asid folik, atau 25% daripada keperluan harian yang disyorkan.

 

  • DIET SEIMBANG

Makanan ini juga merupakan sebahagian daripada diet seimbang. Menurut panduan diet semasa, 65% daripada bekalan kalori harian datangnya daripada karbohidrat, seperti pasta.

 

  • RENDAH GI

Pengambilan pasta yang mengandungi indeks glisemik (atau GI) yang rendah tidak akan menyebabkan paras gula darah anda meningkat dengan cepat. Rendah kandungan GI turut memperlahankan proses penghadaman untuk mengawal selera makan anda.

 

  • MENURUNKAN BERAT BADAN

Pasta merupakan makanan bebas lemak yang amat sesuai untuk pelan menurunkan berat badan anda. Satu cawan pasta masak mengandungi hanya 100 kalori, dengan tambahan vitamin dan mineral. Ia juga mengenyangkan!

 

PILIHAN TEPAT

 

GLUTEN: Makanan yang berasaskan gandum seperti pasta mengandungi gluten. Kebanyakan orang tanpa alahan terhadap gluten boleh menikmati pasta tanpa sebarang kesan sampingan. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pilihan pasta bebas gluten di pasaran untuk dinikmati.

Terdapat pelbagai jenis pasta dalam pelbagai bentuk yang menarik. Di antara kategori yang popular ialah Long pasta (spaghetti) dan Short pasta (penne, fusilli, farfalle).

Tambat selera tetamu anda dengan resipi bercita rasa Malaysia. Selain laksa Johor yang menggunakan spageti sebagai bahan utama, anda juga boleh menghidangkan pasta bakar, spageti goreng tomyam, spageti goreng Mamak, spaghetti bolognese ala kampung serta pelbagai inovasi masakan lain.

Peka Dengan 8 Cara Ini Untuk Bantu Perlahankan Proses OSTEOPOROSIS!

Peka Dengan 8 Cara Ini Untuk Bantu Perlahankan Proses OSTEOPOROSIS!

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus wanita berisiko menghidapi masalah tulang rapuh selepas putus haid kerana kekurangan keperluan hormon estrogen. Anda perlu tahu, osteoporosis juga antara ‘pembunuh senyap’. Jadi, wahai wanita mulakan pencegahan awal. Ambil berat tentang pengambilan kalsium.

  • TAHU RISIKO OSTEOPOROSIS

Usia, jantina, latar belakang keluarga, bangsa, bentuk tubuh, sejarah kitaran haid dan gaya hidup boleh menjadi risiko yang menyebabkan penyakit tulang rapuh.

  • PEKA TENTANG GENETIK KELUARGA

Sejarah keluarga yang mempunyai osteoporosis pada sebelah ibu adalah petanda awal untuk lebih berhati-hati. Galakkan anak-anak untuk bersenam dan jaga pemakanan.

  • PERTAMBAHAN KALSIUM

Kalsium bukan hanya meningkatkan kekuatan tulang tetapi membantu jantung, aliran darah, otot dan saraf. Apabila tubuh tidak mendapat kalsium yang cukup, ia membuatkan tulang menjadi lemah.

  • VITAMIN D

Seperti kalsium, vitamin D juga memainkan peranan penting dan menghalang dan meminimakan osteoporosis tetapi biasanya ia tidak mencukupi untuk seorang pesakit. Vitamin D membantu menyerap kalsium di saluran gastrousus dan memindahkannya kepada tulang.

  • DIET

Satu kajian dilakukan di mana diet Mediterranean berperanan untuk melindungi ketumpatan tulang. Diet Mediterranean termasuk pengambilan buah zaitun, minyak zaitun, sayur-sayuran, pengambilan produk tenusu dan ikan secara sederhana. Kurangkan pengambilan daging atau produk-produk berdaging.

  • BERSENAM

Jangan tinggalkan rutin senaman kerana ia membantu perkembangan tulang. Pada masa sama memelihara kesihatan anda. Amalkan senaman 3-4 kali seminggu, 20-30 minit setiap sesi.

  • MEROKOK

Merokok meningkatkan risiko osteoporosis. Secara khususnya, mengurangkan pengaliran darah ke tulang memperlahankan pengeluaran sel pembentukan tulang.

  • OSTEOPOROSIS BUKAN MASALAH WANITA

Hampir 6 peratus lelaki turut mendapat masalah osteoporosis pada usia selepas 50 tahun. Jadi, buat para lelaki perlu mula menjaga kesihatan.

 

Stres Punca Tekanan DARAH TINGGI, Sebelum Melarat Amalkan 5 Rutin Ini!

Stres Punca Tekanan DARAH TINGGI, Sebelum Melarat Amalkan 5 Rutin Ini!

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan gangguan kesihatan yang seringkali dipandang mudah. Tahukah anda, bermula dengan tekanan darah tinggilah anda berisiko untuk menghidapi berbagai-bagai jenis penyakit kronik yang lain.

Amalkan 5 cara ini agar anda dapat mencegah tekanan darah tinggi seterusnya mengekalkan cara hidup sihat.

  • UBAH TABIAT MAKAN

Kurangkan makanan masin atau tinggi natrium seperti makanan segera. Pilih makanan tinggi kandungan kalium seperti kentang, pisang, ikan dan susu bagi membantu menjaga tekanan darah. Hidangan rendah lemak serta buah, sayuran dan bijirin juga disarankan. Jangan lupa minum air putih secukupnya kerana kekurangan cairan mempengaruhi jumlah natrium dalam badan.

  • BERSENAMLAH

Mereka yang rajin bersenam, risiko untuk diserang tekanan darah tinggi lebih rendah berbanding mereka yang kurang atau malas bersenam. Tak perlu senaman berat. Memadai dengan melakukan aktiviti berjalan kaki, berjoging atau berbasikal.

Bagi anak-anak atau remaja disarankan untuk bersenam sekitar sejam setiap hari agar kekal cergas dan terhindar daripada tekanan darah tinggi.

  • JAGA BERAT BADAN IDEAL

Individu yang berlebihan berat badan atau obesiti adalah 2-6 kali berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. Maka, jagalah berat badan ideal anda sekaligus dapat mengurangkan risiko diserang penyakit lain. Ubah gaya hidup agar berat badan turun dan berada di angka yang ideal. Kurangkan sekitar 4-5 kg berat badan. Ia sudah cukup untk menurunkan risiko tekanan darah tinggi.

  • BERHENTI MEROKOK

Tekanan darah tinggi adalah salah satu kesan buruk daripada tabiat merokok. Anda juga berisiko untuk diserang strok dan serangan jantung. Baik lelaki mahupun wanita, segeralah berhenti merokok atau anda akan menyesal di kemudian hari.

  • KAWAL STRES DENGAN BAIK

Stres boleh mengakibatkan tekanan darah naik hanya dalam tempoh sesaat. Jika anda tidak mengawal stres dengan baik ia akan terus meningkat dan keadaan menjadi lebih buruk. Saat sedang stress lakukan perkara yang membuatkan anda rasa tenang seperti mendengar muzik atau ke spa.

  • PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH SECARA BERKALA

Dengan cara ini anda dapat mengetahui tahap tekanan darah adakah normal atau sebaliknya. Pemeriksaan boleh dilakukan di rumah atau bertemu dengan doktor. Jika tekanan darah antara 120-139/80-89 mmHG bermaksud anda mengalami prehipertensi. Keadaan ini mudah menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. Cegah ia daripada berterusan dengan mengubah gaya hidup sihat di samping menjaga pemakanan.

 

 

Oh, Begini Caranya Nak Atasi Masalah PERUT BUNCIT!

Oh, Begini Caranya Nak Atasi Masalah PERUT BUNCIT!

Perut buncit, baik wanita mahupun lelaki kedua-duanya berhadapan dengan masalah yang sama kalau tak jaga badan. Keluhan selalunya didengar selepas seseorang itu berkahwin. Ada yang berbadan kurus tapi perut pula buncit. Sehinggakan ada yang menggunakan taktik dengan menarik nafas sewaktu bergambar supaya perut terlihat kempis. Sampai bila anda mampu bertahan dengan cara itu?

Berikut cara yang betul bagi mendapatkan perut kempis dan rata seperti sebelum berkahwin.

PELBAGAIKAN SENAMAN

Amalkan pelbagai jenis senaman mengikut kemampuan. Badan akan terbiasa dengan senaman yang dibuat secara berulang. Contohnya menggabungkan latihan kardio seperti berlari, yoga dan seni mempertahankan diri. Sekaligus ia dapat meningkatkan stamina.

SENAMAN KARDIO

Tahukah anda senaman kardio boleh berlaku semasa anda sedang menaiki tangga atau berjalan kaki? Walau pun ia nampak santai tapi membantu membakar kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.

 

KIRA SAIZ HIDANGAN

Rujuk maklumat di label nutrisi. Jika anda mahu makan di luar, tinggalkan separuh daripada hidangan ke dalam peti sejuk untuk dinikmati keesokannya. Di internet terdapat banyak laman web yang boleh dirujuk untuk mengira saiz hidangan.

BACA SENARAI NUTRISI PADA LABEL

Ini tindakan penting bagi menikmati pemakanan seimbang selain membantu mengelakkan pengambilan makanan tidak sihat. Hadkan juga kandungan gula. Pilih makanan berserat tinggi lebih daripada tiga gram bagi setiap hidangan. Lebih banyak makanan segar yang diambil, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi seimbang.

SEDIAKAN MENU RINGKAS

Memasak makanan sendiri lebih sihat kerana anda boleh mencuba pelbagai kaedah seperti bakar, gril, kukus atau panggang berbanding bergoreng. Gunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Bagi menambah perisa, gantikan dengan herba berbanding garam.

SAYUR & BUAH

Membantu mengekalkan berat badan ideal. Amalkan memakan sayur saderi yang dicicah mentega kacang. Boleh juga amalkan dengan meratah lobak merah. Buah-buahan campuran yang dihiris dan digaul dengan yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek kesihatan setiap hari.

Puasa Dah Nak Habis Ni, Dah KURUS Ke Belum?

Puasa Dah Nak Habis Ni, Dah KURUS Ke Belum?

Kebiasaanya, di samping fokus untuk melakukan ibadah pada bulan Ramadan, ramai yang mengambil peluang untuk menurunkan berat badan. Nampak mudah, tapi ramai yang terkandas dalam misi ini.

Namun, jangan risau masih ada beberapa lagi tip diet yang mungkin nampak pelik tapi boleh membantu anda untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa memudaratkan kesihatan.

MAKAN GUNA PINGGAN WARNA BIRU
Warna seperti merah, kuning dan oren akan merangsang selera makan anda. Manakala, warna biru akan bertindak sebaliknya.

MINUM AIR SUAM
Selepas seharian berpuasa pastinya air sejuk menjadi buruan. Segelas air sejuk mungkin mampu memberi kesegaran, tetapi air suam mampu mengurangkan selera makan dan seterusnya membuat anda tampil lebih kurus.

LILIN HARUMAN VANILLA
Ternyata lilin pun mampu membantu anda dalam proses diet. Nyalakan lilin haruman vanilla di dalam rumah anda kerana cara ini dapat menenangkan otak dan boleh mengurangkan keinginan anda untuk mengunyah.

KERAP BER ’SELFIE’
Betul, setiap klik untuk gambar selfie yang di ambil tidak mampu untuk membakar kalori. Tetapi secara tak sedar, gambar yang ditangkap selalunya dapat menyedarkan kita jika kita sudah terlebih berat badan. So, masa raya nanti jangan makan je banyak ngat tapi selfie banyak-banyak juga ya?

GUNA PINGGAN SAIZ KECIL
Menurut Dr Michael Murray, pakar nutrisi dan penulis buku The Magic of Food, kita akan makan lebih banyak jika kita menggunakan saiz pinggan atau bekas yang lebih besar. Jadi, semakin kecil pinggan anda, semakin cepat anda kurus!

Mudah-mudahan, tercapai matlamat anda untuk kurus dan nampak cantik. Kalau tak sempat praktikkan masa berpuasa, lepas raya pun boleh sambung!

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: