Masha-Allah, sweet sangat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki buat kejutan kepada isteri tercintanya, Datin Nurdianawati Irwani Abdullah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Terkenal dengan keperibadian yang tegas dan serius namun di sebaliknya tersimpan sisi romantik dalam diri figura hebat ini.
Datuk Dr Asyraf Wajdi yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkongsi momen bermakna itu di platform media sosialnya.
Beliau mendedahkan pada awalnya terlupa tarikh ulang tahun tersebut lalu merancang satu kejutan istimewa melalui bantuan beberapa orang pelajar kepada isterinya yang merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Datuk Dr Asyraf Wajdi membuat kejutan dengan mengirimkan jambangan bunga ros sejurus selepas isterinya selesai menyampaikan kuliah.
“Memang terlupa sungguh tarikh Ulang tahun perkahwinan hari ini.
“Jadi pagi-pagi ini saya curi-curi buka telefon isteri untuk dapatkan nombor-nombor telefon pelajarnya untuk atur KONSPIRASI!
“Alhamdulillah dapat juga buat kejutan dengan menghantar jambangan bunga ros melalui pelajar-pelajar sejurus selepas isteri tersayang selesai menyampaikan kuliahnya di UIA.”
Belaiu turut memberi pesanan buat para suami yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya yang sentiasa dihambat dengan kesibukan tugas.
“Buat suami-suami macam saya ni yang terlalu sibuk hingga terlupa tarikh-tarikh MAHA PENTING buat wanita bernama isteri seperti tarikh ulang tahun perkahwinan ni, kena pandai-pandailah beli balik jiwa isteri akibat salah sendiri.”
“To my love, Happy anniversary. Your unwavering strength, patience, and love in raising our six precious children while I fulfill my duties for the ummah is something I deeply admire and will forever be grateful for.
“You are the heart of our home and the light of my life. May Allah continue to bless our journey together.”
Beliau turut mendoakan agar hubungan mereka terus diberkati ALLAH SWT.
Semoga ikatan pekahwinan Datuk Dr Asyraf Wajdi berkekalan sampai syurga.
This website uses cookies.