Fesyen

Untuk Tampil Ons, Ini 10 Item Fesyen ‘MUST HAVE’!

Membeli-belah adalah momen yang paling digemari bagi setiap wanita. Berbelanja item-item fesyen terbaru tentunya menjadi agenda yang wajib dilakukan untuk tampil trendy dan up to date. Semuanya menjadi lebih mudah untuk dipadankan sebaik sahaja anda mendapatkan basic items yang tepat dan sempurna. Ini 50 item fesyen yang perlu dimiliki oleh wanita Malaysia!

1. Camisole

Dijadikan sebagai innerwear untuk baju jarang. Jika baju yang dipilih diperbuat daripada fabrik sifon, organza atau net, anda boleh memilih camisole untuk dipakai di bahagian dalam.

2. Baju Putih Berkolar

Siapa kata baju putih berkolar hanya sesuai ke pejabat sahaja. Anda boleh gayakan baju putih berkolar ini dengan skinny jeans, hot pants atau gayakan bersama pencil skirt mahupun midi skirt.

3. Jeans Biru

Sama ada potongan skinny fit atau straight cut, sepasang jeans yang mengikut bentuk badan anda dengan mudah menyelesaikan masalah anda ‘I-have-nothing-to-wear’. Padankan dengan t-shirt, blouse, colar shirt untuk tampil lebih stylish.

4. Little Black Dress

Little black dress merupakan item fesyen yang mesti & wajib dimiliki oleh setiap wanita. Ringkas dan praktikal. Padankan bersama seutas barangan kemas atau aksesori sebagai pelengkap gaya. Untuk tampil lebih sofistikated, padukan dengan blazer atau jaket.

5. Kardigan

Jika anda mengenakan baju tanpa lengan seperti off shoulder dan sebagainya, anda boleh padankan busana tersebut dengan kardigan. Pilih rona kardigan yang sesuai dengan baju yang dipilih dan pastikan diperbuat menggunakan fabrik yang selesa serta tidak terlalu tebal.

6. Tali pinggang

Lihat di cermin merasakan ada sesuatu yang kurang, mungkin anda boleh cuba mengenakan tali pinggang. Oversized shirt atau dress nampak lebih sempurna dengan pengayaan tali pinggang. Ia juga boleh menonjokan bentuk pinggang anda yang langsing.

7. Kaca mata

Memandangkan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap setiap tahun, jadi, sangat praktikal jika anda memakai kaca mata. Hanya pastikan anda memilih sepasang kaca mata yang sepadan dengan bentuk muka anda.

8. Flats

Memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama menyebabkan kaki anda berasa sakit. Tidak salah sekiranya sekali sekala anda cuba mengenakan sepasang flip flops ataupun sandals yang lebih selesa. Untuk tampi lebih trendy dan stail, mungkin boleh cuba sepasang flats.

9. Floral Print Dress

Gaun panjang berbahan nipis dengan corak bunga adalah salah satu item mesti ada dalam almari kamu. Pilih maxi dress atau wrap dress yang boleh kamu padankan dengan block heels atau slouchy boots.

10. Block heels

Kasut bertapak tebal adalah pilihan sesuai untuk gaya 70-an. Pilih warna-warna neutral seperti hitam atau coklat. Jika berani, pilih warna merah hati atau silver. Padankan bersama maxi dress atau flare pants.

IKLAN
Share