[VIDEO] Lepas Neelofa Shopping Sakan, Giliran Nabila Razali Pula Melaram Tudung Louis Vuitton RM2,500!

Oh so melting! Rasanya macam baru je lagi selebriti Neelofa bawa peminat jelajah butik Louis Vuitton KLCC yang baru diubah suai.

Belum puas cuci mata tengok beg tangan LV yang cantik-cantik, tiba-tiba Nabila Razali pula buat kemunculan khas dengan tutorial skarf LV.

Berdebar-debar tengok skarf LV tu, berkenan sungguh tapi bila buka website, OMG terbeliak mata tengok harganya!

Rumah fesyen Louis Vuitton sememangnya menjadi pilihan ramai wanita yang bercita rasa tinggi. Kata orang, tak lengkaplah koleksi beg tangan tanpa jenama ni. Sekurang-kurangnya mesti ada walaupun satu.

Selain beg tangan dan kasut, item-item lain seperti barangan kulit, pewangi, skarf, pakaian dan perhiasan rumah turut diminati golongan aristokrat.

Nona tertarik menonton pengalaman membeli-belah Neelofa sempena lebaran di butik LV ni. Bertuahnya dia, serius cantik-cantik item yang dipilih untuk Hari Raya!

GILIRAN NABILA

Tak puas lagi cuci mata, baru-baru ini artis versatil yang sedang popular dengan single terbaru, Peluang Kedua, Nabila Razali pula mencuri perhatian. Sesuai dengan semangat Syawal, Nabila menunjukkan tiga styling berbeza menggunakan skarf Louis Vuitton dari jenis square dan shawl.

Sempat juga kami tinjau website rasmi LV, maklumlah sekarang semua pelanggan beli barangan idaman dalam talian. Amboi bukan main lagi harganya, sesuailah harga skarf tu dengan jenamanya.

Jom cuci mata, mana tahu satu hari nanti giliran kita pula!

(1) LV Silk Squares in Monogram Confidential Square

Peminat LV wajib ada helaian skarf ni. Paling basic dan warna tanah, sesuai untuk acara kasual mahupun formal dengan cetakan monogram LV. Harga RM2,200

 

(2) LV Monogram Denim Shawl

Shawl mewah dalam rona bleu rose fluo. Rona kontrasnya mencipta look hippie-chic, sesuai untuk acara kasual yang sweet. Harga RM2,550

(3) LV Monogram Denim Shawl

Sama seperti yang sebelumnya namun yang ini dalam warna pearl grey. Gaya kasual untuk sesi santai dengan teman-teman atau sekadar membeli-belah di Pavilion. Harga RM2,550

Jadi buat anda yang menggemari jenama rumah fesyen LV atau berhajat nak belikan hadiah buat orang tersayang, kebanyakan butik-butik mewah ini ada sediakan kaedah pesanan online

dan penghantaran terus ke pintu rumah.

Cara ini sebenarnya antara norma baharu yang perlu diadaptasi sejak penularan wabak COVID-19. Cuma klik dan tempah, semudah itu je untuk berfesyen musim PKP ni.

Tip Nona: Memandangkan kebanyakan fabrik tudung mahal ni diperbuat daripada sutera dan wool, jadi elakkan daripada menggunakan pin tajam. Sayang kalau tercarik. Memadai dengan gaya pinless atau jika perlu, gunakan pin magnet.  

Happy shopping!

IKLAN
Share