Tingkatkan Ibadah, Sentiasa Berdoa, Inilah Amalan Azrinaz & Datin Seri Nur Shahida Hadapi Musibah

Semua selebriti juga telah bersuara di media sosial untuk rakyat Malaysia duduk rumah, kalau ada yang degil lagi tindakan wajar patut diambil. Ini bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus tersebar dan dapat dikawal dengan baik.

Perdana Menteri Malaysia telah bercakap dengan nada lembut, bersahaja dan terus tepat kepada seluruh rakyat tentang perintah kawalan pergerakan ini. Kalau tidak faham juga maksud yang disampaikan, tidak tahulah bagaimana cara lagi untuk dikatakan.

Azrinaz Mazhar Hakim

Sempat bertanya kepada Azrinaz Mazhar Hakim tentang perkara ini, “Kepada rakyat Malaysia, sila beri kerjasama jika kita ingin kembali hidup secara normal. Banyak membaca agar faham tujuan sebenar kerajaan adakan perintah larangan keluar dan duduk di rumah. Ketepikan hal-hal sosial dan yang lain-lain.

Mungkin inilah masa kita untuk buat pelbagai kerja rumah seperti spring cleaning dan baju-baju yang banyak boleh disedekahkan. Buat gardening yang selama ini kita tidak sempat lakukan. Cuci baju, memasak dengan mencuba resipi baru, menulis atau membaca dan mungkin jika berkesmaptan, boleh cat rumah. Paling penting, kebersihan perlu dijaga. Jangan kompromi dengan kebersihan,” jelasnya tegas.

Bagi Azrinaz sendiri, antara aktiviti yang dilakukan di rumah sekarang, “Saya dan keluarga duduk di rumah dengan meningkatkan lagi bacaan Al-Quran dan terus berdoa agar pandemik ini luput serta hilang di muka bumi ini. Selain itu, saya dan suami mengadakan pelbagai aktiviti indoor

menguji motor system bayi seperti bermain bubbles (buih sabun), swimming dan menyusun color block toys. Di kesempatan ini juga kita dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa dan beriadah di rumah,” bicara Azrinaz.

Datin Seri Nur Shahida

Datin Seri Shahida turut memberi kenyataan tegas bila ditanya tentang keadaan perintah kawalan pergerakan ini, “Kepada semua rakyat Malaysia elakkan keluar rumah, jangan kumpul beramai-ramai. Kalau perlu keluar untuk beli barang penting, cukuplah seorang sahaja yang pergi. Jangan terlalu panik dan risau. Paling mustahak jaga kebersihan dan jangan abaikan untuk cuci tangan selalu,” pesanan ikhlas dari Datin Seri Shahida.

Aktiviti Datin Seri dan keluarga sepanjang berada di bawah perintah kawalan pergerakan ini. ”Untuk 14 hari berada di rumah ini tidak ada perancangan besar yang dibuat. Cuma dalam tempoh waktu ini saya manfaatkan untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Kalau hari-hari lain kita sibuk bekerja, inilah masa untuk makan dan beribadat bersama-sama. Kita perbanyakkan zikir dan berdoa agar bumi kita kembali sihat dan dihapuskan terus virus COVID-19 ini.  Saya juga telah mengarah salah seorang anak saya untuk setiap satu jam dia perlu bagi semua pakai hand sanitizer. Saya akan ingatkan dia setiap hari,“ jelas Datin Seri Shahida. Kiffy Razak

IKLAN
Share