Fesyen

Tak Apa, Belum Puas MELARAM Di Hari Raya Sambung Pula Ke Rumah Terbuka. Baca Tip Ni Supaya Tak Nampak ‘Awkward’

Sempena bulan syawal yang mulia dan diraikan selama sebulan, pastinya jemputan ke rumah terbuka sukar untuk dielakkan. Namun, sewaktu menghadiri rumah terbuka, etika berpakaian harus dititikberatkan agar anda terlihat cantik dan sempurna. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip berpakaian ke ruman terbuka buat anda supaya penampilan anda lebih praktikal dan relevan.

PAKAIAN SOPAN/TIDAK SEKSI

Anda dinasihatkan agar memakai pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Sekiranya busana anda diperbuat daripada fabrik sifon, pakailah inner supaya tampil lebih sopan dan sempurna. Berpakaian seksi pula adalah tidak sesuai sama sekali untuk menghadiri rumah terbuka. Elakkan memakai pakaian yang mendedahkan terutama di bahagian dada dan kaki. Antara pakaian yang boleh disarungkan untuk ke rumah terbuka adalah kurung moden, kebaya, jubah dan lain-lain lagi.

SELESA

Pilih pakaian yang selesa yang diperbuat daripada fabrik lembut dan tidak panas. Contoh fabrik yang dimaksudkan adalah fabrik jenis cotton, sifon, como crepe, satin dan banyak lagi. Sekiranya majlis diadfakan di ruang terbuka,Fabrik jenis ini memastikan anda sentiasa berasa selesa sepanjang majlis berlangsung.

 

PRAKTIKAL

Pastikan pakaian yang bakal anda sarungkan cukup relevan dan praktikan. Selain selesa, pakaian yang praktikl juga amat penting ketika menghadiri rumah terbuka. Jangan memakai pakaian yang terlalu sendat sehingga menyukarkan anda untuk bernafas. Selaian itu, jangan memakai pakaian yang meleret dan sarat dengan perincian manik. Pakaian seperti ini membataskan pergerakan anda dan khuatir penampilan anda kelihatan seperti pengantin

KASUT

Pilih kasut yang tidak terlalu tinggi agar memudahkan pergerakan anda. Sekiranya anda tidak biasan mengenakan kasut tumit tinggi, anda boleh memilih kasut jenis  pump shoes. Kasut jenis ini memberikan keselesaan maksima buat anda dan memudahkan pergerakan. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan penampilan anda.

 

BEG TANGAN

Sebaiknya, pilihlah beg tangan yang bersaiz sederhana yang boleh memuatkan keperluan penting anda seperti telefon bimbit, kunci rumah dan kereta, beg dompet dan lain-lain lagi. Anda dilarang membawa beg tangan yang terlalu besar kerana menyukarkan anda semasa menjamu selera. Selain itu, Padankan beg tangan anda dengan busana pilihan anda agar tampil bergaya dan sempurna

IKLAN
Share