Fesyen

Teragak-agak Beli Kain Pasang Untuk Persiapan Raya? Ini 4 Tip Utama Anda Perlu Tahu!

Membeli kain pasang bukan semudah membeli pakaian yang sedia dipakai kerana jika tersalah beli boleh membuatkan anda berasa rungsing dan bingung. Dalam membeli kain pasang, persoalan ukuran kain yang mencukupi amat perlu diambil berat. Ia bagi mengelakkan dari pembelian kain yang tidak mencukupi untuk dijahit kemudiannya. Hal ini selalu terjadi sekiranya anda membeli kain pasang yang telah siap digunting.

1. PASTIKAN MEMBELI KAIN PASANG DALAM UKURAN 4 METER BUKANNYA 4 ELA

Hati-hati dalam membeli kain yang telah digunting sepasang. Ini kerana terdapat kain yang telah dipotong tetapi tidak mencukupi untuk menghasilkan busana yang ideal. Sebagai contohnya, ada fabrik yang dijual hanya dengan 4 ela sahaja. 4 ela bermaksud ia tidak sampai 4 meter. Saya ulang sekali lagi, 4 ela bermaksud ia tidak sampai 4 meter. Atau dalam erti kata lain, fabrik kain yang anda beli tidak mencukupi.

2. KESUKARAN UNTUK DIGUNTING BERDASARKAN FESYEN YANG DIINGINI

Sebenarnya, apabila ini terjadi, kain dan fabrik yang dibeli ini sukar untuk digunting bagi menghasilkan busana. Terutamanya bagi mereka yang berbadan besar. Malah bagi menghasilkan busana yang kembang seperti dress princess, baju kurung riau ataupun kebaya tradisi, ia adalah amat sukar. Ini kerana rekaan busana di atas memerlukan jumlah fabrik yang mencukupi iaitu 4 meter. 4 meter ini diperlukan sekurang-kurangnya bagi mereka yang bersaiz sederhana besar.

3. 4 METER SETENGAH UKURAN IDEAL UNTUK MEMBELI KAIN

Bagi mereka yang bersaiz besar dan juga tinggi, 4 meter setengah adalah ukuran yang paling cantik untuk menghasilkan busana yang diingini. Namun, jika anda inginkan corak-corak ataupun rekaan yang memerlukan fabrik yang lebih, ia boleh ditambahkan dengan menggunakan fabrik polos. Walau bagaimanapun, janganlah sesekali anda membeli fabrik yang mempunyai bidang 60 tetapi membelinya tidak cukup meter seperti anda hanya membeli 3 meter setengah.

4. BERTANYA KEPADA TUKANG JAHIT ANDA UKURAN PAKAIAN ADALAH LANGKAH YANG BIJAK

Sebenarnya, jika anda ke kedai kain, pastinya pekedai akan mencadangkan kepada anda supaya hanya mengambil 3 meter setengah sahaja untuk menghasilkan sepasang baju. Tetapi hakikatnya, 3 meter setengah tidak mampu untuk menghasilkan sepasang busana. Apatah lagi jika fabrik tersebut mempunyai corak yang berjalur-jalur dan mempunyai corak yang berkaki. 3 meter setengah hanya boleh dibuat jubah labuh sahaja yang mempunyai kembang yang besar. Jika anda inginkan keselesaan, pastinya 4 meter kain perlu digunakan.

Jalan penyelesaian yang paling mudah berkaitan permasalah di atas, anda perlu bertanya dahulu mereka yang menjahit baju dengan design yang anda inginkan serta berapa meter kain diperlukan. Bukannya anda bertanya kepada peniaga kain. Sebaliknya anda bertanya kepada tukang jahit anda terlebih dahulu. Biasanya, penjahit tersebut akan dapat memberikan anggaran yang tepat berapakah meter kain yang diperlukan untuk anda. Justeru, segala pembaziran ketika pembelian fabrik kain anda dapat diminimakan.

IKLAN
Share