Mila Jirin Tunjuk Kuasa Supermommy, Daki Puncak JABAL NUR Setinggi 642 Meter Sambil Dukung Anak!

Mila Jirin Tunjuk Kuasa Supermommy, Daki Puncak JABAL NUR Setinggi 642 Meter Sambil Dukung Anak!

Berat badannya hanya 42 kg tapi mampu membawa anak kecilnya, Arif Zikri sampai ke puncak Jabal Nur! Wow, macam tak percaya pun ada. Nampak badan saja kecil tapi semangat Mila Jirin… luar biasa.

Berkongsi kisahnya ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci April lalu, Mila yang selamat mendaki Jabal Nur pada 19 April lepas sekitar jam 1.14 pagi mengakui ia adalah satu kenangan indah yang tak mungkin dilupakan.

“Alhamdulillah Mommy telah berjaya naik ke puncak Jabal Nur sambil dukung Arif Zikri yang lena diulit mimpi. Ya Allah, Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak Gunung Cahaya pada aras ketinggian 642 meter! Memang mencabar tetapi Mommy tak putus asa!

Daddy pakai selipar jepun, jadi Mommy tak benarkan dukung Arif bahaya. So Daddy jadi pemantau Mommy. Tak dinafikan memang penat, Mommy 42kg + 9 kg Arif terasa bergoyang dan bergetaq juga lutut waktu nak turun gunung ni. Nak turun gunung lagi mencabar dari naik.

Walaupun ada tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (ada tinggi, ada rendah) dan bila makin ke atas, tangganya makin curam. Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak give up tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ziarah terakhir ke Jabal Nur kerana Jabal Nur akan ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus positive!

Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir ‘SubhanAllah, bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di Gua Hira? SubhanAllah, Allah Maha Mengetahui.’

Sampai sahaja di puncak Jabal Nur, Mommy tak ke Gua Hira disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari puncak dan laluan untuk turun ke situ agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama. Jadinya, Mommy tengok dari atas saja. Guanya kecil sahaja tapi ramai orang berasak-asak hendak masuk ke dalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ. Alhamdulillah.

Dah berada di puncak, dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh indah (kelihatan Menara Jam). Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami, Ustaz Bismi Amerr Zainal, dulu sebelum Menara Jam dibina memang akan nampak Masjidil Haram dan Kaabah.

Apa-apa pun menang 1 kenangan yang indah dan moga nanti Arif dah besar, Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah.”

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Mula-mula Kerjaya Sebagai PENYANYI Kini MILA JIRIN Sudah Jadi Usahawan Bertaraf JUTAWAN

Menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal bukan tiket untuk Mila Jirin duduk bergoyang kaki. Sikap yang tidak pernah kenal putus asa dan berani mencuba, sehingga kini berbangga dengan kekukuhan Bizmilla Catering sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan.

“Pada mulanya saya hanya terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan sahaja. Pada tahun 2010 saya telah membeli sebuah restoran dekat Tasik Prima Puchong yang dikenali sebagai  Restoran Embun Urai. Alhamdulillah sehingga ke hari ini restoran tersebut masih beroperasi dan banyak berjasa kepada kami suami dan isteri.

Kami menyediakan segala kelengkapan perkahwinan bakal mempelai hanya perlu menyediakan door gift dan kad undangan perkahwinan sahaja. Sebenarnya saya sangat terhutang budi dengan suami yang tidak pernah jemu mengajak dan mengajar saya tentang selok-belok perniagaan. Ingat lagi ketika saya berusia 19 tahun, suami (ketika itu teman lelaki) mengajak saya berniaga. Dia kata you should start. Namun ketika itu, saya masih tidak matang dan bersifat keanak-anakan dan mahu enjoy dunia remaja. Namun, alhamdulillah suami banyak memberi bimbingan dan motivasi diri saya agar tidak terus hanyut dalam dunia remaja yang tanpa arah tuju.

