Benar kata orang kalau kita sentiasa melakukan perkara yang baik pasti akan dimurahkan rezeki tanpa mengira pangkat, darjat dan agama. Selebriti tersohor, Angelina Jolie memang terkenal dengan sikapnya yang suka membantu orang sehingga dilantik menjadi duta UNCHR.

IKLAN
Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official
Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official

Tak pernah berkira untuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan mahupun tenaganya, memang terserlah keluhuran hatinya apabila berbakti kepada mereka yang memerlukan. Angelina juga telah memelihara anak angkat dari negara yang tidak maju seperti Amerika Syarikat.

Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official
Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official

Mungkin disebabkan sikapnya yang sebegini rezekinya sentiasa mencurah-curah dan walaupun sudah berusia 45 tahun tetap menerima tawaran berlakon sebagai watak utama dan memiliki beberapa rumah agam yang begitu indah.

Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official
Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official

Ramai yang mengetahui Angelina Jolie suka melancong untuk merasai sendiri kepelbagaian budaya di dunia ini. Atas dasar ini, Angelina Jolie telah membeli beberapa rumah agam seperti di Los Angeles, Malibu, New Orlean, Perancis dan Kemboja.

Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Salah sebuah kediaman Angelina Jolie. Foto: Instagram @tichenorandthorparchitects

Cita rasa Angelina Jolie terhadap hartanah juga menggambarkan dirinya. Lihat sahaja kediaman wanita yang pernah berkahwin dengan aktor kacak Hollywood, Brat Pitt ini.

1. Los Angeles, California.
Rumah agam yang telah dibina pada tahun 1913 ini terletak di tebing bukit Los Feliz ini dikhabarkan bernilai RM103 juta (USD24.5 juta). Angelina Jolie telah membeli kediaman ini pada tahun 2017. Berkeluasan 11,000 kaki persegi dan mempunyai 6 bilik tidur dan 10 bilik air.

IKLAN
Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official

2. Perancis
Rumah desa (chateau) ini mempunyai ladang anggur yang luas terletak di selatan Perancis. Sebelum memiliki kediaman mewah yang bernilai RM281 juta (USD67 juta) ini Angelina telah menyewanya selama 3 tahun. Rumah desa ini mempunyai 35 bilik siap dengan helikopter pad dan tasik. Lebih istimewa apabila Angelina dan Brad Pitt telah memilih kediaman ini sebagai lokasi perkahwinan mereka dahulu.

Teruja Beli Rumah Agam MEWAH, Angelina Jolie Labur Lebih RM420 Juta Untuk Hartanah 
Foto: Instagram @angelinajolie_official

3. Kemboja
Angelina Jolie sering berulang-alik di antara Amerika Syarikat dan Kemboja untuk aktiviti kemanusiaannya. Justeru wanita yang berlakon dalam filem Lara Croft: Tomb Raider ini telah membeli hartanah di Kemboja atau lebih tepat lagi sebuah hutan di sana.

IKLAN

4. New Orleans, Lousiana
Kediaman ini telah dibeli oleh Angelina dan Brad Pitt semasa mereka hidup bersama pada tahun 2007. Rumah agam yang mempunyai keluasan 7,645 kaki persegi ini mempunyai 5 bilik tidur dan 7 bilik air telah dibeli dengan harga RM15 juta (USD3.5 juta). Selepas bercerai rumah ini telah dijual dengan harga RM21 juta (USD4.9 juta) pada tahun 2016.

Sumber: velvetropes.com

Barang dapur dengarnya panas musim PKP ni, ada yang terjebak ke.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI