ADAM CORRIE: Pernah Diuji, Kini Bahagia Bersama Islam
Adam Corrie Lee Abdullah bukan sekadar seorang pelakon, tetapi juga figura inspirasi yang melalui perjalanan hidup penuh makna selepas menerima hidayah dan memilih Islam sebagai cara hidup.
Dalam episod Podcast Nona Inspirasi kali ini, Adam berkongsi kisah penghijrahannya, cabaran sebagai saudara baru, godaan yang pernah dihadapi sepanjang proses istiqamah, serta amalan yang membantunya terus kekal dekat dengan Allah.
Turut dikongsikan kisah menyentuh hati tentang mendiang ibu yang banyak membentuk peribadinya, kenangan bersama arwah bapa sempena Hari Bapa, serta penghargaan buat isteri tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan hidupnya.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian jujur dan penuh inspirasi daripada Adam Corrie tentang kehidupan, keluarga, cinta dan erti sebenar kebahagiaan.
#MajalahNona
#NonaInspirasi

