Walau Bertudung Labuh & Berstoking Kaki, Penampilan ZASKIA SUNGKAR Tetap Fashionable!

Walau Bertudung Labuh & Berstoking Kaki, Penampilan ZASKIA SUNGKAR Tetap Fashionable!

Terpesona tengok selebriti muslimah dari negara jiran, Indonesia ini. Walaupun berpenampilan sopan dan menuntut syariah namun isteri Irwan Syah ini sangat ‘fashionable’ orangnya. Kalau diteliti setiap aksesori yang dipakai.. semuanya berjenama mewah! Apa yang pasti, Zaskia Sungkar punya cita rasa fesyen mengagumkan.

Berbekalkan minatnya dalam bidang fesyen, Zaskia merealisasikan hasratnya untuk memiliki perniagaan melalui label pakaian yang menggunakan namanya sendiri iaitu Zaskia Sungkar. Bisnes yang mengetengahkan busana wanita ini turut menjual pelbagai jenis kelengkapan muslimah antaranya jubah, tudung, vest, telekung dan blouse. Memang cantik rekaan yang dihasilkan sekaligus mencerminkan gaya sofistikated seorang wanita beragama Islam.

Selain terpikat dengan kejayaan yang diraih Zaskia, pengakuan jujurnya tentang persepsi pakaian bagi wanita Islam turut menarik perhatian Nona. Lebih mengharukan, perniagaan ini bukan berpaksikan keuntungan semata-mata bahkan ia menjadi sebagai salah satu cara ‘dakwah’ Zaskia kepada para pelanggan.

“Waktu awal memutuskan untuk pakai pakaian yang InshaAllah sesuai dengan syariat, agak bingung. Baru saja beli seluar dan baju yang ada banyak detailnya di dada tapi berkat rahmat Allah dengan modal hati yang ketakutan.. Bismillah! Diri ini perlahan-lahan mula ikhlas dengan perubahan yang bakal dibuat.

Aku rasa malu sangat pakai skirt labuh dan stoking kaki apalagi dress.. tapi ternyata setelah melalui perubahan ini rasa lebih tenteram. Ke mana-mana pergi tak perlu bawa telekung.. lebih mudah untuk mengerjakan solat. Gaya fesyen juga tak bosan walaupun ketika pergi ke undangan, bercuti atau gaya harian. Cuma perlu pilih fabrik yang sesuai dan mix and match sendiri.

Selain itu, aku juga khuatir tentang jualan butik sebab selama ini aku banyak menjual seluar. Bimbang kalau jual skirt / dress peminatnya berkurang. Yang paling jadi tentangan waktu Indonesia Fashion Week (IFW), baju pertunjukan sudah siap semuanya.. seperti biasa ciri khas Zaskia Sungkar adlaah seluar dan details di dada. Sudahnya, semua di rombak.

Alhamdulillah, Allah bantu dan semuanya berjalan lancar saja. Sejak itu aku banyak belajar, “Lumrah bagi semua manusia yang selalu merasa ‘berat’ untuk ke arah kebaikan, fikir susah untuk berpakaian sopan.” Tapi kalau kita terus menjalani perintah Allah yang pastinya dengan bantuan kekuatan dari Allah, selagi ada kemahuan untuk mendapat reda Allah dan yang paling penting doa minta Allah jaga dan tambah iman di dalam diri.. InshaAllah semuanya menjadi mudah.”

 

Sudah mendirikan rumah tangga bersama Irwan Syah selama tujuh tahun, personaliti cantik ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki anak. Pun begitu, kedua-duanya tetap kelihatan bahagia dan tak putus asa mencari ikhtiar untuk menimang cahaya mata. Khabarnya, Irwan dan Zaskia turut pernah mendapatkan rawatan kesuburan di Malaysia.

Sumber: Instagram Zaskia Sungkar

Jangan Sampai Lupa Niat Asal Bertudung, Ini Pesan Fashion Stylist DHAN ILLIANI!

Jangan Sampai Lupa Niat Asal Bertudung, Ini Pesan Fashion Stylist DHAN ILLIANI!

Dhaniya Illiani Yusof sememangnya obses dalam bidang seni yang diceburinya. Ilham kreatif dan karya anak muda berusia 21 tahun ini pastinya membuatkan sesiapa sahaja kagum melihatnya. Lebih mesra disapa Dhan Illiani yang juga merupakan seorang graduan diploma dalam bidang fesyen di Inti International University.

Sebagai seorang freelancer, Dhan Illiani sentiasa menceburi pelbagai jenis bidang berkaitan dengan dunia fesyen dan seni. Ia berdasarkan peluang yang ditawarkan dan mempunyai ciri ciri diminati sebagai seorang individu yang eksperimental.

FESYEN DAN HIJAB

Saya tidak melihat hijab sebagai satu halangan untuk berekspresi dalam fesyen dengan peringatan untuk tidak melupakan niat asal berhijab dan berkarya. Tetapi saya juga percaya fesyen tiada genggaman dan peranan dalam aspek hijab, lebih daripada aspek fizikalnya ia ada nilai rohani, satu ibadah dan bentuk komitmen peribadi seorang hamba dengan Yang Maha Esa. Cara pendekatan individu dalam pemakaiannya bagi saya ialah satu perjalanan dan progres individu tersebut untuk memahami dan mendekatiNya. Saya sendiri masih tengah mempelajari dan mendalami perihal ini.

 

TREND HIJAB TERKINI

 Pada peringkat global, fesyen hijab yang menjadi trending ialah stail lilitan simple dan elegant yang mengayakan look effortless. Selain itu, stail turban resort juga menjadi ikutan seperti yang dapat dilihat di pertunjukan fesyen pada tahun ini. Ia digemari ramai dan sedang menular untuk dijadikan trend. Golongan yang lebih edgy pula memilih stail tudung ninja yang memeluk kepala dan leher.

 

INSPIRASI FESYEN

Inspirasi saya untuk berfesyen berputik dengan hasrat saya untuk menggunakan diri sebagai sebuah canvas. Ia merupakan kemahuan saya untuk cuba bermain dengan idea menjadi karya direct saya sendiri. Juga dorongan saya ialah dari peluang untuk menggunakan pakaian dalam menerokai aspek dan sudut berlainan dalam diri saya, ia berasa sedikit seperti satu keupayaan untuk shape shift.

 

PENATAAN GAYA

Semestinya penting untuk mengambil kira minat dan ciri individualistik individu tersebut dalam menata gaya. Ia memerlukan kemahiran dan kreativiti untuk mengetahui cara suai padan yang tepat dan sempurna. Ia bukan sahaja dalam aspek luaran malah ia juga perlu sesuai dengan personaliti yang membawa pemakaian dalam stail yang telah dipilih. Peringatan yang berguna dalam menata gaya  ialah untuk mengingati bahawa anda yang memakai baju dan bukan baju yang memakai anda.

 

EKSPRESI GAYA

Cara untuk menerapkan nilai personaliti diri dalam pemakaian ialah dengan staying true to yourself. Cuba praktikkan gabunggan apa yang diminati  dengan nilai dalam diri sendiri sebagai seorang individu dalam pemilihan pemakaian. Tidak kisahla jika apa yang dipakai ialah untuk tampil bergaya atau hanya untuk tampil selesa, fesyen yang sebenar ialah berjuruskan lifestyle individu dan itu sendiri sudah melambangkan satu bentuk ekspresi yang tersendiri yang kita sedar atau tidak.

 

 

7 TIP TAMPIL TRENDY

  1. Pakai pakaian yang sesuai dan yang compliment jenis badan anda.
  2. Cuba eksperimen dengan memakai pakaian yang ada dengan cara atau stail yang sedikit berbeza.
  3. Pastikan pilihan pakaian anda tidak membuat anda rasa kekok atau tidak selesa.
  4. Tiada salah dalam memberi keutamaan dalam keselesaan dalam berfesyen.
  5. Aksessori atau detail yang vibrant seperti rantai, gelang atau cermin mata boleh memberi nafas baru kepada look yang neutral dan simple.
  6. Jangan terlalu takut untuk bergaya dengan warna yang terang, kalau sudah berani sedikit, cuba pula color blocking.
  7. Labur dalam pakaian yang boleh dipakai untuk pelbagai aktiviti dan dalam banyak cara.

