
Setahun lebih bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, Ozlynn Waty yang merupakan isteri kepada penyampai radio serta pelawak terkenal, Johan baru-baru ini berkongsi di Instagram rutinnya membaca al-Quran setiap hari bersama keluarga.
Ozlynn memuat naik satu foto memaparkan suaminya, Johan sedang membaca al-Quran secara santai.
Menurut Ozlynn, rutin tersebut sudah lama mereka amalkan namun kini lebih istiqamah.
Bagi Ozlynn, peluang yang Allah SWT berikan itu tidak akan disia-siakan kerana membaca kalam suci al-Quran besar pahalanya.
Malah, berkat amalan membaca al-Quran setiap hari mereka sekeluarga sentiasa hidup dalam suasana bahagia dan tenang.
“Tiada apa yang membahagiakan selain melihat setiap hari ada alunan suara mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran.
“Tidak hebat seperti orang lain tapi cukup dengan semangat tidak meninggalkannya walau sehari.
“Semakin hari harta bukan keutamaan tapi amalan. Cukupkah? Doakan semoga kami kekal istiqomah walaupun amalan ni dah lama kami lakukan.
“Peluang dari Allah tidak akan aku sia-siakan.
“Untuk kalian yang lain usahalah. Usaha tanpa harapkan balasan tapi ingatlah setiap usaha pasti ada balasannya.”
Semoga Ozlynn dan Johan menjadi ikutan dan inspirasi.
This website uses cookies.