Valentino ‘Bermandikan’ Palet Merah Jambu, Koleksi Terbaharu Masih Kekal Kemasan Pepaku Ikonik!

Rumah fesyen Valentino, melalui Pengarah Kreatifnya Pierpaolo Piccioli terus melancarkan rekaan artisan menerusi koleksi Valentino Pink PP.

Kali ini, himpunan yang mengekspresikan palet feminin serba merah jambu diketengahkan bagi mencungkil keunikan karakter pemakai.

Berleluasa dimana saja, Pierpaolo Piccioli bijak mengolah rona merah jambu ini dalam konstruksi elegan dan menyerlah, tak kira untuk busana mahupun aksesori beg dan kasut.

Pierpaolo Piccioli

 

 

 

Nona tertarik dengan koleksi beg Valentino Pink PP yang masih mengekalkan ikon pepaku atau stud. Antaranya stud gergasi pada koleksi Valentino Garavani One Stud

dan roman stud yang bertaburan di atas beg.

Buat koleksi eksklusif ini, bentuk pepaku piramid ini dikemaskini lebih besar mencipta efek dramatik pada penataan gaya. Seperti pada beg ini, ia mempunyai citra punk dengan kemasan pepaku moden. Jahitan kulit pada beg bermaterial nappa ini mencipta rasa lembut dan sofistikated.

Koleksi beg tangan Valentino Pink PP

 

Koleksi kasut Valentino Pink PP

 

Bagi peminat fesyen yang berani menggayakan rona merah jambu sebegini, koleksi terbaharu Valentino sememang dicipta untuk anda!

IKLAN
Share