Sampai ke hari ini saya masih belajar sebab saya tidak mahu terleka. Saya juga banyak membaca buku-buku motivasi, kisah kejayaan orang-orang ternama, keusahawanan dalam negara dan juga luar negara. Kebanyakan pengalaman yang dikongsi oleh orang-orang berjaya ini adalah sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik,” jelas penyanyi yang telah menghasilkan sebuah album kompilasi yang bertajuk Best of Mila.

      

Dalam semua perniagaan pasti terdapat persaingan, begitu juga dengan perniagaan perkhidmatan perkahwinan ini, “Bagi saya untuk kekal relevan perlu sentiasa upgrade our service dan jaga perkhidmatan kita. Misalnya dewan perkahwinan kami setiap suku tahun kami akan tukar mengikut trend yang popular. Tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Kami juga akan come out dengan new package dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

Dalam Diam, MILA JIRIN Kini Bergelar Pemilik Majlis Kahwin & Berstatus JUTAWAN!

Dalam Diam, MILA JIRIN Kini Bergelar Pemilik Majlis Kahwin & Berstatus JUTAWAN!

Sejak tahun lalu, khabar angin tentang selebriti Mila Jirin sudah bergelar jutawan makin kuat bertiup kencang. Memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menjuarai Akademi Fantasia musim kelima, kelibat Mila sangat jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Malah sejak mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015, Mila seakan memperlahankan perjalanan seninya.

Rupa-rupanya Mila bukan menyepi begitu saja. Ibu kepada Mohd Arif Zikri ini sebenarnya ligat merencana hala tuju hidup dengan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan lebih 10 tahun lalu. Menerusi posting yang dikongsikan Mila di laman Instagramnya hari ini, kejayaan yang diraih sekarang bermula dengan angan-angan.

Siapa yang belum tidur 🙋‍♀️ Jom layan Video Promo #BizmillaTheRoyalBallroom. Pakej Lengkap Perkahwinan TERBARU Di BIZMILLA The ROYAL BALLROOM RM34,500 untuk SERIBU PAX (2018) by @bizmilla_catering DISCOUNT RM2,000 untuk TEMPAHAN AWAL !! Info Lanjut atau Lawat Dewan direct whatsapp +60126785479 atau hubungi 0350223915 (Office), (Hotline) atau layari www.BIZMILLACATERING.com Details PAKEJ 100% LENGKAP Seperti Dibawah : MENU UTAMA (1,000 Pax) Nasi Arab Bizmilla / Nasi Beriyani Bizmilla / Nasi Minyak Nasi Putih Daging Masak Rempah Bizmilla / Kari Kambing Bizmilla Ayam Masak Merah / Ayam Kurma Sweet And Sour Fish Fillet (Dori Fish) Mix Vegetable Acar Buah Bizmilla Papadom BUAH BUAHAN Limau Sunkist Tembikai MINUMAN Jus Oren Sunquick Drinking Water SUDUT SANTAI (400 PAX) Teh Tarik Bubur Kacang Hijau Seri Muka Karipap MENU MAKAN BERADAP Ayam Golek Siakap 'Roulet Mix Fruits Kuih Muih SUDUT KEK PENGANTIN 1 Biji Kek Pengantin (3 Tingkat) PELAMIN DAN DEKORASI Pelamin Dewan GRAND Moden x 1 Hiasan Dewan Flower Arch Entrance Flower Stand Red carpert Set Renjis x 1 Set Tapak Bunga Telur × 2 BUSANA DAN ANDAMAN Fresh Hand Flower x 1 Baju SANDING BARU (L & P ) x 1 Make Up x 1 (Sanding) Accessories (L & P ) x 1 KELENGKAPAN MAJLIS Dewan (Sebuah DEWAN BERHAWA DINGIN) 2 x LED SCREEN Meja Pengantin 1 x Meja Mempelai dengan dekorasi bunga (Makan Beradap) 2 x Kerusi Mempelai (Makan Beradap) 6 x Kerusi Ghost Chair Transparent (Makan beradap) Meja VIP 6 x Meja Bulat Dengan Tablecloth Damask 48 x Kerusi Ghost Chair Transparent 48 x set Peralatan Sajian VIP 6 x Set Dome Meja Tetamu 38 x Meja Bulat Dengan Tablecloth Damask 380 x Kerusi Chiavary Transparent Napoleon 13 x Centerpieces Meja Buffet Meja Kek Meja Hadiah Meja Guess Book FREE GIFTS FREE Photoshoot & Videoshoot Majlis Persandingan x 1 FREE PENDRIVE Exclusive Bizmilla (Unlimited Photo) FREE Wedding Album Photobook x 1 LAIN LAIN Kompang x 1 Emcee x 1 PA System, DJ dan Karaoke System x 1 Hotel Room (E-City Hotel) x 1 bilik PELAYAN Pelayan Beruniform x 15 Event Coordinator x 1 Holding Room www.BIZMILLACATERING.com Video by @zul_kiflitahir #PakejLengkapPerkahwinan #BizmillaCatering #Wedding

A post shared by MILA JIRIN 🎤 (@mila_jirin) on

“Dulu saya sering ditanya ‘Meniaga sebab dah TAK ADA SHOW ke?’ Saya hanya mampu tersenyum dengan sapaan pedas itu.

2008, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan pertama produk kecantikan LUVMILA. Waktu tu modal tak banyak dan kami tersadai akibat tak cukup rolling capital to run. Saya pun waktu tu masih hijau malar dalam berniaga dan masih main-main, nasib baik suami saya a.k.a MENTOR saya penyabar orangnya TRAIN saya dengan penuh dedikasi dan percuma.

Lepas tutup buku LUVMILA, banyaklah kata-kata nakal cakap ‘business dah tutup dah lingkup’ dan sewaktu dengannya tapi kami tetap nak berniaga dan terus POSITIVE. Disebabkan terlebih aura positive waktu tu, apa saja peluang untuk berniaga saya GRAB.

Dari mengelola acara kecil hinggalah berskala besar sampailah buat talent supply to corporate company semuanya kami terima. Keuntungan tidak diambil kira semata-mata tetapi PENGALAMAN dan dapat kami SURVIVE serta buat simpanan untuk kami BANGKIT dalam dunia perniagaan.

Tahun 2010, adalah turning point saya dan suami. Waktu tu saya pergi makan di restoran Embun Urai. Owner terdahulu beritahu nak jual restoran Embun Urai, saya dan suami terus berbincang dan kami ambil keputusan untuk beli restoran tersebut walaupun kami berdua TAK PANDAI MASAK masakan ala Thai! Oh, sebenarnya ada 1 kejadian juga sewaktu nak beli restoran tu. Disebabkan dana tak berapa mencukupi, saya dan suami ke sebuah bank untuk apply business loan dan yang PALING saya ingat hingga hari ini.

Officer bank tu bukan nak cerita mengenai produk / bank facility tetapi CONDEMN saya dengan mengatakan ‘berniaga restoran ini boleh untung ke? Not a good business! ’Waktu tu saya tekad, saya akan buktikan kata-kata dia SALAH dan saya tak perlukan capital injection from that bank!

Saya dan suami minta tempoh lagi dengan owner restoran Embun Urai dan both of us cari pelbagai peluang perniagaan sampingan untuk simpan modal dan the FACT we did part of payment to the previous owner dan alhamdulillah tahun yang sama 2010 akhirnya restoran Embun Urai jadi milik kami. Disebabkan Embun Urai, saya dan suami berada di dalam F&B Business dan ENHANCE into catering business dan tertubuhlah BIZMILLA CATERING.

Alhamdulillah kalau dulu angan-angan tapi sekarang kenyataan. Ia bukan MUDAH tetapi TIDAK MUSTAHIL! Moral of the story? Jangan pernah PUTUS ASA, sentiasa fikir POSITIVE dan perlu segera AMBIL TINDAKAN untuk mengubah dan berubah.”

Selain berkongsi tentang pengalaman sebagai usahawan, Mila berkata salah satu rahsia yang dilakukan agar terus kekal bertahan dalam perniagaan adalah disiplin yang tinggi selain banyakkan bersedekah. Jelasnya, setiap hari restoran Embun Urai akan sedekahkan Makan Malam Percuma buat Rumah Tahfiz berdekatan.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: