“Umai Bertudung Atas Kehendaknya Sendiri, Dia Rasa Sangat Tenang” Siti Sairah Luah Syukur

Siti Sairah Tarudin, ibu kepada penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai mengesahkan bahawa anaknya itu kini telah bertudung sepenuhnya.

Kredit Foto: umairahofficial

Menurut Sairah yang merupakan adik kepada Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, keputusan tersebut dibuat atas kehendak dan kesedaran Umai sendiri tanpa sebarang paksaan daripada sesiapa.

“Ya, Alhamdulillah. Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Sejak mengenakan tudung, dia memberitahu bahawa dirinya berasa lebih tenang,” ujar Siti Sairah.

BACA JUGA: “Makin Dewasa Makin Cantik!” Kongsi Gambar Bertudung, Penampilan Manis UMAI Tuai Pujian

Reaksi Siti Sairah

Sebagai seorang ibu, Sairah mengakui dirinya amat bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya itu.

Bagaimanapun, jelasnya lagi Umai memilih untuk tidak membuat sebarang pengumuman secara terbuka kerana mahu melakukannya secara perlahan-lahan.

Kredit Foto: umairahofficial

“Dia tak mahu umum apa-apa mengenai perkara ini. Katanya, biarlah perlahan-lahan sahaja.

“Kami sekeluarga pula sentiasa mendoakan agar Umai istiqamah dan terus kuat dengan keputusan yang diambil.”

Keputusan Bertudung

Menurut Sairah, tindakan Umai untuk bertudung bukanlah disebabkan oleh sebarang faktor tertentu sebaliknya lahir daripada kesedaran dirinya sendiri.

“Tidak ada sebab khusus. Cuma dia rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu dia mula mengenakan tudung setiap kali keluar rumah.

Kredit Foto: umairahofficial

“Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, memang itulah keputusannya. Apabila mendengar keputusan itu, saya sangat terharu.

“Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri turut berusaha untuk istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat,”

katanya penuh syukur.

Istiqamah

Sairah turut berharap agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan dan keteguhan Umai dalam mengekalkan imej baharunya itu.

“Kadang-kadang doa daripada orang lainlah yang Allah angkat dan makbulkan. Insya-Allah, semoga Umai terus kekal dengan keputusan baik ini.”

Raih Pujian Peminat

Terdahulu, beberapa hari lalu Umai bertudung di media sosial dan menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharunya itu.

Penampilannya menerima banyak pujian serta doa daripada para peminat yang turut mendoakan agar dia terus istiqamah.

Keputusan Umai untuk bertudung sepenuhnya bukan sahaja memberi inspirasi kepada para peminat malah bukti kepada perubahan yang lahir daripada hati yang ikhlas sekaligus membawa ketenangan dan kekuatan tersendiri.

Share
Published by
Amy Mohd