Legakan Tubuh & Minda Lesu Di SO SPA, Nyaman & Menenangkan!

Legakan Tubuh & Minda Lesu Di SO SPA, Nyaman & Menenangkan!

Kini, spa atau Hammam semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia dan diterima baik sebagai salah satu cara untuk melegakan tekanan. Salah satu Hammam yang boleh dikunjungi terletak di Sofitel Kuala Lumpur Damansara yang dikenali sebagai So SPA. Ia merupakan spa yang lengkap dan memenuhi keperluan tubuh secara holistik.

Berkeluasan 3,700 kaki persegi, So SPA menyediakan tujuh bilik rawatan yang diberi sentuhan eksklusif dan elegan, sesuai dengan tujuan untuk membenarkan tubuh dan minda berehat dan serba ketenangan. Ia turut menyediakan sebuah bilik untuk pasangan suami isteri mendapatkan rawatan.

Selain itu, untuk menjaga keselesaan dan privasi para tetamu, bilik rawatan untuk lelaki dan wanita turut diasingkan. Dalam erti kata lain So SPA amat mementingkan ketenangan dan keselesaan para tetamu semasa dan selepas mendapatkan rawatan Hammam.

So SPA diinspirasi dari gaya dekorasi Perancis dengan memberikan suasana yang eksklusif buat para tetamu yang mendapatkan rawatan di sini. Dengan mood pencahayaan yang bersesuaian dengan kehendak tubuh dan minda yang ingin berehat, hiasan dalaman yang diketengahkan berjaya mencetus suasana damai yang nyaman. Padanlah dengan namanya, ia bagaikan memberi dimensi baru untuk memulihkan tubuh dan minda!

Menu yang disediakan di So SPA diinspirasi dari menu sebuah restoran gourmet terkenal Perancis, bersesuaian dengan Sofitel secara keseluruhannya. Para tetamu boleh memilih menu secara à la carte dengan hidangan pembuka selera, hidangan utama dan sebagainya mengikut kesesuaian.

Spa yang diberi sentuhan untuk memberikan ketenangan secara keseluruhan untuk para tetamunya, So SPA menggabungkan rawatan spa secara tradisional dari seluruh dunia dengan sentuhan dan skill modern French cosmetology. Selain itu, So SPA turut menawarkan rawatan tradisional Melayu seperti urutan yang sememangnya baik untuk melancarkan peredaran darah. Rawatan lain yang turut ditawarkan termasuklah rawatan diinspirasi dari tradisi Cina yang memberi penekanan khusus seperti shiatsu.

Selaras dengan namanya sebagai sebuah pusat Hammam mewah di ibu kota, So SPA memperkenalkan rawatan hammam eksklusif untuk lelaki dan wanita. Di sini, pelanggan boleh merasai keistimewaan rawatan Hammam Maghribi tradisional dengan menggunakan sabun khas dikenali sebagai Savon Noir Beldi olive rich black soup diikuti dengan Ghassoul mud body wrap.

 

 

Baru Berusia 19 Tahun, TYRA Sudah Memiliki Rangkaian Kosmetik Sendiri!

Baru Berusia 19 Tahun, TYRA Sudah Memiliki Rangkaian Kosmetik Sendiri!

Namanya tidak asing lagi di laman media sosial dek kerana wajahnya yang ayu jelita. Tidak bersandarkan pada rupa paras semata-mata. Gadis berumur 19 tahun ini bijak mengatur langkah dalam mencanai strategi bisnes yang diusahakannya. Aktif di laman sosial sejak berumur 14 tahun, Athirah atau lebih mesra disapa Tyra kini menumpukan perhatian sepenuhnya untuk perniagaan yang baharu sahaja ditubuhkan Jun lalu.

BOLEH ANDA CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI BISNES ANDA?

Saya baru sahaja memulakan perniagaan produk kecantikan bernama @beautyra. Sebenarnya saya sudah tubuhkan @beautyra ini sudah lama namun ia mengambil masa yang agak panjang untuk proses jenama dan sebagainya. Produk ini terdiri daripada pemerah pipi atau blusher yang terdiri daripada tiga warna. Alhamdulillah sambutan setakat ini sangat memberangsangkan dan sold out dalam sehari sahaja.

BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA BISNES INI?

Saya memang seorang yang gemarkan produk mekap dan kecantikan. Saya mula aktif di Instagram sejak umur saya 14 tahun lagi. Dari situ saya mula berniaga kecil-kecilan. Tambahan pula saya mempunyai latar belakang keluarga yang menceburi bidang perniagaan. Pada mulanya saya berniaga baju dan aksesori sahaja.

Saya juga belajar buat semuanya sendiri. Dari hal postage hingga ke urusan yang lain dan sekarang saya sudah mempunyai team yang boleh tolong selesaikan semuanya dari A to Z.

SIAPAKAH YANG MENDORANG ANDA UNTUK MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN?

Family, of course! Mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam kerjaya saya. Sejujurnya saya tiada banyak pengalaman dalam bidang ini. Keluargalah yang banyak memberi sokongan padu dan tidak henti menaikkan semangat saya untuk melakukan bisnes.  Selain itu, kawan-kawan saya juga banyak membantu saya terutamanya mereka yang turut menceburi bidang ini.

ANDA SEORANG YANG AMAT DIKENALI DI LAMAN SOSIAL. BAGAIMANA ANDA MEMBAWA DIRI SEBAGAI PUBLIC FIGURE?

Saya mula aktif di laman sosial sejak saya masih muda. Mungkin dulu saya lebih memikirkan tentang apa yang netizen cakap mengenai diri saya. Tapi lama-kelamaan, saya sudah biasakan diri dengan keadaaan ini dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa. Jika ada perkara yang mereka katakan itu betul, saya mengambil ia sebagai kritikan yang positif.

Namun jika ada komen yang berbaur tuduhan dan boleh mendatangkan fitnah, saya akan cuba memberi maklum balas bagi membetulkan keadaan.

APAKAH PRINSIP YANG DIPEGANG OLEH ANDA?

Prinsip yang saya selalu pegang ialah always to be yourself. Tidak kiralah apa yang orang cakap mengenai diri anda, paling penting jadilah diri sendiri dan bukan jadi diri atas kehendak orang lain. Jangan sesekali pedulikan apa orang cakap walaupun kadangkala anda rasakan perkara itu betul untuk dilakukan. Anda lebih tahu apa yang lebih terbaik untuk diri anda.

RAMAI BERPENDAPAT CANTIK DAN BIJAK HARUS SEIRING. APA KOMEN ANDA?

Memang betul kerana pendidikan merupakan perkara yang sangat penting. Tapi bijak itu bukan sahaja dari segi pembelajaran. Ada orang pandai berniaga dan ada orang yang pandai memasak dan membuka perniagaan. Bagi saya bijak itu meluas dan tidak tertumpu pada segi pelajaran. It’s more than that.

NYATAKAN CIRI-CIRI UNIK ANDA YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU

Saya suka menyanyi tapi tidak pernah terfikir untuk jadi penyanyi. Saya juga seorang yang sangat sukakan haiwan hinggakan bercakap dengan mereka. Setakat ini, saya ada memelihara burung dan kucing. Selain menjadi pencinta haiwan, saya juga suka ‘cantikkan’ orang. Jika sepupu saya datang ke rumah, saya suka mekap dan mendandan rambut mereka.

Orang juga mungkin tidak tahu yang saya ini sebenarnya seorang yang banyak cakap dan sangat aktif. Dalam kata erti lain tidak reti duduk diam.

KONGSIKAN RUTIN KECANTIKAN DAN KESIHATAN ANDA

Saya tidak akan tidur dengan memakai mekap. Cuci mekap sebelum tidur adalah perkara yang sangat mustahak. Selain itu, setiap hari saya akan memakai mask wajah. Manakala untuk rambut, saya tidak akan mencuci rambut setiap hari. Saya juga akan pergi ke saloon setiap bulan untuk buat rawatan rambut. Dari segi kesihatan, saya amalkan fish oil untuk elak kulit kering dan akan pastikan minum air putih secukupnya setiap hari.

APAKAH PERANCANGAN ANDA PADA MASA HADAPAN?

Selain ingin mengembangkan bisnes saya, saya juga ingin menjadi seorang wanita yang berjaya. Usia bukan penghalang untuk seorang wanita mengecap kejayaan. Saya ingin wanita di luar sana melihat saya sebagai seorang wanita muda yang berani mencuba dan menjadi insan yang lebih berjaya daripada saya. Jika anda ada usaha dan minat, insyaAllah anda juga boleh berjaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

“Jadi Perempuan Kena ‘High Class’ Sabarnya”- DATIN SERI NUR SHAHIDA Mahu Terbaik Untuk Tersayang!

“Jadi Perempuan Kena ‘High Class’ Sabarnya”- DATIN SERI NUR SHAHIDA Mahu Terbaik Untuk Tersayang!

Tak kisah lah apa jua tohmahan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, keluarga mahupun suaminya sendiri, Datin Seri Nur Shahida dilihat begitu tenang menerima semuanya dengan hati positif hanya kerana mahu yang terbaik untuk orang tersayang.

“Jadi perempuan ni kena ‘high class‘ sabarnya. Kena kuat hadapai apa jua yang mendatang”, jelas Datin Seri Shahida di laman instagram miliknya.

Menurut beliau juga, ia normal untuk seorang wanita mengharapkan sesuatu yang indah hadir dalam kehidupan walaupun realitinya tak seindah mimpi.

“Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak. Pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu”, jelas isteri kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri.

“Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.

Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling. Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat semua orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi kehidupan. Kesedihan baginya ialah apbila orang yang dia sayang menangis, down, stres atau sakit”, tambahnya lagi.

Setuju sangat dengan pendapat daripada Datin Seri Shahida ni. Jadi perempuan kena ‘mahal’ dan pandai menjaga harga diri. Lagipun, menjadi tugas seorang wanita untuk menjadi isteri dan ibu terbaik untuk keluarga. Untung Dato’ Seri Aliff Syukri dapat isteri yang bukan sahaja cantik dan baik budi pekerti, bahkan mempunyai kesabaran tinggi sehingga sanggup melayan apa jua kerenahnya asalkan bahagia.

sumber gambar: Instagram @shahidadherbs

Fesyen & Hijab Tak Menjadi Halangan, ARINNA ERIN Bebas Bergaya!

Fesyen & Hijab Tak Menjadi Halangan, ARINNA ERIN Bebas Bergaya!

Melihat sahaja pada akaun Instagram pemilik nama Arinna Erin, pasti sesiapa sahaja teruja melihat gaya trendy anak muda ini. Merupakan seorang pelajar ijazah sarjana dalam jurusan Business Intelligence and Social Media di salah sebuah universiti di United Kingdom, Arinna Erin atau lebih mesra disapa Arinna juga aktif dalam dunia peragaan. Wajahnya sering terpapar di dada majalah dan menjadi model pilihan kebanyakan label-label pakaian tempatan. Tidak hairanlah, nama Arinna kian menyerlah dan terkenal di laman sosial.

 

HIJAB DAN FESYEN! APA KOMEN ANDA MENGENAI PERKARA INI?

Hijab dan fesyen boleh dikatakan dua jenis pemakaian yang berbeza namun ia saling berhubung kait. Hijab adalah pemakaian yang menjadi ikutan oleh para Muslimah. Di Malaysia sendiri, fesyen hijab boleh dilihat sebagai trend yang sangat menarik di era ini. Memakai hijab bertujuan untuk menutup aurat dan ramai wanita yang berhijab mengekspresikan personaliti diri melalui fesyen.

 

APAKAH PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DUNIA MODELLING?

Sejujurnya, pengalaman yang saya dapat daripada dunia modelling sangat berharga. Saya sudah berada dalam industri ini salama 4 tahun dan banyak perkara yang saya pelajari termasuklah kenangan manis dan juga pahit. Semua ini saya anggap sebagai proses untuk saya menjadi lebih matang dan menjadikan saya lebih dewasa.

APAKAH MAKSUD FESYEN BAGI ANDA?

Bagi saya, fesyen itu gaya berpakaian masing-masing dimana ia adalah satu seni dalam bentuk gaya pemakaian. Bukan semua individu ada citarasa yang sama dalam berfesyen dan perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam fesyen. Paling utama, fesyen yang digayakan harus selesa dan ia boleh dibawa dengan baik.

 

APAKAH FESYEN YANG ANDA GAYAKAN SETIAP HARI?

Saya lebih gemarkan fesyen yang simple, bersahaja, selesa dan membuatkan saya raya yakin. Saya sering memakai pakaian berwarna hitam dan warna-warna gelap kerana ia memberi ilusi lebih trendy walaupun saya hanya menggayakan pakaian yang sangat ringkas.

BAGAIMANAKAH ANDA MENJAGA PENAMPILAN ANDA AGAR TAMPAK STAILO DAN TRENDY?

Ikut stail sendiri dan jangan rasa terlalu tertekan untuk mengikuti trend fesyen terkini. Sebagai contoh, jika anda sukakan sesuatu gaya fesyen itu, just do it! Jangan peduli apa yang orang lain fikirkan tentang penampilan anda dan anda hanya perlu bergaya untuk diri anda sendiri.

 

KONGSIKAN TIP KECANTIKAN ANDA

Setiap hari saya akan membersikan wajah menggunakan pencuci muka. Kemudian saya akan memakai pelembap wajah. Saya akan pastikan untuk memakai sunblock sebelum keluar rumah. Saya juga jarang memakai mekap melainkan jika ada sesi photoshoot dan majlis-majlis yang perlu dihadiri. Paling penting, minum banyak air! Ini sangat penting bagi memastikan kulit kita sihat. Selain itu, jangan lupa bersihkan mekap sebelum tidur kerana jika kita tidak lakukan perkara ini, pori-pori kulit wajah kita boleh tersumbat.

“We Are Very Expensive!”- PROF DR MUHAYA Kongsi Ciri-Ciri Wanita Solehah

“We Are Very Expensive!”- PROF DR MUHAYA Kongsi Ciri-Ciri Wanita Solehah

Wanita adalah ciptaan indah yang Allah SWT cipta. Tidak banyak syarat-syarat sebenarnya untuk menjadi wanita yang disayangi Allah. Pertemuan bersama dengan penceramah wanita terkenal Profesor Dr Che Muhaya Mohamad untuk satu sesi fotografi di kediamannya yang terletak di Country Heights, Kajang dimanfaatkan oleh Nona untuk bertanyakan tentang ciri-ciri yang perlu ada dalam diri setiap wanita untuk menjadi seorang wanita solehah.

“Pertama sekali, niat untuk menjadi wanita solehah. Ini kerana nilai seorang wanita solehah lebih besar daripada dunia dan seluruh isinya. Kalau mempunyai akhlak yang baik, seseorang wanita itu akan menjadi lebih berharga daripada barangan berjenama. Jadi, wanita solehah tidak akan perlukan branded item dan hanya wanita tidak solehah mahukan branded item kerana you value yourself based on the brand that you wear. Tapi sebenarnya nilai seorang wanita berdasarkan hati yang bersih dan tenang”, jelas Pakar Mata ini yang juga mempunyai PhD dalam bidang Ocular Immunology daripada Universiti London.

Selain itu, beliau turut menegaskan wanita solehah akan tahu apa manfaat dan tujuan hidupnya iaitu untuk sentiasa beribadah kepada Allah SWT dan melakukan kebaikan.

“Antara ciri wanita solehah ialah mempunyai akidah sangat mantap bererti tidak ada tuhan melainkan Allah. Tuhan dia bukan dia punya suami, whatsapp, instagram, darjat,dan rupa paras. Selain itu, wanita solehah juga tahu kenapa dia dilahirkan iaitu untuk ubudiyyah (menghambakan diri)  kepada Allah. Bila akidah mantap automatik ibadah akan menjadi sempurna. Wanita itu akan menjaga ibadah solatnya seperti solat tepat waktu dan dilakukan secara berjemaah”, tambahnya lagi.

Mengulas lebih lanjut lagi tentang ciri-ciri untuk menjadi wanita solehah,beliau menegaskan wanita sangat berharga dalam Islam dan martabat wanita tidak pernah dipandang rendah kerana wanita itu ‘mahal’!

“Wanita solehah juga akan menjaga auratnya dengan sempurna. Ini kerana wanita yang menjaga aurat nilai dirinya akan meningkat. Siapa yang tidak menjaga aurat, dia sama seperti barang yang semua orang boleh tengok dan tidak eksklusif. Pergaulan juga perlu dijaga untuk menjadi wanita solehah. Selagi orang tak bernikah dengan kita, jangan biarkan dia sentuh kita sembarangan. We are very expensive item! Jadi jaga solat, aurat dan pergaulan. Kalau tak jaga tiga perkara ini confirm bermasalah”, katanya lagi yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Selain niat menuju ke arah kebaikan dalam hidup, mempunyai akidah yang tinggi serta menjaga batas pergaulan dan menutup aurat, ciri wanita solehah itu akan lengkap sekiranya mempunyai kelembutan dalam dirinya.

“Mempunyai keperibadian dan akhlak yang lemah lembut akan membuatkan diri seseorang wanita itu lebih disayangi oleh Allah. Kalau tidak mempunyai sifat yang lemah lembut, takut nanti Allah tidak sayang. Jadikan kelembutan itu sebagai tujuan dalam kehidupan anda”, jelas isteri kepada Dr Azmi Jamion ini.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: