Tuah Tinggi Lampai, Ritz Jadi Model Melayu Pertama Hiasi Pentas Minggu Fesyen Paris 2022

Mengambil inspirasi nama legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, tuah anak muda bernama Ridzman Zidaine ini kian menyerlah sebaik langkahnya menghiasi Minggu Fesyen Paris 2022.

Meskipun tidak berjaya sebagai pemain bola sepak antarabangsa, namun kilauan bintang Ridzman, atau Ritz, tetap mengharumkan nama negara.

Berusia 22 tahun, lelaki yang berketinggian 188cm ini menjadi perhatian sebaik tular dikatakan sebagai model Melayu pertama melakukan catwalk

di Minggu Fesyen Paris.

Koleksi yang diperagakan juga dari jenama-jenama mewah terkenal di dunia seperti Louis Vuitton, Hermes, Ermenegildo Zegna dan Issey Miyake.

Hermes SS23 Paris Fashion Week

 

Hermes SS23 Paris Fashion Week

 

Louis Vuitton SS23 Paris Fashion Week

 

Robyn Lynch SS23 London Fashion Week

 

Permulaan kerjayanya bermula seawal usia 19 tahun. Tahun 2019, bakat Ritz mula diketengahkan oleh sebuah agensi model iaitu Topboi Citizen.

Ia juga menjadi tahun bertuah buat beliau apabila menyaksikan penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2019).

Berbekalkan seraut wajah Melayu yang autentik, Ritz sejak itu pantas menambat hati penggemar fesyen malah beberapa kali menempa nama di pentas peragaan dunia.

Menurut sumber, beliau juga bekerjasama dengan agensi model Eropah iaitu Next Models di bawah Next Model Management.

Macam tak percaya anak Melayu sehebat ni, bangga rasanya tengok kelibat Ritz di kalangan model-model lelaki terkemuka lain!

1017 ALYX 9SM SS23 Motion Milan Fashion Week

 

Zegna SS23 Milan Fashion Week

 

Casablanca SS23 Paris Fashion Week
IKLAN
Share