 

IKON GAYA PILIHAN

Saya amat gemar penyanyi Icelandic, Bjork. Stailnya sangat unik, eklektik dan eksperimental. Cara dia berekspresi dalam pemakaiaannya adalah lain dari yang lain dan dalam kata vogue authentic. Bjork bijak dalam bermain dengan nilai seni dalam gayanya yang melahirkan satu stail yang avant garde dan luar daripada kotak.

Pakai JUBAH Pun ‘Steady’ Timbang Bola, Bakat Gadis Ini Cipta Fenomena!

Pakai JUBAH Pun ‘Steady’ Timbang Bola, Bakat Gadis Ini Cipta Fenomena!

Tengok aksi wanita menimbang bola bukan lagi perkara asing. Tapi bila gadis muslimah yang lengkap berhijab dan pakai jubah buat perkara sama, itu memang luar biasa! Seperti yang sedang tular di media sosial kebelakangan ini.. bakat dan kelincahan gadis berusia 18 tahun, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi melakukan free style football ternyata mengejutkan ramai pihak. Masakan tidak, bidang yang selama ini dimonopoli kaum lelaki kini turut dikuasai golongan wanita. Beragama Islam pula tu, memang rare!

Difahamkan Nisa mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada tahun 2016 dan berlatih mempelajari teknik baru hanya melalui YouTube. Sambil mempamerkan gaya bersahaja menimbang bola dengan berjubah, anak sulung daripada tiga beradik ini menafikan tindakannya memuat naik video tersebut di media sosial miliknya bukan untuk meraih perhatian netizen, jauh sekali menambah followers.

Sebaliknya, ia sekadar ingin berkongsi minat dunia sukan berkenaan sejak menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun lalu.

“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak,” kongsinya yang berlatih selama empat hingga lima hari seminggu.

Kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan anak gadis ini, bapa Nisa yang pada mulanya menentang akhirnya akur dengan minat pelajar jurusan Asasi Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam tersebut.

Free styling in baju kurung is 1000x harder than usual. Jangan risau, belum pernah baju kurung saya koyak sebab free style.”

Sumber: Instagram Qhouirunnisa

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Fesyen Tudung ‘Awning’!

Pesona SULTANAH NUR ZAHIRAH, Tetap Menawan Dengan Fesyen Tudung ‘Awning’!

Sejuk mata memandang Sultanah Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.

Paling mencuri tumpuan… gaya fesyen tudung yang dikenakan baginda tuanku sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13 dari dulu hingga kini tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah ketika bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.  

Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, santai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah pada 28 Mac 1996. Pasangan diraja ini kemudiannya dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua’az dan Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’.

 

Sumber: Instagram snz terengganu & royal terengganu songket

 

“Menghijabkan Hati Lebih Sukar Sebenarnya,” WARDINA SAFIYYAH

“Menghijabkan Hati Lebih Sukar Sebenarnya,” WARDINA SAFIYYAH

Apakah lagi yang mahu dibicarakan mengenai hijab? Sehelai kain di atas kepala, dililit, disarung, dibungkuskan… aduh, sekarang memang sudah macam-macam! Macam-macam gaya, warna dan rupa. Tudung, hijab, skarf atau apa sahaja yang anda mahu panggil adalah ‘identiti diri’ buat wanita Islam. Malah di dalam surah Al-Ahzab ayat 59, Allah berfirman agar wanita beriman (Muslim semestinya) untuk melabuhkan hijab supaya apa?

Supaya ‘dikenali’ kerana ia lebih baik bagimu. Jadi pertamanya memakai hijab adalah ‘untuk dikenali’ sebagai wanita beriman dan keduanya kerana ia lebih baik bagi kita. Ya, LEBIH BAIK! Siapa kata? Allah Rabb kita!

Mari kita hafal dan ingat bahawa antara ayat yang menyuruh wanita berhijab adalah di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang membawa maksud, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (tudung/hijab) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu.”

Saya sering memberi penekanan bahawa sebelum nak bercakap tentang tudung atau hijab… satu perkara yang perlu difahami oleh semua wanita berhijab adalah untuk mengetahui dengan sepenuh hati, menghafal dan memahami, untuk tidak lupa membaca dengan sendiri ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita berhijab. Amat memalukan sekiranya ada yang bertanya, “Ayat mana yang menyuruh kita berhijab?” Dan tiba-tiba seorang wanita yang berhijab tidak tahu menjawabnya. Berhentilah kita dari terus-menerus ‘tidak tahu’, marilah mencari ilmu. Satu lagi ayat adalah dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31.

Sering juga dinasihatkan oleh guru saya, mengingatkan saya dan semua wanita di luar sana agar memahami satu hakikat ini. Kita tidak berhijab untuk lelaki atau suami atau ayah kita. Tidak. Kita berhijab kerana Allah semata-mata. Kita juga tidak berhijab untuk menjaga iman para lelaki. Iman orang lelaki, maaf tapi mereka perlu urus dan jaga sendiri.

Saya juga amat yakin mereka mampu menjaganya. Get that straightened out first! Kita berhijab semata kerana Allah sahaja. Dan ya, ia sepatutnya satu simbol ketakwaan. Jika seorang rahib dibenarkan untuk menzahirkan cinta mereka kepada tuhan dengan berhijab, maka seharusnya wanita Islam juga begitu. Tidak, hijab ini bukan simbol kita di diskriminasi tapi satu simbol liberalisasi!

LAMBANG

Saya bangga dengan sehelai kain ini, kain di atas kepala ini lambang saya cintakan agama saya. Saya tidak malu berjalan dan dikenali sebagai wanita Islam. Namun saya mengingatkan diri bahawa kain ini mempunyai makna yang lebih dari hanya sekadar imej. Kain ini, sepatutnya menzahirkan satu kecantikan yang lain dari hanya kecantikan fizikal iaitu kecantikan dalaman, kecantikan intelek dan adab. Sekiranya dengan memakai hijab kita masih tidak beradab dan berilmu, maka ada sesuatu yang perlu diperbetulkan dulu.

Setelah memakai hijab saya mula memberi fokus kepada kecantikan dalaman saya, bukan hanya tertumpu pada kecantikan luaran semata-mata. Saya menutup badan saya, namun saya terpaksa mengeluarkan satu lagi kecantikan – itulah dia kecantikan dalaman. Itulah yang seharusnya. Saya tidak lagi memfokuskan kepada kecantikan fizikal semata-mata. Seperti yang sering saya sebutkan, menghijabkan hati lebih sukar sebenarnya.

Kenapa saya kata hijab itu simbol liberalisasi? Kerana saya berjaya membebaskan diri dari menjadi mangsa fesyen! Dunia fesyen yang dikuasai industri fesyen yang hanya tertumpu pada kecantikan fizikal! Saya sudah bosan dihormati hanya kerana saya cantik! Takkanlah itu saja yang ada pada saya? Takkanlah saya hanya disukai kerana fizikal saya saja! Maka bermulalah satu perjalanan menyelami kecantikan intelek dan rohani serta adab yang saya sebutkan tadi.

MasyaAllah saya tahu perjalanan saya masih jauh dan berliku. Saya pasti akan berbuat salah, namun akan saya bangkit kembali sehingga saya temui satu kebebasan yang baru. Satu kecantikan yang InsyaAllah akan kekal. My self worth… harga diri saya tidak bergantung pada barangan material, namun siapa saya tanpa barangan material itu.

Saya tidak perlu ‘buka’ dan tayangkan kecantikan zahir saya untuk membuatkan orang suka, sayang, bercakap dan hormat kepada saya. Al-Quran menyebut dalam surah Al-A’raf 7:26 bahawa kecantikan atau pakaian yang terbaik adalah takwa. Tapi malangnya takwa tidak diiklankan dan dijual merata-rata. Hanya orang tertentu yang bertuah akan menjumpainya! Dan InsyaAllah berhijab adalah permulaan untuk kita menyelami keindahan takwa ini.

Selamat menyelami dan mencari apa dia sebenarnya makna sehelai kain di atas kepala anda. Saya masih mencari… dan perjalanan ini amat indah sekali!

Sumber foto: Instagram Wardina Safiyyah Official

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: