Anak 5 Tapi Badan Tetap Langsing Datin Jaja Kongsi Rahsia Berpantang

Anak 5 Tapi Badan Tetap Langsing Datin Jaja Kongsi Rahsia Berpantang

Pertama kali bersua muka dengan wajah jelita persis kakak kesayangannya Rozita Che Wan ini telah membuat mata tidak berhenti memandang. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui beliau mempunyai lima orang anak yang masih kecil. Memiliki tubuh langsing bak anak dara membuatkan Datin Rohaiza Che Wan atau mesra di sapa Datin Jaja ini pasti menjadi idola setiap wanita.

Memiliki anugerah bertubuh tinggi membuatkan penampilan Datin Jaja pasti mencuri tumpuan di setiap majlis yang dihadirinya. Sudah lah berwajah cantik sikap ramah-tamahnya menambat hati sesiapa sahaja yang mendampinginya malah tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya.

“Sebenarnya saya tidak mempunyai rahsia kecantikan yang khusus. Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah amalan ketika berpantang selepas melahirkan anak. Saya jenis seorang yang kuat berpantang selepas melahirkan anak. Lebih-lebih lagi apabila jarak umur anak-anak saya sangat rapat. Oleh itu penjagaan amalan berpantang sangat penting.

Saya mahu kelihatan cantik dan bertenaga seperti mak. Saya patuh semua pantang larang yang mak ajar ketika berpantang. Pemakanan sangat penting ketika berpantang, saya cuma amalkan makan nasi panas dan halba serta ulam. Di samping itu saya juga banyak makan pegaga untuk memperbanyakkan aliran susu sebab saya menyusukan anak secara eksklusif selama dua tahun. Mungkin menyusukan anak ini merupakan ‘perancang keluarga’ saya sementelah saya tidak mengamalkan apa-apa jenis perancang keluarga.

Jika ada yang bertanya bagaimana saya menguruskan masa dengan mempunyai anak-anak yang masih kecil, bagi saya tiada sebarang cabaran. Ini kerana apabila umur mereka rapat rutin harian saya tidak berubah. Sejak melahirkan anak pertama sehingga anak kelima saya sudah terbiasa untuk bangun malam menyusukan anak atau menukar lampin mereka. Bagi saya cabaran datang apabila kita sudah lama tidak mempunyai anak kecil dan sudah terbiasa tidak bangun malam untuk menyusukan anak tetapi tiba-tiba mempunyai anak baru lahir. Ketika itu rutin harian sudah lari dan pasti menimbulkan masalah.

Jika diizinkan Allah SWT saya mahu mendapat seorang anak lagi dan kalau boleh kali ini saya mahu anak lelaki untuk menjadi kawan kepada Fareez,” tutur ibu kepada Nur Fa’iqah Faiza Muhammad Faizal, 9 tahun, Nur Fa’izah Faiza Muhammad Faizal, 7 tahun, Muhammad Fareez Faiza Muhammad Faizal, 5 tahun, Nur Fareeqah Faiza Muhammad Faizal, 4 tahun dan Nur Fareeda Faiza Muhammad Faizal 2 tahun, ini.

*Kredit gambar: Instagram @jcw_81

 

Kecilnya Pinggang, Ini Rupanya Rahsia Tubuh Langsing ANIS NABILAH!

Kecilnya Pinggang, Ini Rupanya Rahsia Tubuh Langsing ANIS NABILAH!

Tiap kali ternampak gambar Anis Nabilah ‘singgah’ di timeline media sosial, timbul pelbagai persoalan tentang macam mana gadis kecil molek ini mampu mengekalkan tubuh langsing sebab kebanyakan orang yang terlibat dalam industri makanan ini lebih mudah naik berat badan. Tapi berbeza bagi Anis yang dikurniakan susuk tubuh perfect! Tak keterlaluan kalau Nona katakan, ia menjadi kegilaan dan dambaan ramai wanita.

Di sebalik kepetahan dan gelagat lincah Anis mengacarakan program masakan, selebriti yang mula menyinar dalam rancangan Icip-Icip ini juga sebenarnya aktif bersenam. Kalau tengok di IG miliknya, Anis selesa menjalani rutin senaman yoga untuk kesihatan diri. Nampak macam mudah tapi kalau tak pandai kawal penafasan dan tak komited, susah hendak buat rutin senaman seumpama itu.

Malah ketika bertemu cef selebriti ini suatu masa dulu, Anis mengakui dia cukup menitikberatkan diet sihat sebagai amalan harian. Walaupun nampak ‘kecil-kecil cili padi’, Anis tidak melepaskan peluang untuk mempelajari seni mempertahankan diri. Hah, patutlah boleh dapat tubuh cantik.

Meskipun senaman yoga dilihat mudah hakikatnya dalam tempoh hanya sejam sehari, seseorang itu mampu membakar 200 hingga 540 kalori. Dalam masa sama, ia meningkatkan daya tumpuan dan memperbaiki penafasan melalui pelbagai teknik senaman yang disarankan pakar kecergasan. Bahkan jika dibuat dengan betul boleh menghasilkan tenaga luar biasa kepada diri.

