Datin Afzalizah Timang Anak Lelaki Keempat, Majlis Aqiqah & Berendoi Cahaya Mata Usahawan Kosmetik Ini Mewah Macam Wedding!

Tahniah buat Datin Afzalizah sekeluarga atas kelahiran cahaya mata keempat pada Februari lalu. Meskipun sudah mempunyai empat anak namun pengasas kosmetik Cubre Mi ini dan suami tetap teruja menerima kehadiran ahli baharu tersebut.  

Berkongsi perkembangan terkini di media sosial, Datin Afzalizah Nizam Azizan atau mesra disapa Liza berkesempatan memuat naik momen majlis aqiqah permata hati kesayangan yang berlangsung baru-baru ini.  

Perkongsian berkenaan nyata menarik perhatian pelanggan dan follower setia wanita inspirasi ramai ini.

Artikel https://www.nona.my/hargai-jasa-pendidik-usahawan-afzalizah-hadiahkan-habib-bawal-exclusive-untuk-guru-anak-anak/

Majlis Aqiqah Anak Datin Afzalizah

Titip ibu jelita ini, “Bismillahirrahmannirrahim, aqiqah dan berendoi ceremony putera keempat kami, Muhammad Rafie Hael. Another precious gift from Allah SWT.” 

Pada acara itu, isteri Dato’ Rahman Anong tersebut anggun mengenakan persalinan eksklusif rekaan Samm Republic rona putih. Sedondon dengan suami tercinta dan anak-anak tersayang.  

Mengulas lanjut mengenai sambutan berkenaan, Datin Afzalizah ketika dihubungi Nona sudi berkongsi momen indah majlis aqiqah dan berendoi Muhammad Rafie Hael.  

Kata wanita kelahiran Sabah ini, majlis diadakan di Seafest Hotel Semporna, Sabah yang merupakan kampung halaman Datin Afzalizah dan bertemakan ‘All White’.  

Lebih istimewa, segala dekorasi dan persiapan diuruskan sendiri tanpa mengambil khidmat daripada mana-mana perunding acara.

Terpegun melihat kemeriahan majlis cahaya mata baharu usahawan cantik ini. Mana tidaknya, mewah dan indah bak majlis perkahwinan. Lengkap dengan pelamin serta baby cot khas untuk bayi mereka! 

Putera keempat pasangan ini selamat dilahirkan pada 23 Februari 2026.  

Perjalanan Datin Afzalizah Bangunkan Cubre Mi

Mengimbas kembali perjalanan awal personaliti wanita ini menceburi bidang perniagaan, Datin Afzalizah menggunakan modal RM10,000 hasil wang pencen arwah bapa sebagai pesara polis yang dipinjam daripada ibu tersayang untuk mengusahakan produk kosmetik Cubre Mi. 

“Sebelum mengusahakan Cubre Mi saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Tapi demi mahu membantu suami dan jana duit sendiri, saya berusaha mempelajari cara pengurusan perniagaan dan kewangan.” 

Tambahnya lagi, “Untuk Cubre Mi dikenali dalam industri, saya boleh katakan ia tak terlalu cepat dan juga tak terlalu lambat. Namun dalam masa setahun kami berjaya raih pulangan tujuh angka.”

Moga Datin Afzalizah sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sukses dalam bidang yang diceburi. 

Share
Published by
Suzi