Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Mempunyai ibu seorang penyanyi popular di Indonesia banyak mendorong Amabel Odelia untuk mempunyai ilmu tentang bidang muzik.
Anak kepada penyanyi Ruth Sahanaya ini semakin mencuri perhatian. Selain parasnya yang cantik, berbakat dalam bidang muzik juga satu kelebihan buat dirinya.
Amabel Odelia merupakan lulusan Bachelor Degree Music Performance dari Australian Institute of Music dah baharu sahaja selesai majlis graduasi bulan lalu. Sayangnya, dia menolak untuk melanjutkan kuliah di Amerika kerana memilih untuk mengikuti jejak sang ibu, berkarier di dunia hiburan di Indonesia.
Ads
Amabel Odelia merupakan anak sulung Ruth Sahanaya dan suaminya, Jeffry Waworuntu. Anak sulung ini dilahirkan pada 14 Ogos 2000 dan kini sedang meniti alam dewasa yang cantik dan sering mencuri tumpuan di laman Instagram miliknya.
Sejak menamatkan pengajian di peringkat rendah, Amabel Odelia menetap di Sydney Australia sehingga tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda baru-baru ini.
Ads
Selepas empat tahun menetap di Australia, kini Amabel Odelia sudah pulang ke Indonesia. Selain itu, anak gadis Ruth Sahanaya ini juga telah mementaskan sebuah persembahan teater muzikal berjudul Teater Salihara di Jakarta oktober lalu.
Penyanyi bertaraf lagenda Indonesia itu baharu sahaja usai mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) November lalu menerusi konsert solonya Fabulous Friday Ruth Sahanaya. Penyanyi yang berusia 56 tahun itu telah memukau lebih 500 penonton pada malam tersebut dengan lagu-lagu popularnya antaranya termasuklah Kaulah Selagalanya, Keliru, Bersama Dirimu, Tak Kuduga dan banyak lagi.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman kegemilangan Edika Yusof merupakan suatu fenomena yang diingati oleh semua peminatnya. Meninggalkan dunia glamor kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan adalah punca kelibat pelakon Maria Mariana ini hilang dari radar industri seni.
Sinar kehidupan Edika semakin bersinar setelah menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Nor Hidayah Yusri, 14 tahun yang lalu. Sebagai pasangan berkahwin, pasti mengimpikan hidup bahagia kekal hingga hujung nyawa.
Kebahagiaan yang diimpi hanya 2 tahun, mereka kemudian diuji hanya dalam sekelip mata. Ketabahan Edika Yusof menjaga isterinya yang menghidap meningitis sehingga lumpuh ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua.
“Saya beruntung memperisterikan Nor kerana dia seorang yang berdikari dan bercita-cita tinggi. Kami sama-sama merancang untuk membina empayar perniagaan dan ujian mula melanda selepas melahirkan anak kedua kami.
5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.
Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.
Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.
Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.
Saya perlu mengangkat Nor untuk ke bilik air dan membantu menguruskan segala keperluannya. Lebih parah lagi ketika itu hampir semua memorinya hilang. Mujur dia masih mengingati saya dan ahli keluarga rapat.
Saya dah janji dengan isteri, walau apa yang berlaku, saya akan jaga dia dengan baik. Apa yang sering saya bayangkan tentang dia adalah apa yang saya bayangkan jika berlaku kepada saya pula.
Saya terbayang, bagaimana perasaan saya yang sedang sakit jika isteri abaikan tanggungjawab dan tinggalkan saya sendirian,” ujar Edika yang pernah berkhidmat sebagai pramugara di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama lima tahun.
Sebak Dengan Pengorbanan
“Memang dengan apa cara sekalipun saya tidak akan dapat membalas budi dan pengorbanan yang telah Edika lakukan. Ketika terlantar sakit sampailah sekarang, saya telah ditatang umpama seorang bayi yang masih kecil. No words can describe apa yang saya rasa, memang susah nak terangkan,” terdengar getar pada hujung suara Nor Hidayah saat memulakan bicara.
Dalam mengatur perjalanan hidup ini kami perlu berada dalam satu team. Kalau hanya Edika sahaja atau satu pihak yang bagi komitmen, of course akan sampai masa yang dia akan fed up.
Jadi bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bukan senang nak kekalkan rumah tangga lebih-lebih lagi dalam keadaan macam saya ini dan bersuamikan lelaki yang bernama Edika Yusof. It’s not an easy journey. Tapi alhamdulillah dan insyaAllah, we can do this,” ucap Nor yang berjiwa kental.
Senyuman yang terukir di bibirnya tidaklah selebar mana tetapi nampak jelas Nor berusaha menerima hakikat kehidupan. “Saya selalu reda, tawakal dan yakin pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya bukan jenis yang suka duduk termenung, meratapi nasib dan fikir kenapa aku yang terpilih untuk mengharungi semua ini.
Bercerita tentang perkembangan kesihatan wanita yang berusia 39 tahun ini, “Tahap kesihatan kalau nak banding dengan hari pertama sakit 12 tahun lepas, memang ada banyak perbezaan. Sebab masa mula-mula dahulu saya betul-betul lumpuh dari dada hingga ke hujung kaki.