Berdasarkan portal Vemale, yoga turut berperanan melancarkan aliran darah yang meningkatkan sistem pencernaan sekaligus proses pembakaran lemak berjalan dengan baik. Tidak ketinggalan, dapat mengatur dan mengawal nafsu makan.

Sumber: Instagram Anis Nabilah

 

 

Tetap Tampil Langsing Walau Makan Banyak Ketika Open House

Tetap Tampil Langsing Walau Makan Banyak Ketika Open House

Semalam dah start orang buat open house. Tengok juadah yang terhidang semuanya menyelerakan. Semua nak cuba makan kan sebab ada di antara juadah tersebut yang boleh jumpa hanya setahun sekali. Menjadi kebiasaan masyarakat kita beraya selama sebulan dan ini bermakna selama sebulan kita menjamah makanan yang menjadi hidangan tradisi hari raya.

Sambutan di bulan Syawal bukan bermakna boleh makan apa sahaja. Bagi mengawal pengambilan pemakanan dalam bulan Syawal cuba makan dalam kuantiti yang sedikit dan elak pengambilan makanan yang manis dan berlemak. Selain itu kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan banyak minum air kosong berbanding air manis.

Pilih makanan yang rendah kandungan kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

KALORI HIDANGAN POPULAR HARI RAYA

Dodol

1 keping dodol, 22gm = 71kcal

Kek Buah

1 potong kek buah, 65gm = 100kcal

Kek lapis

1 potong kek lapis, 65gm = 132kcal

Ketupat Nasi

1 ketupat nasi, 80 gm  = 88kcal

Ketupat palas

1 ketupat palas, 80 gm = 124kcal

Laksa

1 mangkuk laksa  = 400kcal

Lemang

1 potong lemang = 41kcal.

Mee Kari

1 mangkuk mee kari, 544gm = 702kcal

Nasi Dagang

1 pinggan nasi daganag (nasi sahaja), 250gm = 508kcal

1 keping ikan tongkol, 55gm = 104kcal

acar timun = 20kcal

Nasi impit dan serunding daging

5 ketul nasi impit = 150kcal

1 sudu makan serunding daging = 40kcal

Nasi Minyak

1 pinggan nasi minyak, 245gm (nasi sahaja) = 436kcal

Rendang Ayam

1 ketul, 120gm = 255kcal

Satay ayam dan kuah kacang

10cucuk sate ayam =365kcal

1 sudu kuah sate = 23kcal

Tapai pulut

1 tapai pulut = 50kcal

Wajik

1 potong wajik 22gm = 97kcal

*Sumber gambar: Google

Nak Cantik & Langsing, Kena Rajin Amalkan Tip DATIN MASTURA Ini! Mudah Je

Nak Cantik & Langsing, Kena Rajin Amalkan Tip DATIN MASTURA Ini! Mudah Je

Soal penampilan sememangnya menjadi antara agenda utama seorang insan bergelar wanita. Biarpun telah melalui proses melahirkan anak, soal penampilan diri baik dari segi luaran mahupun dalaman tidak boleh dipandang ringan. Mengakui soal penampilan diri penting untuk keyakinan diri, Datin Mastura Yusof sememangnya amat menghargai kuasa penampilan diri dalam membentuk personaliti dirinya.

Melihat koleksi pakaian yang dibawa untuk sesi fotografi ini, ternyata wanita yang mempunyai empat orang cahayamata ini sememangnya bijak bergaya dan mempunyai citarasa yang baik dalam bidang fesyen. Bijak menyesuaikan gaya dengan majlis yang bakal dihadiri, penampilannya tampil anggun dalam busana yang digayakan sepanjang sesi fotografi ini.

“Tidak dinafikan saya amat menggemari bidang fesyen.terutamanya fesyen up to date. Pada pandangan saya,sense of fashion perlu ada dalam diri setiap individu dan fesyen adalah sesuatu yang subjektif untuk ditafsirkan. Untuk bergaya, tidak semestinya seseorang perlu mengenakan pakaian atau aksesori berjenama mewah. Tetapi apa yang penting, kesesuaian pemilihan pakaian serta aksesori yang digayakan. Bagi diri saya sendiri, saya lebih gemar gaya yang simple. 

Pada hari-hari biasa apabila keluar bersama anak-anak, saya lebih selesa mengenakan tshirt dan jeans. Hanya apabila perlu menghadiri majlis formal, saya akan menjadi lebih teliti dalam memilih pakaian agar ia bersesuaian dengan majlis yang bakal dihadiri.

Pada pandangan saya, feysen perlu diikuti bagi menunjukan gaya dan penampilan seseorang dan sikap seseorang itu,”ujar Datin Mastura memulakan bicara memperkatakan tentang fesyen kegemarannya.

Selain itu, wanita cantik ini juga menggemari pelbagai aksesori seperti tas tangan, kasut dan sebagainya kerana menganggap aksesori adalah sebagai pelengkap gaya setiap wanita.

