
Melawati Mall dengan bangganya mempersembahkan kempen Raya 2025 bertemakan ‘Syawal Membayu’, yang pastinya dinanti-nantikan oleh para pengunjung. Acara ini bukan sahaja menampilkan pertunjukan fesyen yang memukau, tetapi juga menawarkan pelbagai aktiviti budaya dan hiburan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.
Tahun ini, Melawati Mall mengangkat tema nostalgia dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang menampilkan konsep moden, kali ini dekorasi dan program acara diinspirasikan oleh keindahan perkampungan nelayan yang kaya dengan tradisi dan warisan budaya.
Pilihan Fesyen & Aktiviti Menarik
Melawati Mall menawarkan pelbagai koleksi Raya terkini daripada jenama seperti HLA, Raea, Lee, Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi. Dari pakaian moden hingga busana tradisional, para pengunjung boleh mendapatkan pilihan fesyen dan aksesori yang sesuai untuk seisi keluarga.
Selain membawakan koleksi fesyen terkini, Melawati Mall juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini, antaranya:
- Persembahan Akordion & Muzik Multikultural – Hiburan istimewa yang membangkitkan suasana meriah.
- Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat – Menghidupkan kembali seni budaya warisan bangsa.
- Bengkel Seni Kanak-Kanak – Aktiviti interaktif untuk si kecil menonjolkan kreativiti mereka.
Ganjaran Istimewa & Cabutan Bertuah
Sepanjang kempen ini, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif!
Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi.
Pemenang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Melawati Mall. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dekorasi Bertemakan Nostalgia Kampung
Menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya, Melawati Mall menampilkan dekorasi yang diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu. Suasana ini diharap dapat membangkitkan kenangan indah balik kampung untuk menyambut Syawal.
Kolaborasi Eksklusif Melawati Mall x Variante
Tahun ini, bersempena Syawal yang bakal tiba, VARIANTE dengan bangganya mengumumkankolaborasi dengan Melawati Mall, dengan mempersembahkan koleksi yang mengangkat seni warisan dengan sentuhan moden dan elegan. Siluet mengalir, perincian halus, serta pilihan fabrik premium mencipta rekaan yang abadi, mengimbangi tradisi dan fesyen kontemporari.
Sebagai tarikan utama kempen ini, Melawati Mall dengan bangganya mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama jenama fesyen terkenal, Variante. Sepanjang kempen ini berlangsung dari 21 Februari hingga 6 April 2025, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai ganjaran istimewa dengan setiap pembelian minimum:
- Beg Jute MM x VARIANTE (warna pilihan: merah, hitam, hijau) – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM500 (maksimum tiga resit terkumpul).
- Selendang MM x VARIANTE – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM400 (maksimum tiga resit terkumpul).
- Dulang Hidangan 3-Tingkat Premium – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM300 (maksimum dua resit terkumpul).
- Pek Duit Raya MM x VARIANTE – Percuma dengan perbelanjaan minimum RM200 (maksimum dua resit terkumpul).