Masa itu saya memang betul-betul lemah, tangan memang tak kuat nak bergerak. Memang kira terlantar sahaja. Telinga tak dapat dengar selama enam bulan dan suara pun tak boleh keluar. Semua komunikasi kena bertulis di atas kertas.
Anak mata tidak berada di tempat yang sepatutnya dan muka sebelah kiri strok. Pada masa itu, makan pun tak ada selera langsung. Memang kurus sangat-sangat tinggal tulang untuk tiga tahun pertama selepas jatuh sakit.
Lepas tu beransur-ansur ambil suplemen baru ada tenaga untuk buat fisioterapi dan senaman sendiri di rumah. Sehingga kini saya masih sihat tetapi, pergerakan dari dada hingga ke hujung kaki masih sama, tidak boleh bergerak. Hamizatul Maizan Mohamed
Ketahui kisah selanjutnya tentang kisah Edika Yusof dan keluarganya dalam Nona September 2017, kini di pasaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Miss World 2022, Karolina Bielawska dari Poland memiliki kecantikan semula jadi dan tersendiri.
Tinggi, langsing, bijak dan punya senyuman menawan memberi kelebihan kepada jelitawan berusia 23 tahun ini.
Dalam edisi ke-70 Miss World, mahkota bertukar tangan dari Toni-Ann Shingh asal Jamaika ke Karolina.
“Perjalanan hidup adalah paling penting. Namun, setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan memiliki pengalaman unik.
“Apa yang saya raih penuh perjuangan. Kita semua mampu. Percayalah, kita semua mampu menjadi hebat,” ungkap Karolina yang juga seorang prihatin dan berani.
Kenali Karolina melalui beberapa fakta menarik ini:-
Pertandingan Miss World edisi ke-39 yang diadakan pada November 1989 di Hong Kong Convention and Exhibition Centre merupakan kali pertama Uni Soviet menghantar wakilnya.
Aneta Kreglicka dari Poland memenangi pertandingan itu menewaskan 77 peserta yang lain. 33 tahun kemudian, Karolina Bielawska berjaya meraih mahkota Miss World.
Karolina memulakan karier sebagai model sejak usianya 14 tahun. Kemudian, Karolina meneruskan kariernya sebagai penyiar.
Dilahirkan pada 11 April 1999, Karolina seorang yang sukakan cabaran dan gaya hidup lasak seperti melakukan scuba diving, hiking dan flying fox.
Dalam pertandingan Miss World 2022, Karolina membuat program ‘Beauty with a Purpose’ bertajuk ‘Zupa Na Pietrynie’.
Ia memfokuskan kepada misi kemanusiaan, memberikan bantuan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.
Karolina gemar membaca buku tentang motivasi diri.
Selain itu, Karolina turut berimpian untuk bergelar seorang motivasi suatu hari nanti.
Semoga Karolina terus sukses dalam setiap perkara yang diminatinya.
Kredit Foto: Instagram Karolina Bielawska
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya pelakon drama yang pernah popular menerusi Love You Mr Arrogant ini sekarang. Selain wajahnya yang makin berseri-seri, susuk tubuh langsing aktres ini juga mencuri tumpuan ramai. Namun, sejak beberapa bulan lalu ketika Zara Zya dimasukkan ke hospital kerana ketumbuhan kelenjar di tepi pipinya, selebriti berusia 33 tahun ini dilihat seakan menyepi dari dunia seni.
Bukan menjauhkan diri dari bidang lakonan dan pengacaraan, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini rupa-rupanya sedang sibuk mengusahakan rangkaian perniagaan. Terkejut bila dapat tahu Zara Zya bukan hanya memiliki satu cabang niaga saja, tapi lebih daripada dua.
Selain mempunyai produk pelangsingan Trimz Lotion dan kosmetik, Zarazya Lipmatte, dia juga telah menceburi perniagaan masakan secara online di bawah label Zarazyacooks. Macam-macam menu yang diketengahkan termasuk lauk-pauk, kek dan sebagainya. Antara sajian popular Zarazyacook seperti Sambal Ikan Bilis Tempoyak, Rendang Daging, Udang Masak Lemak, Pucuk Ubi Celur dan juadah Kek Pisang.
Kagum betul dengan semangat Zara Zya. Kalau terus komited menjalankan bisnes berkenaan tidak mustahil rasanya satu hari nanti dia mampu membuka syarikat katering sendiri. Teringat waktu temu bual dengan Zara Zya untuk edisi Ramadan tahun lalu, katanya jika ada kelapangan masa dan cuti daripada sebarang penggambaran dia lebih selesa memasak di rumah. Tak sangka pula bakat memasak yang dimiliki selebriti ini akhirnya menjana pendapatan lumayan!
Di samping sibuk berkejar menguruskan bisnes, Zara Zya kembali aktif ke set penggambaran untuk drama terbarunya, Monalisa. Padat sungguh jadual kerja wanita berjiwa besar ini. Apa-apa pun, semoga perniagaan yang diusahakan Zara Zya terus sukses dan mampu menarik minat golongan wanita lain untuk menceburi bidang perniagaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah transformasi luar biasa Aysha Alam daripada hampir 200kg kepada ikon wanita moden yang berjaya mengubah hidup dan kerjayanya. Inspirasi untuk semua wanita.