“Tidak dinafikan.aksesori adalah antara benda wajib ada bagi setiap wanita sebagai pelegkap gaya. Teapi jangan keterlaluan kerana aksesori bertujuan untuk pelengkap gaya. Jika ia digayakan secara keterlaluan, ia akan memberikan impak terhadap penampilan. Jadi, saya lebih gemarkan gaya yang minimalis tetapi nampak classy,” sambungnya lagi.

JAMU TRADISIONAL RAHSIA KECANTIKAN

Melihat susuk tubuhnya yang kecil molek, penulis tidak menyangka ibu kepada empat cahayamata ini bakal menjengah ke angka 40 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Susuk tubuh yang menarik ditambah pula dengan wajah yang jelita, sebenarnya membawa penulis menyelongkar rahsia bagaimana Datin Mastura mengekalkan kejelitaannya.Sambil tersenyum dan melirik ke arah penulis, Datin Mastura sudi berkongsi rahsia awet mudanya itu.

“Jangan tak tahu, walaupun saya nampak moden, tetapi saya masih mengamalkan pengambilan jamu tradisional untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Saya banyak mengamalkan makan makanan dari bahan-bahan semulajadi seperti mengamalkan minuman air akar kayu dan jamu yang diadun sendiri oleh ibu saya untuk mengekalkan kecantikan secara luaran dan dalaman. Dari situ, saya mula terfikir  ingin komersialkan petua-petua serta amalan orang-orang tua dahulu yang terbukti berkesan kerana saya sendiri mengamalkannya.

Malah, rakan-rakan sering bertanya tentang rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan pada usia bakal mencecah 40-an dan jawapan saya amat mudah. Saya gembira kerana amalan pengambilan jamu tradisional serta minuman akar kayu banyak membantu saya mendapatkan kesihatan fizikal dan dalaman yang baik. Sekaligus, ia mencetuskan idea buat saya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan berasaskan kecantikan selepas mendapat galakan serta sokongan dari suami tersayang, Dato’ Sri Ahmad Sukimi Ibrahim,” ujarnya lagi.

KELUARGA

Sebagai wanita yang mempunyai kerjaya, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu tidak pernah dipandang ringan meskipun mempunyai pembantu untuk menguruskan rumah. Boleh dikatakan hampir semua wanita moden masa kini semakin bijak membahagikan masa natara karier dan rumahtangga walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.

Menyingkap rahsia wanita cantik yang mempunyai empat cahaya mata berumur antara 15 hingga 5 tahun, waktu berkualiti bersama keluarga digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan lagi hubungan bersama keluarga.

“Saya mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki yang mana anak sulung kini sudah meningkat remaja dan berusia 15 tahun manakala satu-satunya anak perempuan sudah mencecah usia 5 tahun. Saya amat mementingkan masa berkualiti bersama anak memandangkan anak-anak sedang meningkat remaja dan pastinya memerlukan perhatian dari seorang ibu.

Jika mempunyai waktu lapang, saya gemar menghabiskan masa bersama anak-anak. Walaupun sedang sibuk memulakan perancangan untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan, ia tidak pernah membuatkan saya alpa dan lalai terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah sunnah yang disarankan dalam Islam kerana punca rezeki juga datangnya dari cabang perniagaan.

Patutlah Cantik & Ramping Je, Ini Rupanya Rahsia INTAN SARAFINA!

Patutlah Cantik & Ramping Je, Ini Rupanya Rahsia INTAN SARAFINA!

Cemburunya tengok susuk tubuh langsing penyanyi yang popular menerusi lagu Kembali, Intan Sarafina. Iyalah, walaupun dah berkahwin dan ada tiga orang anak masih kekal muda remaja. Tak ubah seperti zaman anak dara dulu. Apalah agaknya rahsia sihat dan cantik isteri kepada Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli ni.

Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya juga telah berpindah ke Jakarta lebih sebulan yang lalu kerana mengikuti suaminya yang ditugaskan di sana. Namun selebriti berusia 36 tahun ini tak dapat memastikan bila akan kembali menetap ke Tanah Air memandangkan ia bergantung kepada kerjaya suami tercinta. Pun begitu, Intan tetap meneruskan kerjaya seninya dan akan pulang ke Malaysia jika ada tawaran persembahan.

Mengintai IG Intan, wanita berkulit cerah ini seorang yang aktif bersukan. Setiap hari, ada saja rutin senaman yang dilakukan Intan dan dikongsikan bersama para pengikutnya. Oh, rupa-rupanya inilah rahsia artis cantik ini kekal ramping. Walau pun berada di lndonesia, tetap rajin pergi ke gim tau!

Jadi, buat para wanita dan ibu yang dah lama berhajat nak dapatkan bentuk tubuh ideal seperti zaman anak dara dulu kenalah rajin bersenam macam Intan. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit untuk diri anda sendiri dan lakukan senaman di rumah. Kalau Intan mampu, anda pun pasti boleh.

Sumber: Instagram Intan Sarafina

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: