Vivy Yusof Bersemangat Seru… Tahun Ini Kita PERKASAKAN Kehebatan Wanita!

Vivy Yusof Bersemangat Seru… Tahun Ini Kita PERKASAKAN Kehebatan Wanita!

Tiga ikon diangkat sebagai penggerak dan pemacu Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) di atas pencapaian cemerlang mereka dalam bidang masing-masing. Mereka adalah YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah yang aktif dalam aktiviti kesukarelawan, usahawan e-dagang dan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusuf serta selebriti terkenal dan juga seorang ahli perniagaan yang berjaya Noor Neelofa Mohd Noor.

‘Wanita Gemilang’ dipilih sebagai slogan bagi Tahun Memperkasa Wanita 2018 bertepatan dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memastikan inklusiviti terhadap wanita selain berdaya saing di peringkat global.

Bagi Vivy Yusuf, “Saya sangat teruja dan terharu apabila dipilih sebagai tiga wanita ikon di Malaysia. Dalam waktu yang sama, saya juga  merasa tanggungjawab yang diberikan ini cukup besar untuk dilaksanakan sebaik mungkin sebagai seorang ‘Ikon & Wanita’.

Semenjak pengumuman di media, kotak inbox and DM saya penuh sebab ramai wanita yg memberi pendapat, permintaan dan pelbagai pesanan yang mereka inginkan di negara tercinta ini. So the pressure is on! InsyaAllah saya berharap untuk menjadi medium komunikasi antara belia dengan decision makers, boleh menjadi suara bagi pihak mereka untuk disampaikan ke pihak tertinggi.

Semua ikon ada passion dan agenda masing-masing. Buat masa sekarang saya lihat, my passion lebih kepada ingin memastikan semua wanita mempu memperoleh pendapatan masing-masing, mereka ada financial independence.

Saya ingin melihat setiap wanita boleh stand on their own dan tidak semestinya hanya bergantung kepada orang lain untuk memperoleh pendapatan. Perkara ini memang ayah saya tekankan sejak kecil sampai sekarang dan saya ingin kongsi dengan semua wanita.

Banyak perkara yang boleh kita lakukan dan bertindak dengan wajar. Untuk mencapai kesedaran ini, kita juga memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak terutama di bahagian pendidikan. Setiap wanita perlu memperoleh pendidikan dan ilmu yang betul dalam bidang perniagaan, pengurusan kewangan, proper guidance post-graduation on career path, increasing confidence of women via debate activities, finding job opportunity for stay-at-home moms or women who can only do part-time work dan sebagainya lagi untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Saya percaya usaha ini akan tercapai dengan jayanya apabila semua pihak bekerjasama. Malah menteri kita, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersemangat dan memberi kerjasama terbaik dalam usaha memastikan Tahun Memperkasakan Wanita ini tercapai.

Sebenarnya, jika diukur tentang pencapaian terbaik wanita terlalu banyak yang telah dikecapi dan boleh dijadikan inspirasi dalam pelbagai bidang. Inilah masanya untuk kita berkongsi kejayaan itu dan tunjukkan pada dunia, kewibawaan wanita Malaysia.

Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian yang diperoleh dan tentu juga kita patut berterima kasih kepada semua lelaki yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang untuk kejayaan wanita hari ini. Alhamdulillah,” bicara Vivy penuh semangat.

Sumbangan wanita dalam pelbagai aspek kehidupan yang meliputi ekonomi, sosial, dan politik merupakan realiti yang relevan dengan perkembangan era globalisasi. Peranan wanita kini tidak lagi hanya tertumpu kepada soal pengurusan keluarga sebaliknya lebih meluas dalam pembangunan ekonomi negara.

Oleh itu, Tahun Memperkasa Wanita 2018 adalah penting dan bersesuaian dengan masa, signifikan dalam usaha kita untuk mengekalkan momentum persaingan golongan wanita dalam pembangunan negara

Fokus strategik program-program ini akan merangkumi pembangunan modal insan selaras dengan arus digital, kolaborasi berlandaskan platform teknologi untuk meningkatkan nilai penyertaan wanita ke tahap global, dan penglibatan berterusan melalui persidangan dan kempen advokasi.

Penekanan khusus akan diberi kepada wanita berpendapatan rendah yang mempunyai tanggungan yang ramai, dan ibu tunggal untuk membantu golongan ini meningkatkan pendapatan mereka. Pada masa yang sama, Kerajaan turut memberi fokus kepada meningkatkan penglibatan kaum wanita di peringkat lembaga syarikat dan kedudukan pembuat keputusan.

Menurut Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, “Bertepatan dengan TMW18, wanita Malaysia seharusnya dapat digilap potensi mereka dan berada pada kedudukan yang tiada garis pemisah gender sekali gus menyerlahkan keterlibatan mereka merentasi segenap sektor.

Saya berharap agar TMW18 mendapat sokongan padu dan menggalakkan penglibatan daripada semua agensi, NGO dan setiap daripada wanita Malaysia dapat menjadikan tahun ini sebagai tahun yang paling gemilang. Berkenaan dengan logo dan branding yang dilancarkan pada hari ini, saya menyeru agar semua agensi kerajaan, korporat, NGO dan seluruh pihak menggunakannya bagi melambangkan kesepaduan dalam pelaksanaan program-program memperkasa wanita”.

Bagi mengikuti setiap perkembangan aktiviti TMW18 boleh melalui laman sesawang  www.tmw18.gov.my. Laman TMW18 dibangunkan untuk memantau semua bentuk program dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan agensi. Pengisian yang dibuat akan sentiasa dipantau, dilaporkan dan dinilai keberkesanannya agar semua program dapat memberi impak yang tinggi kepada masyarakat. KR

‘The Rise of Malaysian Designers’ Dedikasi FashionValet Buat Pereka Fesyen Tempatan!

‘The Rise of Malaysian Designers’ Dedikasi FashionValet Buat Pereka Fesyen Tempatan!

Sejak menembusi industri fesyen e-dagang pada 2010, FashionValet berusaha mengetengahkan pereka fesyen tempatan. Bukan sahaja mencipta sebuah platform untuk menaikkan dan mengangkat nama mereka, tetapi inisiatif tersebut adalah sebagai pencetus inspirasi buat seluruh peminat fesyen tanah air dan juga antarabangsa.

Bangga dengan pencapaian dan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia masa kini, FashionValet berbesar hati melancarkan coffee table book pertamanya, ‘The Rise of Malaysian Designers by FashionValet’. Mempunyai 300 halaman muka surat yang menampilkan 20 pereka fesyen dan jenama terkemuka tempatan, barisan pereka fesyen terlibat adalah Afiq M, Aere, Alia Bastamam, Arared, Cala Qisya, dUCk, Fizi Woo, FZK by Fitri Zainal, INNAIRED, Khoon Hooi, Laguna Sydney, Locka, Love To Dress (kini dikenali sebagai Olloum), Mimpikita, Nurita Harith, Poplook, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, THAVIA dan TudungPeople.

Menurut Pengasasnya, Vivy Yusof, usaha untuk menerbitkan ‘The Rise of Malaysian Designers’ merupakan hasil kerja seluruh warga FashionValet sepanjang tahun ini bertujuan sebagai pengantara pereka fesyen, jenama dan masyarakat yang tidak mengetahui kisah perjalanan, rahsia serta kejayaan setiap insan istimewa ini dalam menempa nama dalam industri fesyen negara. Dengan muka hadapan tebal dihiasi wajah 20 designer, buku ini turut mengandungi foto-foto eksklusif, kata-kata azimat dan kisah di sebalik pembabitan mereka.

Bagi penggemar fesyen tanah air, jangan lepaskan peluang untuk memiliki naskhah ini di www.fashionvalet.com atau di kedai fizikal FashionValet di Bangsar Village II dan Pavilion pada Oktober ini dengan harga RM129 senaskhah. SUZIANA ABU DAUD

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: